Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh Ariff Shah tuan punya blog Ariffshah.com semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Ariff Shah adalah penulis jemputan tetap blog Denaihati dan antara entrinya ialah “Apa Yang Perlu Dibuat Setelah Berada di Tempat Pertama Google Search?“ dan “Jadi Blogger Syok Sendiri Pun Kadang-Kadang Tak Boleh“. Ada tip blogging terbaik yang dikongsikan kali ini joom baca :
WordPress plugin memudahkan kerja kita, tapi pada masa yang sama boleh menjadi perosak kepada blog kita. Satu benda yang perlu kita berikan sepenuh perhatian adalah hidden link, atau link yang disembunyikan daripada pandangan mata kasar.
Implikasi Negatif Hidden Links
Apa yang berlaku sekiranya Google mengesan terdapat hidden link di blog kita?
Pertama, Google boleh menganggap bahawa laman tersebut telah digodam dan kod-kod berbahaya telah dimasukkan ke dalam laman tersebut. Dengan ini, mereka boleh menghalang pengguna dari Google Search untuk memasuki laman tersebut untuk menjaga keselamatan pengguna mereka. Sebagai enjin carian terbesar, mereka tidak mahu menghantar pengguna mereka ke laman yang berkemungkinan akan menyebabkan pengguna terkena serangan malware atau spam.
Kedua, Google boleh menganggap bahawa laman tersebut menjual backlinks dan cuba untuk ‘mempermainkan’ sistem mereka. Pertukaran link sebenarnya hanya digalakkan sekiranya link yang kita letakkan tu berkaitan dengan website kita, itu cara yang paling betul. Backlink & anchor text yang berkaitan akan menguatkan lagi kedudukan laman kita di search engine untuk keyword yang digunakan.
Implikasi tetap sama. Laman boleh dikeluarkan dari keputusan Google Search dan kelebihan PageRank pun boleh dikurangkan. Kadang-kadang kalau PageRank tiba-tiba jatuh mendadak tu, perkara seperti inilah yang menjadi sebab utama.
Hidden Links tu Macam Mana?
Biasanya hidden links ni disorok menggunakan CSS. Mereka boleh menggunakan warna teks yang sama dengan background atau menggunakan tag <div>. Kedua-duanya boleh dikesan oleh Google. Teknologi dan infrastruktur mereka yang bernilai jutaan dollar boleh mengesan benda ni. Apakah anda fikir dengan pengetahuan CSS level rendah anda tu dah boleh menipu engineer dan pemegang Phd. yang bekerja di Google?
Easy Mashable Social Bar
Baru-baru ni dunia blog dikecohkan dengan social bar yang diinspirasikan daripada laman Mashable. Memang lawa. Saya pun ada tulis tutorial untuk sidebar widget tersebut dan ada pihak lain telah mengeluarkan plugin untuk widget tersebut. Saya berasa amat bangga kerana plugin itu dikeluarkan oleh anak tempatan kita sendiri. Pelan jangkamasa panjang saya untuk mengeluarkan plugin sendiri untuk widget tersebut telah berkubur.
Kelebihan utama kepada pengeluar widget ialah, mereka boleh meminta untuk backlink mereka dipaparkan. Selain tu, pengeluar plugin juga akan menerima plugin berprofil tinggi daripada WordPress.org. Pada saya itu sudah memadai dan cukup kuat, berbaloi dengan usaha yang telah kita curahkan.
Tapi biasalah, disebabkan kita tak diajar sifat profesionalisme di mana-mana, pengeluar plugin tadi (InspiredMagz) telah melangkah dengan lebih jauh dengan meletakkan link tersembunyi pada widget mereka menggunakan CSS.
Pada saya apa yang mereka lakukan ni agak kurang ajar dan tak profesional langsung.
Kod yang digunakan untuk membina social bar tersebut. Saya dah tag kod yang mempunyai hidden link. Biasanya link yang diletakkan dalam <div> yang mempunyai style height = 0 adalah hidden. Link tu kita tak nampak, tapi wujud.
Takde alasan munasabah yang boleh diterima. Kalau mereka tak tahu ini adalah hidden link, mustahil boleh hasilkan plugin sendiri. Terang-terangan hidden link tersebut sengaja diletak untuk kepentingan mereka.
Tindakan Anda
Kepada yang memerlukan versi plugin ini tanpa hidden link, anda boleh dapatkannya di sini. Sila ambil tindakan secepat mungkin sebelum laman anda mendapat penalti daripada pihak Google.
175 Comments
thanks banget mba denai,,untuk infonya
lepas ni kalau nak dapatkan plugin pun kena berhati-hati. Thanks untuk info yang membuka mata semua blogger…
Curahan rasa noorsyamsul @ ..SITI NUR FATIHAH BUAT HAL LAGI!
pakai blogspot je..tp ambek tau jg ler 🙂
Curahan rasa terbelog @ ..Mawi Cerita Detik Cemas Perompak Acu Pisau
saya ada jugak try nak check..tapi tak boleh nak detect..mungkin takda la kot
Curahan rasa segalabenda @ ..Remaja lari dari rumah, kenapa?
hmm lagi satu, nampaknya abam Denaihati kita dah buang..bagus~
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..I Love You, Thesis?
bener, kemarin-kemarin DH juga pakai, tapi sekarang dah dibuang…
Curahan rasa Dadan @ ..Toshiba LT170, Tablet Terbaru Toshiba
awal2 lagi dah buang
Curahan rasa ariff @ ..Gadis Hilang Lari Bersama Lelaki Kacak
hehe, aku perasan bila ko post dalam group still ada, bila ko post entri ni tak de dah..cool2, laju~
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..FS Icon Theme Untuk Ubuntu
ahaha, buta buta mamat incredible tu dapat nama
tapi bagus ar dia tonjolkan apa yang salah
kenapa tak promote entri Mr Piratz a.k.a Arif Ishak je.. dia pun coding lain, letak web dia dalam tu dr incredible..haha..cool la bila plugin open source ni.. 😀
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Muaturun Koleksi Chrome OS Wallpapers
satu perkongsian ilmu yang bagus…tankiyu bro…nanti aku check kt blog aku…ad x…
Curahan rasa faizfakhirin @ ..#Breakfast Pemakan yang anda Mesti Pilih
br th psl bnda tu..fuhh..tq denai..
Langkah selamat kurangkan penggunaan plugin kecuali betul2 dipercayai dan telah dipasang oleh blog yg otai. Atau guna je plugin yg disediakan oleh platform blog tu sendiri.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Cuti-cuti Malaysia | Kuala Lumpur Bird Park
betul bro, saya pun untuk blog WP yang baru gunakan plugin yang disediakan WP…
Curahan rasa Dadan @ ..Toshiba LT170, Tablet Terbaru Toshiba
Apakah anda fikir dengan pengetahuan CSS level rendah anda tu dah boleh menipu engineer dan pemegang Phd. yang bekerja di Google?
Terbaik ayat ni..
Curahan rasa Omar @ ..Pandangan Pertama Windows 8 Consumer Preview
nice tips broo
Plugin dah ok dah..tapi buat macam ni pulak..
kesian kat org lain yang guna..
kalau macam ni dikira mcmane?
Asal boleh pahala..tgk2 dapat …………………………..
Curahan rasa Sadiq @ ..Technology Blogs: Tech News Made Easy
Thanks untuk link plugin tanpa hidden link dan juga untuk penerangan tentang hidden link dalam plugin.baru hari nih aku godek semua plugin aku.siot btul,selama ni aku perasan ada coding link mcm tu kat sesetengah plugin cuma tak tau benda ni boleh menjahanamkan.
Curahan rasa aelfi @ ..Malaysia Blogger Of The Year – Digi WWWOW Awards
entri ni bunyi agak kejam tapi benda ni perkara serius kat Google sekarang. Jadi memang kena ambil perhatian
Curahan rasa ariff @ ..Gadis Hilang Lari Bersama Lelaki Kacak
saya tak tahu pun kegunaannya…susah juga yer pengalaman kena penalti dah serik…
Curahan rasa azura @ ..37 Perkara Tentang Lelaki
Sama, saya belum pernah mengalami banned, makanya mau dipraktekan…
Curahan rasa Dadan @ ..Hindari Demo, Inilah Titik Pengalihan Arus Lalin di Jakarta
Jangan pernah merasakan banned Kang….
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Panasonic Gobel Awards 2012
Dulu saya sampai kehilangan mood ngeblog gara2 itu.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Panasonic Gobel Awards 2012
Mempertahankan posisi di google memang sulit. Lebih baik kita tetap fokus dengan isi dan kualitas konten blog kita dan tetap berhati – hati jika menggunakan trik trik SEO yang ada agar tidak membuat kita malah di banned oleh google, karena di google kita ” susah masuknya, mudah keluarnya..” , hehe..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pemenang Panasonic Gobel Awards 2012
owh.. gitu ker… guna blogspot jer.. x guna plugin.. 🙂
tp x aci kan depa buat cam ni…
Curahan rasa kakyong @ ..Hadiah dari Comel Lote Collection
ERMMM, biasalah tu kak… nak cari backlink… org sekarangkan bertambah bijak… huhuhu
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Gara-Gara Pengang Tangan Wanita 160 Sebatan Bakal Dikenakan
memang tak aci. Langgar etika
Curahan rasa ariff @ ..Gadis Hilang Lari Bersama Lelaki Kacak
Comments are closed.