Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dulu pernah tulis kisah benar rumahtangga sepasang suami isteri hampir hancur akibat Facebook. Kepada yang belum baca kisah sadis ini boleh lah baca di entri “Facebook memusnahkan rumahtangga“. Banyak lagi peristiwa hitam berlaku akibat salahguna Facebook dan tidak kurang ramai juga yang bertambah kaya apabila pandai menggunakan Facebook dengan cara yang betul. Yang penting kita mesti menggunakan Facebook bukan dipergunakan oleh Facebook membuang masa tanpa memberi manafaat yang baik.
Kita baca petikan daripada Hmetro ni, “Saya akui leka melayari facebook (fb) tanpa menyedari Dirang yang keluar membeli mi segera belum pulang hingga suami bertanyakan di mana anak,” kata Roselyn Alan, 25, ketika ditemui di rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam di sini, semalam. Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, anaknya, Nur Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, lima tahun, hilang sejak Khamis lalu ketika membeli mi segera di kedai runcit berhampiran flat berkenaan. Katanya, Dirang baru bangun tidur dan mengadu lapar serta mahukan mi segera. “Saya memberikan RM4 bersama nota bertulis ‘mi segera dua bungkus dan telur RM2’ sebelum memintanya ke kedai runcit berhampiran. “Selepas itu, saya melayari fb menyebabkan leka dan tidak teringatkannya langsung. “Bagaimanapun, saya tersentak apabila suami, Lima Medeng, 25, bertanya di mana Dirang selepas menjenguk ke bawah dan gagal menemui anak kedua kami,”.
Tak dapat nak bayangkan Nurul Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang anak 5 tahun perempuan pulak tu yang kelaparan disuruk pergi beli makanan sendiri. Inilah harga sebuah kelekaan yang melampau kepada Facebook. Subhanallah….
1. Polis hari ini mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di sini adalah Nurul Nadirah Abdullah, 5, kanak-kanak yang hilang dari rumah sejak 1 Mac lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat ke atas mayat rentung yang ditemui sebelum ini. Menurut polis, mayat rentung tersebut ditemui pada 8 Mac lalu – Utusan Online.
2. AL-FATIHAH untuk arwah adik Dirang semuga rohnya ditempatkan bersama mereka yg beriman dan kepada pembunuh semuga mendapat hukuman dunia dan akhirat yg sentimpal. Ada pengajaran yang kita boleh belajar dari peristiwa trajis ini.
3. An unemployed man has been charged with the murder of five-year-old Nurul Nadirah Abdullah (fondly known as Dirang) at an oil palm plantation on March 1. Muidin Mydin, 24, nodded his head after the charge that he murdered Nurul Nadirah (pix) at the plantation was read to him. He faces the death sentence upon conviction under Section 302 of the Penal Code – Thestar.
Nota : Nak baca banyak lagi kisah Facebook klik je entri yang tersenarai di related posts bawah tu
272 Comments
jadikan teladan untuk kita semua..
Curahan rasa ella @ ..Kenapa saya diam..?
apa punya mak la aku pun x tahu
mak zaman sekarang kot…
ramai kwn2 aku sakit hati dgn mak dirang ni…xpatut dia biar budak sekecil itu keluar sendirian…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
budak 5 tahun yg kelaparan dibiarkan ke kedai sendirian membeli makanan..
bukan asyik layan Fb saja..ada juga yg leka kerana asyik layan telenovela smpi anak minta apa2 dsuruh buar sendiri..
apa2 pun takziah kepada keluarga mangsa dan semoga roh adik Dirang berada dlm kalangan para soleh&solehah..
Curahan rasa akhil @ ..Berguru dengan Pengalaman Di Sekolah Kehidupan
saya juga turut sedih dgn kejadian yg menimpa nadirah ni….saya mmg xpuas hati lah dgn mak dia. tak kan budak kecil disuruh pergi beli brg…sgguh tak wajar…
Curahan rasa Nana @ ..Seminar WordPress : Produk Baru Dari Akademi Denaihati
sokong sangat2x…
tak payah hukum gantung pembunuh tu, jom kita paksa dia minum racun aje, pastu kita bakar aje dia nih…setan betul punya manusia.. (biar kasi seksa mcm dia seksa arwah Dirang)
ya…kasi bakar saja dia…
Curahan rasa Nana @ ..Ayam Yang Macho
melalaikan la facebook ni
Curahan rasa terbelog @ ..Isteri Didera Dan Terseksa
kecuaian itu dari kita sendiri…
Curahan rasa Nana @ ..Ayam Yang Macho
tu la nye…
Pandai2 la bagi masa..
Banyak juga kes yang membabitkan fb ni..
Minta dijauhkan..
Curahan rasa lindaannur @ ..Apa Kes??
semoga apa yg belaku ini dapat di jdkan iktibar buat kita semua…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
patutnya ibu die pon kene reman juga,,,,,,,
yalah…xpatut dia biar anak dia mcm tu jer…
Curahan rasa Nana @ ..Ayam Yang Macho
Apa yang telah berlaku, jadikan iktibar.
Harap ianya tiadak lagi berlaku.
macam tu kau salute! buat apa, dia tulah yang penjahanam yang sebenarnya, kes pemberontakan kat Libya, mesir pun start dari facebook juga.
Rupanya FB ni pun boleh menjadi virus untuk orang menjadi leka ye! salut untuk Yahudi yang bernama Mark Zuckerberg.
Curahan rasa onlajer @ ..Malaikat, Binatang dan Manusia
Al fatihah kepada arwah dan takziah kepada kluarganya.
Curahan rasa budakserius @ ..Gambar Neelofa Ke Scotland – London – Paris
Cerita budak-budak hilang,meningal dera membuat hati rasa sayu.
Curahan rasa onlajer @ ..Malaikat, Binatang dan Manusia
ya…jagalah anak2 anda supaya keselamatan terjamin…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
Comments are closed.