Iftar Networking PUIM 2019, bawakan insentif kerajaan untuk Usahawan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Majlis berbuka puasa bersama Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) di Le Meridien, Putrajaya. Ini adalah program Iftar yang ke-7 PUIM anjurkan dan setiap penganjuran mempunyai tema yang berbeza.

Tahun ini PUIM bawakan pihak Malaysia Productivity Corporation (MPC) yang berikan input khusus berkaitan insentif kerajaan untuk usahawan. Mengikut data terkini, dimaklumkan banyak lagi insentif kerajaan yang tidak diambil oleh usahawan. Jika ditanya, majoriti pasti katakan tidak tahu dan kurangnya sebaran umum.

Jadi sesi Iftar kali ini, salah satu agenda yang PUIM bawakan adalah maklumat-maklumat berkaitan insentif kerajaan yang ada dan bagaimana usahawan boleh ambil manfaat dari insentif ini. Sudah pasti yang hadir telah didedahkan dengan peluang yang ada bagi mendapatkan insentif itu.

Dalam sesi iftar PUIM juga akan ada perkongsian berkaitan dunia digital. Bagaimana anda ke arah mendigitalkan bisnes anda. Sebenarnya masih ramai usahawan yang tidak ada bahagian khusus dalam bidang digital di syarikat masing-masing. Bukan hanya proses jualan tapi mencakupi pengurusan dan promosi jualan.

Sesi paling hebat nanti adalah sesi networking dan perkongsian bersama sahabat-sahabat usahawan. Sesi sebegini setiap tahun dihadiri oleh ramai ‘sifu-sifu’ bisnes yang boleh bantu anda selesaikan masalah bisnes anda. Kali ini berkongsi pengalaman dengan CEO Senangpay, Nur Lembah Pangsun Eco Resort dan juga perunding hartanah.

Ucapan terima kasih tak terhingga juga kepada Presiden PUIM, Gero Azrul.

Gero Azrul yang merupakan Presiden PUIM sejak 2011 sehingga sekarang. Beliau adan team membantu beribu-ribu usahawan untuk kembangkan perniagaan secara online, dan sekarang ini PUIM mempunyai lebih 24,000 ahli berdaftar online.

Persatuan Usahawan Internet Malaysia adalah tempat untuk semua yang ada kaitan dengan online atau mahu ceburkan diri dengan online. Jadi penting untuk kita masuk dalam komuniti yang betul, akses kepada pelbagai ruang dan peluang yang mungkin tak ada sebelum ini.

Antaranya ialah geran khas untuk usahawan online, aktiviti bersama agensi kerajaan yang mungkin boleh bantu anda. Semua ini telah membuka minda mereka yang hadir. Jika ditanya semasa awal majlis, kurang daripada 10% yang tahu mengenai insentif ICT untuk usahawan.

Dalam bisnes, tidak kira baru atau lama, mesti berkawan dengan sesama usahawan, ini kerana setiap usahawan ada jaringan mereka sendiri. Dan anda mungkin akan dirujuk mengikut servis anda.

Dalam perniagaan, nadi utama ialah aliran tunai, dan aliran tunai itu datang dari pemasaran produk. Ilmu pemasaran itu paling penting, tambah-tambah sekarang ilmu pemasaran online.

Semoga apa yang PUIM usahakan selama ini akan membuahkan hasil dan dapat membantu lebih ramai lagi usahawan-usahawan di luar sana.


Spread the love

3 Comments

  1. Bagus sangat bila dapat bernetworking dengan rakan usahawan online semua, baru bercambah idea dan strategi dalam kembangkan bisnes.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!