Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh pemenang contest iPhone 5 Gadget Impian iaitu Eyriqazz (Great Teacher Onizuka). Dalam entri review kali ni, bro Eyriqazz akan berkongsi cara bagaimana dia dapat jimat belanja dengan menggunakan gadget serbaguna iPhone 5.
Di samping tu kita tengok apa pendapat dia setelah menggunakan iPhone 5 yang dimenanginya tu. Joom sama-sama kita baca perkongsian dari Eyriqazz.
IPhone 5 Gadget Impian,
Hadiah kemenangan di idam-idam,
Sedikit review buat rakan-rakan,
Pengalaman bersama iPhone 5 memang mengancam.
#1 – iPhone 5 memudahkan kehidupan
Sememangnya iPhone 5 memudahkan kehidupan saya sebagai seorang suami, pegawai bank, dan part time blogger. Smartphone yang nampak elegan dan professional, menyenangkan kehidupan dengan pelbagai applikasi menarik dan mudah digunakan.
#2 – Applikasi Menarik Mudah digunakan
Antara applikasi yang Eyriqazz sentiasa gunakan dan sememangnya banyak membantu antaranya :
- WhatsApp – menjimatkan kos penggunaan sms dan boleh berkomunikasi dengan lebih kerap.
- Maybank2U – Senang nak check balance dan baki semasa akaun on the go. Financial planning amatla penting.
- Blogpress – Updatekan entri on the go. Mudah dan pantas
- Viber – Panggilan telefon percuma melalui data plan.
- Errands – Merancang jadual dan “Things to Do”
- NuffnangX – Berblogwalking dan lebih mesra pengguna.
- AlQibla – Arah kiblat dan jadual waktu solat
- Instagram – Masih baru lagi.
- Waze – GPS bergerak
- Social media – Facebook dan Twitter sudah semestinya
#3 – Penjimatan Perbelanjaan dengan iPhone 5
Saya sangkakan penggunaan iPhone 5 agak menambahkan perbelanjaan bulanan saya. Rupa-rupanya saya silap. Saya dapat berjimat dengan penggunaan Viber dan juga Data Plan (RM38 sebulan dengan Celcom). Jadi, saya dapat cancelkan Celcom Broadband saya (RM48 sebulan) kerana saya sudah mampu surf internet dan update blog on the go.
#4 – Memudahkan Perancangan
Dengan Errands Applikasi, saya dapat merancang dengan lebih kemas tentang apa yang perlu saya lakukan. Jadi, lebih alert walaupun masih dilanda Sindrom Kenadotan.
#5 – Gadget Serbaguna
Jadi bloggers, banyak perkara menarik melalui persekitaran yang boleh dijadikan entri. Sekarang saya tidak perlu risau sekiranya tidak membawa kamera kerana kualiti gambar iPhone 5 agak memuaskan dan cantik. Macam sekarang, Digital kamera hantar repair, jadi iPhone 5 inilah yang menjadi penyelamat.
#6 – Kekurangan iPhone 5
Sejak review iPhone 5 lagi, faktor yang selalu menimbulkan kegeraman adalah baterinya yang cepat habis. Biasanya tak sampai sehari sudah habis. Kenalah bawa charger sentiasa.
Button keypadnya yang agak kecil dengan jari jemari saya yang agak ‘kurus’ ini kadangkala agak menyukarkan saya untuk menaip. Kadang-kadang typo juga. Apapun, alah bisa, tegal biasa, kan?
Apapun, secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan iPhone 5 ini. Ianya banyak membantu saya dalam kerja seharian dan juga urusan di rumah. Memang betul kata Tuan Denaihati, Smartphone adalah satu keperluan bagi blogger tegar macam saya.
Sekali lagi, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Denaihati Network yang menaja hadiah yang sangat menawan ini. Walaupun asyik diperli oleh Isteri “Abang ni, asyik join Contest dan Event Denaihati, pernah menang apa-apa ke?“. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan Semangat Tidak Mudah berputus asa, hadiah dan pengalaman berguna saya bawa bersama.
IPhone 5 Gadget Impian,
Banyak membantu memudahkan perjalanan,
Pengalaman manis sukar dilupakan,
Perjalanan diatur mengorak langkah ke hadapan.
87 Comments
Banyak aplikasi yang bisa digunakan dengan menggunakan iphone 5 ini
Curahan rasa Safiy Hati @ ..Cara Mensyukuri Nikmat Allah
Bagi yang suka dengan dunia online tentunya akan sangat memeberikan banyak manfaat
Curahan rasa Safiy Hati @ ..Cara Mensyukuri Nikmat Allah
Apalagi bila menjadi blogger gadget ini akan banyak membantu dalam aktifitas dunia bloggingnya
Curahan rasa Safiy Hati @ ..Cara Mensyukuri Nikmat Allah
cekgu GTO wajib ada pantunnya 😉
tahniah sekali lagi…
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Bermesra dengan pelbagai jenis haiwan di Wildlife Park, Langkawi – Day 2
Sekalung Tahniah sekali lagi
Curahan rasa weschairs @ ..Gambar siapa dalam wang kertas kita tu?
saya penggemar sony ericsson, untuk saat ini belum berniat menjadi pengguna iPhone,
thanks untuk sharing review
Curahan rasa kang topjer @ ..Cara Mempercepat Browsing Internet Dan Menghemat Bandwidth
dulu sy pun penah jd peminat sony ericcsson, boleh tahan cantik gambarnya. lepas tu beralih ke nokia c3 pula, now iphone… 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Irma Hasmie selamat lahirkan anak sulung
hoho..best la ko ek.
Curahan rasa titan @ ..Isu Ronaldo sudah hafal al-Fatihah dan mahu belajar wuduk.
Kena bijak memilih apps.. ada yang berbayar belum tentu baik/bagus
Curahan rasa Mus @ ..Sukanya Hannah Bila Dijadikan Eksperimen Gambar Potret
memang kena rajin explore hp.. ada banyak fungsi/apps yang tidak digunakan..
Curahan rasa Mus @ ..Sukanya Hannah Bila Dijadikan Eksperimen Gambar Potret
Wouw… aplikasi yang begitu banyak….
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Lengkap Pemenang Panasonic Gobel Awards 2013
Pantaslah sangat memudahkan dalam segala hal..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Lengkap Pemenang Panasonic Gobel Awards 2013
terutama yang sering beraktifitas secara online.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Lengkap Pemenang Panasonic Gobel Awards 2013
Teringin ingin memiliki iPhone juga. Bertuahnya dapat percuma. Tahniah.
Curahan rasa Ummi Iman @ ..Koleksi baju angry birds Iman
memang banyak kelebihan gadget ni kalau kita tau gunakan. kalau tak tau, belajar la kan. memang memudahkan kehidupan harian.
Curahan rasa arelan @ ..HuJuNg MiNggu MeNJeLMa Lagi
Tahniah bro! ‘akhirnya’ soalan isteri bro sudah terjawab…hehe
Nice review bro. Paling best bab maybank2u tu…senang nak check apa yg patut
Curahan rasa hafizmd @ ..Menang Contest Kaca Mata PapaMifz.com
mampu menjimatkan….bagus…harus memiliki ni
Curahan rasa lin azlina @ ..SPY PEN untuk dijual
Apa tunggu lagi Lin, silalah ke kedai berhampiran =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Menang Contest Kaca Mata PapaMifz.com
untunglah kalau mampu memilikinya
Curahan rasa Mus @ ..Sukanya Hannah Bila Dijadikan Eksperimen Gambar Potret
diantara semua kelebihan mestilah ada kekurangan mesti selalu bawa power bank ya
Curahan rasa metrolisa @ ..Malam Puncak Panasonic Gobel Awards yang ke-16 tahun 2013 (16th Annual Panasonic Gobel Awards) Diselenggarakan dengan meriah dan haru biru
kekurangan ini tentunya akan menjadi perhatian pihak Apple untuk pelancaran gadget selanjutnya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Lengkap Pemenang Panasonic Gobel Awards 2013
Memang berbaloi baloi hadiah yang dimenangi dari saudara DH ni..macam macam perkara yang dapat memudahkan urusan seharian..
* Saya pula masih melekat dengan iPhone 3gs yang dah agak uzur..belum ada rezeki lebih untuk tukar ke model yang lebih latest…
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Pakej Telefon Lama Dari Digi
haaaaa… nampak menarik.. tapi jari eyriqazz ‘kurus’ sebab tu taip ada typo nanti… hmmm.. jom laaa instagram!
Curahan rasa KiD @ ..Bercinta Selepas Nikah atau Sebelum Nikah?
Comments are closed.