Hukum melaksanakan ibadah korban

Spread the love

Sebelum kita menjelaskan hukum korban, suka untuk dijelaskan dahulu maksud korban.

Ibadah korban ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti Unta, Lembu dan Kambing yang dilakukan pada hari raya Aidil Adha (10 Zulhijjah) yang dilakukan selepas solat Hari Raya dan pada hari-hari tasyriq berikutnya (11, 12, 13 Zulhijjah) bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Antara syarat-syarat melaksanakan Ibadah Qurban ialah:

1. Beragama Islam

2. Baligh

3. Berakal

4. Berkemampuan

5. Merdeka

<< Tempah sekarang ibadah korban murah di lima negara >>

Dalil Pensyariatan Ibadah Korban

Jika di nusantara dahulu khususnya di tanah jawa atau di negara Malaysia sendiri, upacara menyambut kelahiran bayi ini lebih dikenali

Berdasarkan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. ketika peristiwa penyembelihan anaknya Nabi Ismail A.S yang telah digantikan dengan seekor Kibas dengan kuasa Allah S.W.T., maka Allah telah mensyariatkan Ibadah Qurban kepada umat Islam.

Ianya berdasarkan firman Allah S.W.T.:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” (Surah Al-Kauthar: 2)

وَلِكُلِّ اُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللّٰهِ عَلٰى مَا رَزَقَهُمْ مِّنْۢ بَهِيْمَةِ الْاَنْعَامِۗ فَاِلٰهُكُمْ اِلٰهٌ وَّاحِدٌ فَلَهٗٓ اَسْلِمُوْاۗ وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِيْنَ

“Dan, bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan oleh Allah kepada mereka. Maka, Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh kepada Allah.” (Surah Al-Hajj: 34)

Hukum Melaksanakan Ibadah Korban

Kembali kepada tajuk utama, Apakah hukum melaksanakan korban? Adakah ianya wajib atau sunat?

Hukum melaksanakan Ibadah korban adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) sangat digalakkan bagi mereka yang melepasi syarat-syarat korban. Makruh bagi mereka yang berkemampuan tetapi tidak melaksanakan korban.

Akan tetapi tidak berdosa bagi mereka yang tidak melaksanakan Ibadah korban walaupun tiada sebarang keunzuran.

Melaksanakan Ibadah korban adalah ibadah sunat yang sangat dituntut. Ibadah korban adalah Ibadah sunat yang sangat disukai Allah SWT.

Berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binatang qurban), kerana ia (binatang qurban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah qurban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang qurban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu perelokkan olehmu niat serta binatang yang diqurbankan.”  (Riwayat al-Hakim)

<< Tempah sekarang ibadah korban murah di lima negara >>


Spread the love

2 Comments

  1. Jadi wajib sekiranya niat qurban nazar dan niat qurban wajib
    Pembahagian daging qurbannya juga berbeza

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!