Iklan Raya Petronas 2012 menyentap jiwa perantau

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, bukan sahaja suami Kak Jie tersentuk hati menonton Iklan Raya Petronas 2012 begitu aku yang pernah berjauhan bertahun-tahun daripada keluarga suatu masa dahulu walaupun tidak sejauh Algeria atau Russia. Setiap kali Aidilfitri pasti saat yang menjerut hati dan perasaan berjauhan dengan keluarga terutama apabila melaungkan takbir raya.

Paling mengusik hati apabila mendengar lagu raya Sudirman “Dari Jauh Ku Pohon Maaf” memang boleh menitis air mata lah tak percaya tanyalah mereka-mereka yang pernah menjadi perantau.

Benarlah seperti kata Ridzuan dalam iklan raya Petronas 2012 apabila kita berada jauh dari Malaysia kita akan betul-betul menghargai Malaysia dan benar-benar cintakan Malaysia. Benci betul aku kalau dengan orang Malaysia yang tak ada rasa cinta pada negara sendiri dan tidak pernah menghargai apa yang kita ada sekarang. Mungkin mereka tidak pernah jadi perantau atau buta hati yang akan hanya celik apabila segalanya sudah ditarik balik oleh ALLAH SWT. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna.

Kalau Rakan Blogger ada kisah kenangan perantau kongsikan kisah tersebut untuk dijadikan iktibar kepada semua pembaca.

174 Comments

  1. Walaupun saya dilahirkan sebagai anak yatim. Tapi saya rasa sangat-sangat bersyukur kerana Allah kurniakan ibu saya dialah ibu dan bapa saya di dunia dan akhirat.

    Ibu berjaya membesarkan saya dan kembar dengan penuh kasih sayang tanpa cacat cela seperti orang2 lain yang ada ibu dan bapa.

    Kalau orang lain ada, kami pun ada. Demi Allah, tengok iklan ni saya rasa sangat bersyukur dan rindu nak balik kampung.
    Curahan rasa ProfHariz @ ..Koleksi Lagu Raya AidilfitriMy Profile

  2. Buat persiapan awal jika ingin melakukan perjalanan jauh utk ke kampung halaman masing2. Berdoa agar perjalanan ono nanti selamat sampai ke destinasi masing2.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun SyawalMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!