Ibadah Haji tahun ini dibenarkan untuk umat Islam di Arab Saudi sahaja

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Di era pandemik COVID-19, kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa tahun ini tidak akan menghantar jemaah haji dan akan di tangguh pada tahun hadapan. Sehubungan itu, negara-negara jiran juga turut mengambil keputusan untuk membatalkan ibadah Haji.

Baca: Ibadah haji ditangguhkan tahun ini

Tambahan, Arab Saudi mengumumkan akan membenarkan musim haji dengan jumlah terhad pada tahun ini yang terdiri daripada para jemaah dalam kalangan rakyat Arab Saudi dan warganegara luar yang sudah berada di negara beraja tersebut sahaja.

Keputusan itu adalah yang pertama kali dalam sejarah moden Arab Saudi bahawa negara itu melarang umat Islam di luar negara beraja itu daripada mengerjakan haji.

Pada tahun lalu, seramai 2.5 juta jemaah haji dari seluruh negara telah mengerjakan haji.

Kementerian Haji Arab Saudi berkata, ibadat itu akan dibuka kepada pelbagai warganegara yang sudah berada di Arab Saudi tetapi ia tidak menjelaskan bilangan jemaah haji.

“Adalah diputuskan untuk membenarkan musim haji pada tahun ini dengan jumlah yang kecil dengan pelbagai kerakyatan di negara beraja ini,’ kata seorang pegawai Agensi Berita Saudi semalam.

“Keputusan itu diambil bagi memastikan ibadat haji dilakukan dengan selamat daripada perspektif kesihatan dan menurut pengajaran Islam,’ tambahnya.

Keputusan itu dibuat ketika Arab Saudi bergelut untuk menangani jangkitan pandemik COVID-19 yang kini semakin meningkat dengan 1,300 kematian dan 161,000 kes iaitu yang terbesar di rantau Teluk.

Walaupun dengan peningkatan tersebut, Arab Saudi kelmarin bertindak menamatkan perintah berkurung di seluruh negara beraja tersebut dan membenarkan pembukaan perniagaan termasuk panggung wayang dan tempat hiburan lain.

Baca: Garis panduan ringkas pelaksanaan ibadah korban dalam tempoh PKPP

mataf masjidil haram mekah

Pengumuman untuk membenarkan ibadat haji dalam jumlah yang kecil dipercayai akan menyebabkan kekecewaan berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia yang kerap menggunakan wang simpanan dan sanggup menunggu bagi tempoh yang panjang untuk mengerjakan haji.

Keputusan ini sedikit sebanyak dapat menghilangkan kekecewaan terhadap umat Islam yang sudah menetap di Arab Saudi kerana sebelum ini rata-rata bimbang jika kerajaan memutuskan pembatalan ibadah tersebut.

Ibadat itu berlangsung selama lima hari dan akan berakhir pada hujung bulan Julai.

Sumber: Sinarharian


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!