Senator Fraser Anning kalah pilihanraya Australia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Senator Australia, Fraser Anning yang bermulut celupar menuduh imigran Islam yang menyebabkan serangan tembakan ganas di Christchuch pada 15 Mac lalu telah hilang kerusi di Senat.

Fraser Anning, bekas senator Australia yang menyalahkan imigran Muslim ke New Zealand berikutan kes tembakan di Christchurch oleh seorang lelaki berkulit putih kini tewas dalam pilihan raya negara tersebut yang diadakan semalam.

Sebelum ini, kenyataan tersebut mendapat kecaman dari dua parti lawan selain dimalukan oleh seorang remaja yang bertindak berani memecahkan telur di kepalanya.

Tidak cukup dengan kecaman setelah mengkritik Muslim dalam tragedi tersebut, dia terus dikutuk apabila secara fizikal menyerang balas remaja terbabit.

Sebelum pilihanraya, dia turut mendapat kecaman hebat apabila mengeksploitasi gambar sebuah keluarga Muslim yang kehilangan anaknya untuk dijadikan bahan kempennya dengan kapsyen sinikal bermaksud, ‘Mahu berjiran dengan seorang Muslim? Undi Parti Buruh.’

Kiriman tersebut akhirnya dipadam akibat kecaman yang hebat. (Gambar: Supplied)

Anning yang sebelum ini hanya mendapat 19 undi menjadi senator bagi menggantikan calon lain yang dibuang kelayakan menubuhkan parti baru sebulan lalu setelah ditendang keluar dari parti asalnya.

“Salah satu keputusan terbaik pilihan raya,” kata salah seorang wakil rakyat yang berjaya mengekalkan kedudukannya ketika mengulas tentang kekalahan Anning.


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!