Seks suami isteri di bulan Ramadhan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Ramadhan bulan penuh dengan rahmat yang dapat merapatkan hubungan suami isteri kerana banyak aktiviti boleh dibuat bersama seperti berbuka puasa bersama dan paling seronok dapat pergi solat sunat terawih bersama. Itulah hebatnya Ramadhan bukan sahaja dapat meningkatkan ketaqwaan tetapi dapat juga menambah kebahagian suami isteri yang akan menjadi contoh kepada pendidikan anak-anak.

Soalan yang selalu ditanya oleh pasangan suami isteri adakah boleh di bulan Ramadhan mereka melakukan hubungan seksual. Persoalan seks suami isteri di bulan Ramadhan mendapat perhatian khusus apabila disebut dalam Surah Al Baqarah ayat 187 yang maksudnya :

Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib) dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.”

Berdasar kepada ayat 187 Surah Al Baqarah jelas bahawa hukum seks suami isteri dibenarkan pada malam hari puasa Ramadhan. Bagaimana pun ALLAH menyebut di akhir ayat bahawa para suami tidak dibenarkan menyetubuhi isteri ketika sedang beriktikaf di Masjid yang biasa dilakukan di malam 10 akhir Ramadhan. Memang benar Al Quran adalah buku panduan hidup apabila kita memahami setiap patah perkataan kerana di dalamnya ada berbagai pertunjuk hidup sehinggalah hukum berjimak di bulan Ramadhan.

Rahsia Menambat Nafsu Suami – Ebook terbaik buat para isteri yang ingin memuaskan suami dengan cara yang sensasi
Kalau budaya orang Melayu dulu-dulu memang jarang sekali pasangan pengantin baru bernikah sebelum dan semasa bulan Ramadhan tetapi sekarang sudah biasa kita menerima jemputan perkahwinan sebelum Ramadhan. Orang tua dulu takut pengantin baru terlajak melakukan jimak disiang hari bulan puasa.

SIAPAKAH SERI KANDI MULIA DI SISI RASULULLAH SAW

Hukum seorang yang bersetubuh dengan sengaja disiang hari bulan Ramadhan. Pendapat yang kuat adalah bahwa puasanya batal dan wajib membayar kaffarah dan tidak ada qadha’ padanya. Kaffarah orang yang bersetubuh dengan sengaja di siang bulan Ramadhan adalah seperti yang terdapat didalam hadits, yaitu : yang pertama dia membebaskan budak, atau yang kedua berpuasa berturut-turut yang tidak terputus, atau yang ketiga memberi makan 60 orang miskin. Berikut adalah hadits menyentuh isu hukum bersetubuh di siang hari :

Dari Abu Hurairah, Beliau berkata : Tatkala kami duduk disisi Nabi tiba-tiba datang kepadanya seorang laki-laki, dan dia berkata “Wahai Rasulullah binasa aku”, maka Beliau bertanya “kenapa engkau ?”, orang itu menjawab “Aku telah menyetubuhi istriku, padahal aku berpuasa”, dalam sebuah riwayah “Aku menyetubuhi keluargaku di bulan Ramadhan”, maka Rasulullah bersabda “Apakah engkau mendapatkan seeorang budak yang engkau bisa membebaskannya ?”, maka orang ini menjawab “Tidak ada”, Rasulullah bersabda “Apakah engkau mampu berpuasa dua bulan secara berturut-turut?”, maka orang ini menjawab “Tidak”, Rasulullan bersabda “Apakah engkau mendapatkan pemberian makan kepada 60 orang miskin ?”, maka orang ini menjawab “Tidak”. Berkata Abu Hurairah “maka Nabi terdiam”, maka tatkala kami dalam keadaan yang demikian itu tiba-tiba didatangkan kepada Nabi dengan sebuah kantong (kantong yang terbuat dari pelepah kurma seukuran masuk didalamnya 15 sha’ dari sesuatu) yang padanya terdapat kurma. Kemudia Nabi bertanya “Mana orang yang bertanya tadi ?”, maka orang ini menjawab “Aku”, maka Nabi berkata “Ambillah ini lalu bersedekahlah dengannya”, orang ini berkata “Apakah atas orang yang lebih faqir daripadaku wahai Rasulullah ?, maka demi Allah tidak ada diantara dua kampungnya sebuah keluarga yang lebih faqir daripada keluargaku”, maka Nabi tertawa sampai terlihat gigi saingnya, kemudian Beliau bersabda “Berikanlah dia kepada keluargamu

Untuk mengetahui lebih mendapat hukum bersetubuh suami isteri di bulan Ramadhan bagus juga membaca artikel “Hukum jimak isteri di bulan Ramadhan“, “Hukum seks suami isteri malam 1 Syawal” dan “Batalkah puasa kita jika“. Ilmu memang perlu kita cari untuk mendapat berkat Ramadhan yang terbaik. Soalnya adakah puasa kita selama ini telah meningkatkan taqwa kita yang boleh mengubah cara fikir dan cara kehidupan yang boleh mendekatkan kita kepada ALLAH. Soalan ini hanya diri kita sendiri yang mampu menjawab.


Spread the love

340 Comments

  1. entri ni memang panas di first page google. Setiap tahun mesti ada yang akan tanya tentang tajuk entri ni. Kalau boleh, bincang dengan pasangan supaya Ramadhan kali ini adalah bulan pengabdian diri pada Allah sepenuhnya.
    Curahan rasa ainun @ ..Mudahnya Berniaga OnlineMy Profile

  2. Ramadhan yang penuh barakah ini wajarlah kita memperbanyakkan amalan dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t

  3. Bulan Ramadhan bulan utk umat Islam…hendaklah kita sentiasa mendekatkan diri kepadaNya siang dan malam…tapi malam ada kelonggarannya, jika tak mampu menahan nafsu, boleh aja diteruskan niat bersama2 isteri..cuma tak digalakkan agar ibadah yang kita lakukan akan menjadi lebih baik dan diterima disisiNya…
    Curahan rasa JAWATAN KOSONG TERKINI @ ..JAWATAN KOSONG EKSEKUTIF PENTADBIRANMy Profile

  4. sebagai umat islam kita sendiri sudah tau apabila menjelang bulan ramadhan kita mesti tahan lapar dan dahaga tetapi jangan lupa kita juga perlu menahan nafsu daripada perkara yang membatalkan puasa.
    Curahan rasa iuzira @ ..kenali AL-QASSAMMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!