Alhamdulillah tepat jam 7.10 pagi pesawat AirAsia bertolak menuju ke Negara yang tidak pernah aku jejaki. Aku dan 3 orang lagi teman bersarapan di atas pesawat. Dah lama juga aku tak pekena nasi lemak AirAsia yang memang terkenal kelazatannya. Pramugarinya pun boleh tahan cantik .
Setelah terbang lebih kurang 2 jam maka sampailah kami di tempat tujuan. Proses imigresen pun mudah tak seperti di negara-negara tertentu yang pernah aku jejaki. Kami telah disambut oleh Hj Musa dan temannya. Alhamdulillah mudah sebab mereka pun boleh berbahasa Melayu.
Daerah yang kami jejaki ini memang kawasan pelancongan. Ramai sungguh pelancong dari Europe, Korea dan Jepun. Majoriti bagunan di kiri kanan jalan adalah hotel. Di beritahu 70% penduduk di sini bergantung hidup dengan industri pelancongan.
Kami sarapan di sebuah cafe bernama D Wau yang juga menyertai program Malaysian Kitchen. Boleh tahan juga roti canai di cafe ini. Selepas solat jumaat kami makan di sebuah restauran Islam di sebelah masjid. Setelah makan kami di bawa ke tasik air tawar terbesar di dunia. Memang besar sungguh, sejauh mata memandang.
Kami singgah di surau terapung dan rumah terapung keluarga muslim. Rumah di sini sungguh daif ada yang hanya sebesar reban ayam. Teman aku tanya macam mana tu rumah kecil tak ada bilik tapi ada juga anak???
Tengah fikir ni macam mana boleh jadi gitu… tapi dulu masa aku kecil-kecil pun rumah tak ada bilik!!!
26 Comments
salam…
oooo melancong ke? patutla macam jauh jer. heheheh…daripada citer macam kat thailand jer… tak pun myanmar…
.-= yangbaik´s last blog ..Amalan Terbaik Dalam Hidup (Siri 3) =-.
pegi mana ni?
wa..(nangis) tingin nak naik kapal terbang dan melancong ke luar negara.
luar negara pernah p thailand ja.
.-= Wan perlis´s last blog ..Auladjannah Contest Dialog Lucu dari Kak Pah =-.
kat mana ni bro? 😀
A’ah yer.. g mana ni bro?
ramai yg tanye kat mana…??
mcm jauh btul ni. kat mane ni bro? 😯
gi mana ni bro?
.-= x-po´s last blog ..MULUT KORANG CAMNE? LASERKAH? =-.
Jauh juga tu klu 2 jam naik flight… apapun.. moga selamat kembali ke tanah air
.-= kulanz´s last blog ..Aku Menulis, Aku Juga Membaca =-.
Siberia? Apakah? Ke pergi Siam ni? Hihihiiii … main teka teki pulak! Memang tertanya-tanya ni!
.-= Precious´s last blog ..Nak Tahu Siapa Secret Admirer Kamu =-.
@Precious, Eh, bukan Lake Baikal ke? Tak logik pulak 2 jam flight dr Malaysia ke Lake Baikal. Hmmmm … konpius!
.-= Precious´s last blog ..Kemangkatan Sultan Johor Wiki dah Update =-.
wah! berjalan ke negara orang.. tasik air tawar terbesar didunia.. hrm kat mana tu ye…
.-= zuls´s last blog ..WordPress blog tidak diindeks Google =-.
kat mana tu? errm puas fikir kt mana ada tasik air tawar terbesar didunia heheh… suspension juga brother denaihati ni
.-= tpinky´s last blog ..Kenapa?? =-.
ha’ah la~ negara mana tu?
.-= Akuro San´s last blog ..Asas Fotografi: Rules Of Third =-.
Sempat lagi skodeng pramugari ye…hihi
.-= sitisifir10´s last blog ..Bizzkizz Collection – Contest 2010 =-.
bro rahsia pulak dia pg mana eh?
Negara mana tuan?
.-= blogresipi´s last blog ..Ayam Tandoori Goreng dan Sambal Ikan Bilis =-.
Comments are closed.