Iftar Denaihati Network 2019, himpunkan rakan bisnes 4 negara

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah selesai sudah majlis iftar anjuran Denaihati Network yang berlangsung pada 25 Mei 2019. Lokasi yang terpilih kali ini adalah di D’Saji Titiwangsa Kuala Lumpur.

Seperti tahun-tahun yang lalu, ini merupakan antara majlis tahunan dalam kalendar Denaihati Network.

Keluarga, rakan penulis blog, usahawan online, kenalan, sahabat handai dan yang istimewa juga adalah rakan bisnes senusantara. Saban tahun mereka dari Indonesia, Singapura dan Kemboja hadir ke majlis iftar Denaihati Network ini.

Majlis ini pada mulanya dianggarkan lebih kurang 300 orang untuk ditempatkan di dalam dewan tertutup. Namun, ramai yang ingin berbuka puasa bersama sahabat-sahabat lama dalam bisnes tidak kira tua atau muda. Pada peringkat akhirnya, pendaftaran mencecah sejumlah 370 orang.

Ini adalah sebahagian kecil daripada rakan bisnes Denaihati Network.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis dan kemudian sesi perkongsian oleh Pengasas dan CEO Denaihati Network, Tuan Haji Amir Hassan. Berkisar tentang trend bisnes yang telah berlalu dan banyak nasihat serta tips yang berguna bagi mereka yang ingin ceburkan diri dalam bidang perniagaan masa hadapan.

Tazkirah daripada Maulana Ustaz Effendi, Madrasah An Nur Kesang laut juga seperti memberikan tenaga dan semangat kepada semua yang hadir. Kisah merebut 10 hari akhir Ramadan amat ditekankan dan seharusnya kita perlu lakukan sehabis baik untuk lailatul qadar.

Kehadiran Dato Adiputra juga yang sentiasa menyokong Denaihati Network turut memberikan sedikit ucapan sambil membuat hadirin tersenyum dan ketawa. Beliau memaklumkan akan melakukan penggambaran filem amal yang bakal berlangsung selepas hari raya Aidilfitri nanti.

Majlis iftar ini juga ditaja oleh beberapa hamba ALLAH yang turut memberikan infaq untuk mereka yang berbuka puasa ini. Semoga segala kebaikan yang dilakukan di bulan Ramadan Mubarak ini akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda buat mereka.

Terima kasih juga kepada semua yang hadir dari jauh dan serata tempat. Terima kasih kepada yang menguruskan majlis iftar ini supaya berlangsung dengan jayanya.

Semoga kita dapat merapatkan ukhuwah sesama kita dan inshaa Allah, program ini akan diteruskan pada masa akan datang.


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!