IPC batalkan Malaysia jadi tuan rumah, Facebook Paralympic Games kena serang netizen!
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Laman media sosial Facebook Sukan Paralimpik Antarabangsa (IPC), teruk ‘diserang’ ribuan netizen Malaysia sejak hari Ahad.
‘Bala tentera bawang’ ini rata-ratanya membidas keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) yang membatalkan hak penganjuran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang sepatutnya akan diadakan di Kuching pada 29 Julai hingga 4 Ogos ini.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Pagi ini sahaja, kenyataan yang dimuat naik berkaitan ketegasan jawatankuasa tersebut berhubung negara tuan rumah tidak memasukkan atlet dari negara tertentu atas alasan politik mendapat respons hampir 44,000 pengguna Facebook.

Mengulas mengenai keputusan Malaysia menghalang atlet dari Israel untuk memasuki negara ini, Dr Mahathir berkata adalah hak sesebuah negara seperti Malaysia untuk menghadkan sempadan negaranya kepada negara tertentu.
Seperti diduga juga, Presiden Kesatuan Oxford, Daniel Wilkinson mengajukan beberapa soalan yang berkaitan dengan pendirian Malaysia yang menghalang kemasukan atlet Israel daripada menyertai Kejohanan Renang Para Dunia di Sarawak pada Julai dan juga pendapat Dr Mahathir mengenai Israel.

Menurut Dr Mahathir, dia tidak peduli dilabelkan sebagai anti-semitik hanya kerana kelantangannya mengkritik Israel kerana ianya adalah haknya untuk menyatakan pendirian.
Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) Ahad memutuskan untuk melucutkan hak penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang bakal dianjurkan di Kuching, Sarawak.
Presiden IPC, Andrew Parsons berkata perkara tersebut diputusan jawatankuasa itu semasa bermesyuarat di London.
Ia susulan Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Dalam Negeri gagal memberi jaminan diperlukan perenang Para Israel untuk menyertai kejohanan, bebas dari diskriminasi dan selamat dalam kejohanan.

Di Malaysia, kita tiada urusan diplomatik dengan Israel. Kita tidak rasa mereka perlu datang ke Malaysia kerana kita rasakan mereka banyak melakukan kesilapan dan tidak mahu bertanggungjawab hanya kerana tiada siapa yang berani menegur mereka
“Kerajaan Israel sangat berkuasa, tidak banyak yang boleh kita lakukan. Jadi kita tak katakan apa-apa pada kerajaan Israel tetapi kita tidak akan hulurkan persahabatan kepada mereka” Dr Mahathir
Ditanya adakah adil untuk rakyat Israel dihukum begitu hanya kerana tindakan kerajaan mereka, Dr Mahathir menganggap majoriti rakyat Israel menyokong tindakan yang dilakukan kerajaan mereka.
