Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dah ramai yang mencari iPhone 5. Terima kasihlah pada sahabat aku yang sudi hadiahkan iPhone 5 … jasa mu tak akan ku lupakan. Aku tertanya-tanya dari mana sahabat aku ni dapat iPhone 5 yang hanya khabarnya akan dilancarkan oleh Apple Malaysia akhir Oktober. Setelah ditelik-telik rupanya sahabat aku dapat iPhone 5 Hong Kong.
Baru-baru ni terbaca perbincangan di Fanpage Amanz Network :
Pertanyaan : Adakah iPhone 5 yang dibeli diluar boleh digunakan bersama-sama rangkaian LTE yang bakal diperkenalkan. Spektrum LTE Malaysia adalah 2600mHz, sementara pada iPhone 5 luar sekarang 1,800mHz, 2,100 mHz. Harap anda dapat membantu.
Antara jawaban yang menarik :
1. Shibli Nuqman : Ada kawan dalam Maxis bagitau diorang punya LTE akan launch in a few months dan support 1800GHz. So it will be compatible with iPhone 5
2. Izzat Aziz : tak leh rasanya kata Singapura pun dia guna 1800mhz, dengan 2600mh, tempat yang 1800mhz adalah line, kalau tak 3G jelah.
Ini satu pemasalahn yang susah nak jawab melainkan wakil syarikat MAXIS, DiGi dan CELCOM yang jawab. Yang pasti bermula 26/9/2012 DiGi sudah mula mengeluarkan nano-SIM. Itu yang aku cepat-cepat minta bantuan di DiGi center untuk potongkan sim kad DiGi jadi nano-SIM. Nak potong sendiri memang tak berani takut tersalah potong tapi kalau DiGi yang potong kalau tersalah boleh terus ganti kad baru. Apalagi kena cekik darah dengan DiGi Center potong nano-SIM kena bayar RM30. Apa nak buat terpaksa bayarlah kalau tak mana nak merasa guna iPhone 5.
Alhamdulillah setelah masukkan nano-SIM ke iPhone 5 Hong Kong line DiGi 3G meluncur laju.
Selepas tu aku cuba pulak kat iPhone 5 Singapore nampaknya line DiGi 3G juga meluncur laju. iPhone 5 16GB Singapore aku beli di Kluang, Johor dengan harga RM3299. Bukan untuk aku tapi tapi untuk adik yang dah bagi duit minta tolong belikan iPhone 5 tak kira dari mana. Aku pun kurang pasti samada harga iPhone 5 ini lebih murah daripada yang di jual di Kuala Lumpur.
Aku cuba pulak iPhone 5 Hong Kong dan iPhone 5 Singapore dengan P1 MiFi yang katanya guna line 4G. iPhone 5 Hong Kong tak berjaya disambung dengan P1 MiFi tapi iPhone 5 Singapore meluncur laju boleh melayari internet. Tak rugilah P1 MiFi sponsor aku guna gadget dan service yang boleh aku test dengan iPhone 5 ni. Apa kata P1 MiFi bagi aku guna lebih lama lagi heee.
Daripada perbandingan ini nampaknya iPhone 5 Singapore lebih baik sebab boleh connect dengan line 3G dan 4G …. jadi kalau ada kawan-kawan nak beli iPhone dari luar kena check asal usulnya. Tapi lah dengarnya kat KL ni banyak stok datang dari Hong Kong.
Yang menjadi persoalan sekarang bolehkah iPhone Malaysia menggunakan khidmat LTE versi Malaysia seperti iPhone USA??
Logik akalnya pasti syarikat telco Malaysia akan buat sesuatu supaya pengguna iPhone Malaysia dapat menikmati perkhidmatan LTE yang lebih pantas dari 3G.
Kita tunggukan pengumuman dari MAXIS, DiGi dan CELCOM. Kepada belia yang layak dapat rebet RM200 smartphone budget 2013 boleh lah tunggu sampai iPhone 5 dilancarkan di Malaysia.
Jom kita saksikan video iPhone 5 Torture Test.
172 Comments
Ada dengar2 citer iPhone 5 ni banyak masaalah berbanding yg sebelum nih….yg bro guna tu ok tak???
Curahan rasa yas @ ..Pelik – Fesyen Dahi Bonjol?
tq for info
Hebat banget malaysia, saya do’akan semoga saja malaysia mendapatkan juara dan mengalahkan singapuer,Amerika dan hongkong. kenapa saya mendukung malaysia???karna kita negara sahabat yang terdekat hehehe
Teruja kejap bila tengok video Phone 5 Torture Test tu
Curahan rasa wazy @ ..Hari Ahad Punya Cerita
terima kasih yah untuk infonya ..semoga satu saat nanti bisa memiliki benda tersebut . . .
Curahan rasa superman @ ..Obat Herbal Insomnia Ace Max’s
baru tahu saya bila banyak sekali perbedaannya . .
Hmm.. ada beza lak rupanya setiap iPhone yg dikeluarkan walaupun sikit. No wonder lah tarikh keluarannya di setiap negara pun berbeza.
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..What Can We Say About Budget 2013?
yg aku dgr iphone ni jenis tak leh kawan dgn henset lain..ape maksud pon aku tak tau sbb masih pakai nokia sendal pintu….
Curahan rasa syamil @ ..Hak Eksklusif Seorang Perokok
LTE baru laju skit.
My latest entry 9 Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 2012
Harap bateri dapat memberi ketahanan yang lama.
p/s: Kenapa tulis halus susah hendak baca?
Curahan rasa akubiomed @ ..Baby Aslah masuk Peraduan Si Comel
Banyak yang berburu iphone 5 dari produk dari apple ini
Curahan rasa Kompilasi Pena @ ..Makanan Pendamping ASI MPASI
Karena spesifikasi yang banyak dan lebih sempurna dari produk sebelumnya
Curahan rasa Kompilasi Pena @ ..Makanan Pendamping ASI MPASI
wah byk juga cabaran utk syarikat telco di malaysia utk upgrade servis/produk masing2 demi iphone5 hehehehe
Curahan rasa sha @ ..Abah masuk hospital
Nice review. Tapi masih belum berkeinginan memakai iphone. masih attached dgn android phone. huhuh..
Curahan rasa Encik Din @ ..Email Marketing untuk Si Kurang Cerdik
Bro kalau beli iPhone 5 arab saudi macam mana
Curahan rasa onlajer @ ..RAMUAN UNTUK MEMBUKA URAT JANTUNG YANG TERSUMBAT.
iPhone 5 belum dilancarkan kalau ada tu mesti dari negara lain.
Curahan rasa denaihati @ ..iPhone 5 Malaysia Pertama
Ada lubang untuk dapatkan iPhone 5 dari Singapore pada harga lebih dalam RM400-600 berbanding dengan harga Malaysia.
Itu pun jika nak jadi antara yang terawal menggunakan iPhone 5 di Malaysia
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Toshiba Satellite U840W Direka Untuk Kepuasan Anda
Comments are closed.