Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, beberapa orang pemenang iPhone 5 Gadget Impian dah pun buat review iPhone 5 di blog Denaihati.com. Setakat ni dah ada entri review daripada Cikgu Naman dan Sharidawati. Pemenang gadget yang belum bagi draft review iPhone 5 sila emailkan kepada Anarm. Termasuk juga entri review dari pemenang iPad Mini di #SBB2013.
Entri review iPhone 5 untuk kali ni adalah daripada Akma Omar, pemilik blog AkmaOmar.com iaitu pemenang tempat pertama contest iPhone 5 Gadget Impian yang memperoleh mata terkumpul paling banyak. Joom kita baca review Akma Omar tentang iPhone 5 yang dimenanginya.
Semua sedia maklum Contest iPhone 5 Gadget Impian telah pun tamat dan pemenangnya pun sudah diketahui umum. Penyampaian hadiah kepada pemenang dilakukan di majlis Sepetang bersama blogger 2013 #SBB2013 yang sungguh meriah. Memang rugi kepada sesiapa yang terlepas peluang menghadirinya.
Saya juga salah seorang yang bertuah berjaya memenangi :
- Seunit iPhone 5 16GB dan hadiah menarik dari penaja-penaja – rujuk entri INI
- Tempat pertama : RM 500 – Tugasan 1 G+1
- Tempat kedua : RM 300 – Tugasan 2 SERP Google.com
Tahniah kepada 4 lagi rakan blogger yang berjaya memenangi iPhone 5 ini iaitu Cikgunaman, Eyriqazz, Sharidawati dan Cheezemaz. Dan tidak lupa tahniah kepada 5 lagi pemenang iaitu Bang Iwan, Puan Gojes, Sensasi2020, Blog Pendidikan dan Kongsibersamanora.
Sokongan, tunjuk ajar, kerjasama dan bantuan rakan-rakan banyak menaikkan semangat kepada saya untuk berusaha dengan sebaik yang mungkin. Dalam masa yang sama saya dapat berkenalan dengan ramai blogger yang hebat-hebat. Kepada semua 85 blogger yang menyertai Contest ini anda semua adalah terbaik.
Review iPhone 5
Entri saya kali ini atas permintaan Denaihati untuk review iPhone 5 ini. Dapat menulis untuk blog Denaihati adalah satu penghargaan yang besar kepada saya. Memang tidak akan saya lepaskan.
Ini pertama kali saya menggunakan telefon pintar keluaran Apple. Memang berbaloi dan lengkaplah koleksi gadget Apple saya. Setiap gadget mempunyai kebaikkan dan keburukkan. Ianya bergantung kepada spesifikasi dan keselesaan pengguna itu sendiri.
Antara pendapat saya selepas menggunakannya…
Kebaikkan iPhone 5
iPhone 5 dari segi body memang lebih menarik berbanding dengan iphone yang sebelum ni. Lebih nipis, cantik, tinggi dan advance. Dari segi spefikasi dan applikasi saya boleh katakan tidak banyak beza dengan iPad 2. Jadi, agak mudah untuk saya mengendalikannya dan mesra pengguna.
Kualiti gambar yang cantik dan menarik. Kebetulan saya bercuti panjang selama seminggu bersama keluarga dan rakan-rakan. Dengan hanya menggunakan iPhone 5 saya merealisasikan gambar percutian saya. iOS speed camera upload laju. SLR pun tak selaju iPhone 5 memang terbaik.
Untuk tujuan berblogging juga amat mudah, itu yang penting 🙂
Keburukan iPhone 5
Keypad terlalu kecil agak sukar untuk menaip text message, note dan sebagainya. Saya rasa ianya sesuai untuk wanita hehe.
Penggunaan data plan internet dari syarikat telekomunikasi yang selalu bermasalah menyukarkan untuk akses internet berbanding sebelum ini saya menggunakan plan yang sama untuk blackberry tetapi tidak mempunyai masalah untuk melayari internet. Kerap kena refresh carrier network.
Jangka hayat batteri juga tidak tahan lama. Ianya memang sering berlaku kepada semua telefon pintar sekiranya ada akses internet. Dalam masa beberapa jam bateri cepat habis. Sedikit tips dari saya untuk bateri kekal lama:
- Setiap kali anda ingin cas pastikan bateri anda bawah 20% baru anda charge iPhone 5 anda.
- Pastikan juga anda fully charge 100%. Jangan terusan cas iPhone 5 anda akibatnya akan bermasalah dan bateri mudah rosak.
- Tahukah anda kos untuk menukar bateri baru agak mahal sekitar RM500. Maka sayangilah iPhone 5 anda.
- Saya cadangkan anda standby powerbank bila ke mana-mana.
Secara keseluruhannya iPhone 5 ada kebaikkan dan keburukkan. Terpulang kepada keselesaan dan citarasa pengguna.
Yang paling menariknya saya mendapat iPhone 5 Gadget Impian ini melalui Contest yang dianjurkan oleh Denaihati Network. Bukan sahaja setakat hadiah tetapi, cabaran dan pengalaman menyertai contest ini yang paling berharga. Bukan mudah untuk mendapatkannya. Perlu usaha, kerja keras, kerjasama dan perancangan yang baik.
Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Denaihati Network dan semua penaja-penaja Contest iPhone 5 Gadget Impian ini.
Teruskan bersama Akma Omar di blognya AkmaOmar.com dan Follow Facebook Akma Omar dan Twitter @akmaomar.
112 Comments
Tahniah buat pemenang iPhone 5 Posisi 1-5 dan pemenang posisi 6-10, banyak hikmah dari perjalanan contes ini. Salam untuk seluruh Sponsor dan Tim DH, bertemu lagi di contes berikutnya yang lebih boom dan dahsyat….
Terima kasih DH….
Tahniah buat Akma Omar, Anda memang pantas untuk menang karena Anda sangat gigih berjuang dalam kontes tersebut
Dan terima kasih atas perkongsiannya ini yang sangat bermanfaat bagi pengguna iPhone 5
Entri ini, terutama tentang bateri iPhone 5 akan menjadi panduan yang baik untuk pengguna iPhone 5
Setelah entri Akma Omar ini, berarti tinggal 2 orang pemenang lagi yang belum review iPhone 5
Mereka berdua adalah Eyriqazz dan Cheezemaz. Kita tunggu sama-sama review dari mereka 🙂
Kena jaga betul-betul bateri tu ek,mahal jugak harganya..powerbank dah ramai guna,senang untuk di bawa ke mana-mana
Curahan rasa wazy @ ..Teknik Jerat Jualan – Pemasaran Facebook Efektif
Mana ada sempurna ciptaan manusia,tetapi yg penting gunakan sebaik2 nya 🙂
Curahan rasa azman @ ..Menembak Malam Hari
TAHNIAH Akma..gunakan sebaiknya..ia ibarat manusia yang punyai kekuatan dan kelemahan..yg penting dihujungnya ada kejayaan
Curahan rasa Noor Aini Samsusah @ ..Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PSIMP) Ambilan Jun 2013
Setiap gajet ada kelbihan dan kekurangan.
Yg penting kita tahu guna dan pandai ‘menjaga’, kira ok dan berbaloi 😀
Curahan rasa Myra Jay @ ..Langkawi Trip : Eagles Feeding dan Beras Basah
Bagi saya ianya bukan satu keburukan tetapi hanyalah sedikit kekurangan,,,teringat kata-kata salah seorang engineer apple kat kilang lama dulu,,,this is our product…
Curahan rasa hatiputera @ ..Bayaran Komisen Pertama Dari Jobdirumah
mahalnya bateri dia, dah boleh dapat hp satu lagi..
Curahan rasa hafiz @ ..Dapat cabutan bertuah dari Perodua
arghh rezeki sungguh saya pegang bag yang paling banyak dalam gambar tu..hehe alhamdulillah. anyway setuju dgn akma, biasanya bila sesiapa nak search google pasti akan type keburukan iphone 5 dan bukan kekurangan iphone 5. hehe
Curahan rasa sha @ ..Huggies Dry Pants : Change for Better Convenience
tahniah kak akma.. memang rezeki nya.. Alhamdulillah
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kegembiraan Seorang Ibu
next BB atau SOny.. best wuuuu
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kegembiraan Seorang Ibu
tahniah kepada pemenang..
power bank tu wajib ada… kalau tak susah oooo
Curahan rasa staibaqhang @ ..Fotografi perkahwinan – Hanif dan Zubaidah (PhotoVillage Studio)
Terima kasih Denaihati 🙂
Curahan rasa AkmaOmar @ ..Bercuti di Gold Coast
tahniah kak gegel
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kegembiraan Seorang Ibu
Tahniah untuk Sis AkmaOmar
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Perempat Final Liga Champions 2012/2013
Menunggu pula review dari Bang Iwan pula
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tanda Ciri Wanita Hamil
Tahniah kak AkmaOmar
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tanda Ciri Wanita Hamil
Sudah 3 pemenang yang telah review hadiah iPhone 5..menunggu review berikutnya pula
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tanda Ciri Wanita Hamil
Menarik memang membaca review-review dari para pemanang Kontes ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tanda Ciri Wanita Hamil
Betul Mas…. dengan membaca review para pemenang, maka kita tahu keistimewaan dari iPhone 5
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Perempat Final Liga Champions 2012/2013
makcik baju zebra tu pun tak pernah pegang ipong..huhuhu
Curahan rasa Kujie @ ..Kuala Lumpur Dari Balai Cerap Planetarium Negara
tu lah kena buat sessi ngopi khas iPhone 5
Curahan rasa denaihati @ ..iPhone 5 Memudahkan Kehidupan
rasanya keburukan tu tukar kepada kekurangan..lembut sikit..hehe
tips mengecas tu sangat penting..
Curahan rasa cikgu naman @ ..WW-Bukan Untuk Yang Malas Berblog
Cikgu perkataan tu marketing strategi juga
Curahan rasa denaihati @ ..iPhone 5 Memudahkan Kehidupan
wow…menarik tu..tapi untuk apa?hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..WW-Bukan Untuk Yang Malas Berblog
Saya pun ada terfikir nak tukar word “keburukan” tp memang saja tulis juga sebab nak dapat feedback dari pengguna iPhone 5 ni. How they react hehe.
Kalau di Indonesia dipakai word “kelemahan”
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Perempat Final Liga Champions 2012/2013
permainan SEO.. pandai kak akma. he he
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kegembiraan Seorang Ibu
bila peminat gadget yg benci iPhone 5 baca perkataan “Buruk” pasti mereka akan ada minat nak baca.
Curahan rasa denaihati @ ..iPad Mini Rezeki yang tidak disangka-sangka
makcik tu dah ada S3 yang canggih tuuu..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..WW-Bukan Untuk Yang Malas Berblog
makcik dah ada S3.. ok le tu
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kegembiraan Seorang Ibu
Nampaknya, iphone 5 mmg antara yg terbaik di pasaran.
tahniah akma omar!
Comments are closed.