Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “pengalaman masam manis berniaga di bulan Ramadan“. Kali ini Abang nak berkongi ekonomi yang jadi sebutan ramai iaitu apa hukum Bitcoin dalam ekonomi Islam.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Dunia bergerak semakin pantas apabila internet diperkenalkan kepada dunia pada akhir tahun 90 an. Budaya kehidupan manusia sangat berubah sehingga banyak gajet-gajet dahulu sudah menjadi sejarah sehingga tidak dikenali oleh generasi Y. Begitu juga teknologi kewangan atau lebih dikenali sebagai Fintech telah mengubah budaya kewangan dunia. Wang kertas sudah mula diganti dengan duit digital seperti paypal, alipay dan terkini duit digital bitcoin.
Sejarah Bitcoin
Abang sudah biasa menggunakan duit digital sejak awal tahun 2000. ketika itu menggunakan paypal, egold, stormpay dan beberapa lagi kaedah pembayaran digital yang kini sudah tiada. Mula diperkenalkan kepada Bitcoin pada tahun 2008 ketika itu harga untuk setiap bitcoin hanya beberapa sen dollar sahaja. Masa artikel ini ditulis harga terkini bitcoin adalah USD2700. Antara sebab kenaikan harga bitcoin adalah kerana banyak Kerajaan telah mengiktiraf bitcoin sebagai duit digital yang terbaru adalah negara Jepun. Baru-baru ini ketika banyak website di dunia diserang oleh ransomware, penyerang meminta bayaran menggunakan Bitcoin, itu menjadiakan bitcoin semakin terkenal.
Harga Terkini Bitcoin Malaysia
Penjelasan halal haram Bitcoin oleh Pakdi
Pakdi adalah seorang blogger kewangan yang berpengaruh dan ramai follower. Berikut adalah penjelasan beliau tentang isu halal haram bitcoin yang juga boleh dibaca di blog beliau Pakdi.net
Bitcoin juga adalah digital currency yang bersifat decentralized. Maksudnya, tidak seperti Ringgit Malaysia yang dikawal oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Bitcoin tidak ada financial regulator seperti BNM. Memandangkan ia adalah decentralized digital currency, ada satu aktiviti penting yang membolehkan bitcoin ini berfungsi dengan baik sebagai matawang iaitu bitcoin mining. Sekiranya Bitcoin sudah disepakati sebagai matawang. Maka sudah tentu hukum Shariah bay’ sarf diguna pakai. Hukumnya sama seperti jual beli emas, perak dan duit kertas.
Penjelasan Hukum Bitcoin oleh Dr Mohd Daud Bakar
Penjelasan Hukum Bitcoin oleh Ustaz Dr Zaharuddin
Penjelasan halal haram Bitcoin oleh Matthew J. Martin
Matthew J. Martin menjelaskan panjang lebar halal haram bitcoin yang boleh dibaca dalam artikel berikut “Is Bitcoin Halal“. Di bawah ini Abang kongsikan sedikit petikan dan segaja tidak mahu translate supaya tidak lari dari maksud.
As a payment network, Bitcoin is halal. In fact, Bitcoin goes beyond what more conventional closed banking networks offer. Unlike conventional bank networks which use private ledgers where there’s no guarantee that the originator actually owns the underlying assets, Bitcoin guarantees with mathematical certainty that the originator of the transfer owns the underlying assets. Conventional banks operate using the principle of fractional reserve, which is prohibited in Islam.”
Penjelasan halal haram Bitcoin oleh Konsultasisyariah.com
Dalam sebuah website Konsultasisyariah.com dijelaskan secara terperincin hukum hakam jual beli yang dikaitan dengan hukum menggunakan bitcoin dalam urusan jual beli di zaman internet. Sila baca pejelasan panjang lebar dalam artikel bertajuk “Hukum Bitcoin“. Abang kongsikan kesimpulan daripada penulisan ini.
Kesimpulannya, hingga titik ini, penggunaan bitcoin secara hukum syariah dibolehkan, tidak ada sisi pelanggarannya, selama itu dimiliki secara legal dan bukan melalui pembajakan atau penipuan.
Kebanyakkan bacaan yang Abang buat dan carian di Google tentang hukum Bitcoin hampir semua tidak menyebut bitcoin haram selagi digunakan sebagai duit untuk jual beli.
Cara mendapatkan Bitcoin
Daripada pengalaman Abang untuk mendapatkan bitcoin boleh beli dariapada rakan-rakan yang ada simpam stok bitcoin atau boleh beli daripada agen yang menjual bitcoin seperti di Malaysia paling popular adalah Luno. Selain daripada itu kita boleh juga melombong bitcoin dengan berbagai cara. Abang telah melobong Bitcoin sejak beberapa tahun lepas dan untuk mengetahui cara mudah melombong bitcoin boleh baca penjelasan di Lombong Bitcoin. Nak tahu detail boleh PM Abang di FB Amir Denaihati.
Semuga artikel ini memberi manafaat kepada para pembaca.
Abang Denaihati
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
46 Comments
oo baru paham apa tu bitcoin danhukum bitcoin . heheh lisa ingt haram hukumnya.. yela dengar bitcoin tu pon gitu gitu je dari kengkawan …
Curahan rasa lisak @ ..Sedekah Kurma di Bazar Ramadhan pun Kena Halau ?
Ada lombong bitcoin ya
Canggih
Pasaran gelap memang ramai pakai bitcoin ni. Sebab senang nak bayar. Tak ada siapa boleh trace
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Vitamin & mineral yang diperlukan ibu semasa mengandung!
Bank Negara Malaysia pun tak boleh pantau, risiko guna bitcoin tetap ada di mana mana negara.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Pound
Bitcoin dilombong hanya dengan menggunakan komputer, boleh buat di rumah, cuma mesin lombong tu mahal harganya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Strategi Tingkatkan Jualan Lepas Raya
Pada pendapat saya bitcoin ini adalah perkara baru yang boleh di jadikan contoh kepada usahawan2 Di Negara Malaysia yang sangat Cepat di ketahui orang ramai .
sempat denger bitcoin, namun belum paham apa fungsi dari bitcoin ini, apa sejenis dengan paypal atau bukan/
bitcoin dan paypal berbeza. bitcoin adalah duit digital yang perlu dilombong sebelum digunakan oleh pengguna manakala paypal adalah perkhidmatan bayaran yang menggunakan matawang mengikut negara yang kita daftar.
Curahan rasa denaihati @ ..Nu Caffe Kopi Arabica Tongkat Ali Terbaik
terimakasih pencerahannnya tentang bitcoin, saya salah satu pengguna bitcoin juga soalnya. sekali lagi terimakasih
macam-macam sekarang ni. first time juga dengar duit digital bitcoin.
tapi apa2 sebelum kita buat, kita kaji dulu samada dia halal atau haram.
kerana yahudi bijak memesongkan umat Islam
Curahan rasa Datin Tyka @ ..2019 – Road To “Ironman”
kalau nak kira Yahudi duit kertas yang kita guna juga adalah idea yahudi. Islam guna emas dan perak.
Curahan rasa denaihati @ ..Dokumen yang perlu untuk memohon visa umrah dan haji keluarga
Belum lagi berani nak invest dengan bit coin. Nak kena faham betul betul sebab ada terms mining guna computer dan sebagainya . Macam macam teknologi baru buat duit ni. Kalau tak langgar syariah apa salahnya buat duit kat situ.
Curahan rasa rahimah majid @ ..5 Sebab Utama Baju Sejuk Wanita V05 Jadi Pilihan Ramai
saya pun sama ..
belum faham sangat dan proses belajar ke tahap yang lebih baik..
jika dah faham tentang Bitcoin senang sikit nak melabur
Curahan rasa mrhanafi @ ..3 Tanda Ada Orang Yang Merindukan Kita
bitcoin bukan investment tu yg kena faham. bitcoin adalah duit digital jadi kalau orang offer join bitcoin dapat sekian2 peratus setaip bulan itu bukan bitcoin yg sebenar. tapi kalau dia kata kita beli bitcoin nanti bila harga naik kita jual dapat u tung itu baru betul.
Curahan rasa denaihati @ ..Iftar Ramadan dari masjid ke masjid
Alhamdulillah baru tahun pasal Bitcoin halal atau haram. Perkongsian terbaik
Curahan rasa SAPS Ibu Bapa @ ..SAPS Ibu Bapa 2017 Semak Keputusan Peperiksaan
Alhamdulillah, halal… jadi kawan-kawan saya tidak terjerumus ke dalam dosa…
kita mencari aman saja untuk bisnis online khususnya, bisnis yang ada barangnya atau produk, transaksi jual beli dengan uang negara nya
Curahan rasa ade sunandar @ ..Agen Danshen plus icp capsule serang
Adus sepertinya saya sudah ketingalan ni.
kalau ia boleh menjadi simpanan yang lumayan .
Says juga akan cuba melombongnya
Curahan rasa onlajer @ ..Panduan memilih Kipas angin siling dengan fungsi forward dan reverse
adalah simpan sikit.
Tak banyak.
Tunggu 10 tahun lagi.
Apa jadi kat bitcoin nih.
Jadi macam e-gold atau tidak.
atau sebaliknya.
Curahan rasa titan @ ..My Ramadhan Home
konsep lansung tak sama dengan eGold jadi pasti ceritanya berbeza.
Curahan rasa denaihati @ ..Kifarah tunai bila buat silap
Yup.
Sebab tu kena tunggu dan lihat.
Kita tak tahu penghujungnya.
Bagus atau tidak.
Curahan rasa titan @ ..How do you define SUCCESS?
pendapat saya btc ni tak ada penghujung sebab buka skim tapi sistem yang diguna pakai ramai. yg ada penghujung platform yg guna btc utk projek pelaburan mereka.
Curahan rasa denaihati @ ..Nu Caffe Kopi Arabica Tongkat Ali Terbaik
Setuju, adakalanya pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia lambat dan ketinggalan dengan teknologi, jadi kita kena jalan dahulu baru mereka nak buka mata.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Strategi Tingkatkan Jualan Lepas Raya
Angkat tangan dengan Bitcoin. Tidak tahu langsung. Tidak tahu apakah perlu ambil tahu atau tidak. Masih selesa dengan PayPal.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Bubur Lambuk Kampung Baru Idaman Wargakota Kuala Lumpur
Bestnya Bitcoin komisen yg diaorang ambik tak sebanyak paypal dan nilai bitcoin semakin mahal tapi paypal 100% ikut nilai USD.
Curahan rasa denaihati @ ..Pengalaman masam manis berniaga bulan Ramadan
Bitcoin semakin popular namuan masih asing juga di Malaysia..
ramai yang sedar akan kepentingan Bitcoin namun perlu juga kelulusan dari Bank Negara supaya urusniaga sah dari segi undang-undang..
saya sekadar memberi pendapat dan memang tak tahu sangat pun pasal Bitcoin
Curahan rasa mrhanafi @ ..Siapa Zamri Nanyan Yang Sebenarnya
Bitcoin adalah digital currency yang bersifat decentralized jadi kalau nak tunggu BNM sahkan memang tak akan berlaku samoai bila2. Kita kena terima perubahan teknologi kalau tidak kita akan ketinggalan. Sudan berjuta pengguna Bitcoin di dunia sekarang.
Curahan rasa denaihati @ ..Kena tampar cikgu merah padam muka
xsilap saya..tiada sebarang pengesahan dr BNM yg kata bitcoin ni xdibenarkan di malaysia dan xjuga galakan berurus niaga dgn bitcoin. masih dlm process melihat dan memantau sahaja.jadi pada yg rasa mahu mencuba bolehlah simpan sedikit mana tau ada hasil pulangan akan dtg..skrg value dia lebih dr 10k satu bitcoin. dijangkakan akan naik hingga 50k utk 2-3thn akan dtg.jgn ketinggalan
Comments are closed.