Banjir dan ribut landa Madinah, Arab Saudi : Sekolah dan jalanraya ditutup

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cuaca semakin tidak menentu, jika di USA sedang sejuk membeku kini di Arab Saudi sedang banjir teruk.

Keadaan hujan lebat dan ribut pasir di beberapa tempat telah menyebabkan banjir, penutupan sekolah dan penglihatan yang kurang baik, kata pihak berkuasa di Jeddah pada hari Isnin lalu. Pada waktu sekarang, mereka menggesa orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga semasa cuaca buruk.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Hujan melanda bahagian utara dan barat Arab Saudi pada hari Ahad dan Isnin, manakala ribut pasir melanda kawasan utama penduduk dan memenuhi ruang udara ke langit.

Sekolah juga ditutup di kawasan Tabuk, Arar dan Al-Jawf kerana banjir dan tahap penglihatan yang rendah di Riyadh di antara tempat-tempat lain.

Angin di Makkah diramalkan sekuat 37 k /j, manakala kelajuan angin Jeddah dapat mencapai 50 km/jam.

Madinah banjir bukan kali pertama, namun banjir awal tahun ini menyaksikan pihak berkuasa bertungkus lumus mengerahkan pasukan penyelamat.

Pihak Berkuasa Umum bagi Meteorologi dan Perlindungan Alam Sekitar meramalkan hujan di bahagian utara dan barat sementara ribut pasir atau angin berdebu di beberapa bahagian di Arab Saudi


Spread the love

3 Comments

  1. teruk juga ye kesan banjir di sana. dulu pernah merasa hujan semasa mengerjakan umrah. cuma sekejap je hujannya. punye la mengharap hujan tu seperti di Malaysia sbb rasa x puas.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!