Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apabila melangkah sahaja 1 Syawal umat Islam sudah memasuki bulan haji. Kalau di Mekah sudah tidak ada lagi visa umrah dikeluarkan untuk persiapaan menerima jutaan jemaah haji. Ibadah haji merupakan Rukun Islam yang kelima yang menjadi kewajiban kepada semua umat Islam yang mampu.
MAMPU menjadi kata kunci kepada ibadah haji juga menjadi alasan kepada ramai umat Islam yang belum menyempurnakan rukun Islam kelima. Berapa ramai di kalangan umat Islam yang menjadi ibadah Haji sebagai matlamat paling utama dalam senarai kejayaan hidup mereka. Ramai yang menjadikan kereta idaman, rumah impian dan lokasi pelancongan sebagai keutamaan sebagai tanda kejayaan sebuah kehidupan.
Berapa ramai pula di kalangan umat Islam yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari sumber kewangan demi menyempurnakan rukun Islam kelima. Ramai di kalangan umat Islam mengutamakan impian dunia sebagai keutamaan berbanding ibadah haji sebagai keutamaan terakhir dengan alasan usia muda dan belum sampai seru. Tidak ramai yang berfikir bahawa ibadah haji adalah pembuka berbagai pintu rezeki kerana lebih ramai menyangka ibadah haji akan menyebabkan berkurangan duit simpanan.
Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim; barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah; Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam – Surah Al Imran ayat 97
Adalah lebih baik kita sama-sama membetulkan matlamat hidup dengan mengutamakan mengerjakan haji sebagai keutamaan sebelum impian lain seperti rumah banglow, kereta mewah dan melancong ke destinasi idaman. Kita kena mengubah cara fikir bahawa ibadah haji hanya untuk mereka yang sudah berusia tua sahaja. Di negara lain majoriti jemaah haji ramai yang berusia muda kerana haji sememangnya memerlukan tenaga dan fizikal yang kuat.
Sekarang untuk pakej muassasah Tabung haji kita perlu menunggu berpuluh tahun untuk mendapat giliran tetapi itu bukan sebagai alasan. Selain pakej muassasah Tabung Haji ada pakej travel haji yang disediakan setiap tahun cuma kos perbelanjaan lebih mahal. Kalau kita boleh menghabiskan beratus ribu untuk cita-cita dunia kenapa tidak kita habiskan nilainya sama untuk menjadi tetamu ALLAH.
Mungkin kita terlupa sekali kita melangkah dekat pada ALLAH beribu kali langkah ALLAH mendekati diri kita. Begitu juga apabila ibadah haji menjadi keutaman hidup kita sudah pasti ALLAH akan melihat niat kita untuk menjadi insan yang sempurna dengan memberi berbagai pulangan yang tidak pernah kita sangka-sangka.
Kita boleh bagi seribu alasan untuk melambat-lambatkan ibadah haji tetapi ingat pesan Rasulullah SAW seperti di bawah …..
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:- “Dari Ali r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa yang ada mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi dia tidak menunaikan haji,maka tidak ada halangan ke atasnya jika dikehendaki matinya sebagai yahudi atau Nasrani. Dan yang demikian itu, sesungguhnya Allah berfirman dalam kitab-Nya (Al-Quran ) “Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah”. (Riwayat – Turmizi)
Selamat mengerjakan haji kepada yang bakal terpilih menjadi tetamu ALLAH kepada yang belum ada niat, pasang niat dari sekarang dan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai hasrat menjadi tetamu ALLAH. Jangan sesekali memberi berbagai alasan pada diri sendiri.
214 Comments
ramai yg tunggu bila dah berusia baru nak pergi. tapi bila dah tua kata tak larat
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Itu sekadar alasan..sebaiknya kita pasang niat nak mengerjakan haji atau umrah nih di masa muda dan sihat sekarang nih..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Impian dari kecik lagi..tapi nak menjadi tetamu ALLAH yang terpilih tu bukan mudah..ramai yang berkemampuan tapi ‘tak dijemput’ untuk menjadi tetamu-NYA.
Curahan rasa pipoq @ ..Tips : Bagasi dan penerbangan
Alasan belum sampai seru tuh cuma sekadar alasan ramai orang..kalau dah berkemampuan sebaiknya jangan ditangguhkan hasrat tuh..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
teman teringin gak nak kesana, moga Allah bukakan pintu rezeki teman dan suam serta orang tersayang untuk kam i melangkah ke tanah suci Allah.. Aamiinn…
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Follower ke 2300
In sha Allah..niat yang baik tuh akan dipermudahkan..semua orang berimpian untuk ke sana..at least sekali seumur hidup..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Ramai yang ingin pergi tapi banyak juga halangan yang menimpa. Semoga bakal haji yang menanti giliran, apa kata guna alternatif lain semoga masa menunggu tidak terlalu lama.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah Popular Di Ampang
Kita selalu masukkan dalam wishlist nak ke luar negara melancong bagai..tetapi berapa kerat yang masukkan mahu ke mekah laksana haji atau umrah dalam wishlist..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
betul tu, semua tempat nak pergi.. tetapi rupanya dalam list tak tertinggal tempat yang paling ramai umat Islam patut pergi iaitu mekah..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Follower ke 2300
Betul tuh..sepatutnya kita masukkan dalam senarai nombor 1 wishlist kita sebagai tempat yang kita nak berkunjung..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
kena menabung dari awal baru tak kelam kabut bila dah tua nanti
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Lebih baik menabung sebab nak pergi haji daripada menabung semata2 nak beli cincin..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Urusan duniawi hanya sementara,
Urusan haji perlu diutama,
Jangan hanya berpeluk tubuh saja,
Banyak ganjaran pahala menanti kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah Popular Di Ampang
In sha Allah..memang itulah harapan semua muslimin dan muslimat..bertuahnya bila dah berpeluang mengerjakan haji atau umrah..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Korea Selatan Asian Games 2014 Incheon
Siapa yang tidak mahu ke Baitullah…tempat orang Islam mengerjakan haju rukun kelima. Insya Allah jika tiada halangan akan ke sana jua.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah Popular Di Ampang
saya juga menyimpan niat untuk ke sana, melihat perkongsian rakan-rakan yang sudah ke sana buatkan saya lagi mahu ke sana
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Teman pun macam tu namiacinta, memang menyimpan impian nak ke sana.. tambahan pula melihat videoa dari Youtube.. terasa terapnggil2 je untuk kesana.. namun rezeki belum ada.. maybe suatu hari nanti .. moga Allah makbulkan..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Follower ke 2300
Baguslah kalau dah simpan niat nak ke sana..kalau berpeluang pergi masa muda nih jangan dilepaskan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia u-23 vs Yemen 6 September
In sha Allah..memang dah masukkan dalam wishlist nak ke sana laksanakan haji juga..at least sekali seumur hidup..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
haji adalah untuk mereka yang berkemampuan untuk menunaikannya, apabila kita pergi haji perlu niat kerana Allah supaya haji tersebut dapat diterima olehnya.
Curahan rasa iuzira @ ..kenali AL-QASSAM
Semoga Allah permudahkan segala urusan jemaah haji untuk menunaikannya sebagai kewajipan ke atas semua umat Islam.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah Popular Di Ampang
Ye.. semoga Allah permudahkan urusan mereka yang menunaikan rukun islam yang ke lima ini dengan sempurna.. aamiinn
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
Kalau dah rukun ianya wajib ditunaikan andai berkemampuan dan jangan bertangguh..
Jika kita bercita-cita ke luar negara..jangan lupa masukkan nak ke Mekah sama..boleh juga buat Haji atau umrah..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Baru menghantar mak cik untuk pergi menunaikan haji tadi dan nampak wajah-wajah riang bakal-bakal haji semua..bilalah dapat menunaikan Haji ni..no giliran tahun 2074..hidup lagi ke x? 🙁
Curahan rasa shamiera osment @ ..Wordless Wednesday : 100 Followers Akhirnya…
Nak jadi tetamu Allah..siapa yang tak riang btol tak..entah bila lah akan tiba giliran kita pula..in sha Allah akan tiba masanya juga..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
moga di permudahkan segala urusan .. saya juga begitu kalau ada rezeki in sya allah mahu menunaikan haji .. bila melihat kanak-kanak yang masih kecil berpeluang pergi ke mekkah terasa mereka itu sungguh bertuah sekali.
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – Siapa, Bagaimana Saya 10 Tahun Akan Datang
Kita kena jadikan laksana haji dan umrah nih sebagai keutamaan hidup..boleh dijadikan impian untuk dilaksanakan..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Rukun Haji merupakan rukun Islam ke 5, walaupun ianya hanya bagi mereka yang mampu tetapi sebagai suatu rukun ianya wajib diutamakan dulu dari menikmati kemewahan dunia.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Keunikan Dan Keajaiban Alam Ciptaan Ilahi
Kalau sesiapa mampu untuk melancong ke sana sini tuh memang dah kategori mampu..apa kata masukkan niat nak mengerjakan haji sebagai keutamaan..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Setuju dengan Relaks Minda, sekiranya kita mempunyai pendapatan lebih.. kita sepatutnya mendahulukan yang lebih utama iaitu menunaikan Haji.. rukun Islam yang ke lima..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Bila Update Blog, Baru Pageview Naik
Masyarakat kita nih suka cakap tak mampu bila masuk bab ibadah seperti haji & umrah nih..tapi untuk melancong dan bershopping sakan mampu pulak..huhu..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
saya mungkin ada masalah menaiki pesawat kerana fobia,saya juga banyak tertolak rezeki gara-gara terpaksa menolak kerja di luar dari malaysia,semata-mata TIDAK mahu menaiki pesawat,tetapi Inn sha Allah jika di izinkan,di murahkan rezeki,saya hanya akan berani atau nekad untuk menaiki pesawat HANYA untuk ke Tanah Suci Makkah,.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..iphone 5s Gadget Impian Setiap Blogger Bakal Ke Cabaran KeDua Bermula 15 sept 2014.
Kalau tak silap saya ada pakej haji atau umrah yang menggunakan kapal persiaran. Saya pernah terbaca dulu. Mungkin ianya sesuai untuk anda yg fobia menaiki kapal terbang. Semoga urusan dan niat suci anda dipermudahkan…amiin.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Keunikan Dan Keajaiban Alam Ciptaan Ilahi
Kita bukan saja boleh menaiki kapal terbang, kenderaan darat pun ada juga jika niat kita ikhlas, segala urusan dipermudahkan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah Popular Di Ampang
Dah banyak pilihan sebenarnya ikut kesesuaian kita..tapi kebiasaannya guna flight jer sebab jimat masa..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Kalau benar ada pakej guna kapal laut tuh bagus juga..beri lebih pilihan kepada yang fobia naik kapal terbang..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
pernah juga dengar yang naik kapal ni. tapi lambat la sikit. tapi kalau urusan baik allah permudahkan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Punca Astro Kerap Ulang Siaran
Kalau nak bandingkan kapal terbang dengan kapal laut sangat jah bezanya..naik kapal laut kena bertolak awal la macam zaman tok nenek kita dulu..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Tak dinafikan memang ada yang fobia terbang tinggi..ada juga yang fobia naik kapal laut..tapi kalau dah terpaksa, nekad jer..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Alhamdulillah.. jika ada niat macam tu pun dah bersyukur.. jangan risau.. Allah akan pelihara keselematan merek2 yang bertujuan beribadah kepadaNYA..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Bila Update Blog, Baru Pageview Naik
Jika niat kita baik dan ikhlas, in sha Allah ianya akan dipermudahkan oleh-Nya.
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
terfikir di hati bila la masa akan ana jejak ke sana..moga suatu hari diseru ke sana tp kena kumpul duit dulu lah yer..semoga ana di panjangkan umur amin..
Curahan rasa adna2029 @ ..Contest Blog Comel By: Sheda Ucu
Inn Sha Allah Adna,saya mendoakan agar adna di panjangkan umur,di murahkan rezeki agar dapat menunaikan Ibadah Haji,Amin…
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Tutorial Cara Hentikan Running Application Yang Berjalan Sewaktu Tidak Menggunakannya.
InsyaAllah…jika niat ditanam dalam hati dan berusaha mencapainya, InsyaAllah… Saya juga doakan anda dipermudahkan segala urusan untuk menunaikan ibadat haji ini…amiin.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Keunikan Dan Keajaiban Alam Ciptaan Ilahi
InbsyaAllah.. kita semua pasti akan ke sana.. moga Allah akan m,uarhkan rezeki kita untuk terbang ke sana.
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
Aminn..rasanya semua orang menyimpan niat untuk ke sana..kena masukkan dalam wishlist senarai mesti dicapai dalam hidup..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
insyaallah kalau niat kita baik, allah permudahkan urusan utk ke mekah
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Jauh di sudut hati memang teringin nak ke sana..in sha Allah semoga dipermudahkan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
insyaallah kalau ada rezeki boleh ke sana. kumpul duit dan pergi kursus
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Kena mula menabung dari sekarang..jangan dah berusia baru mula nak mengumpul..lambat daftar, bila pula baru dapat pergi..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Indonesia 14 September
In sha Allah..jadikan ianya matlamat dan bukan sekadar angan2..kena tekadkan usaha ke arah itu..
Ya Allah, teringin nak jejak ke tanah suci dalam usia muda. Bila dengar kawan-kawan cerita yang pernah pergi umrah rasa cemburu je. Parents Dina yang pernah mengerjakan haji pada 2007 dahulu sampai sekarang mereka masih simpan niat nak pergi ke sana.
Alhamdulillah.. dah tercapai impian family Irdina untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah.. selepas ni giliran irdian pula.. insyaAllah..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Follower ke 2300
Memang biasa dengar mereka yang dah menjejakkan kaki ke sana pasti ingin kembali lagi ke sana andai diberi peluang..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Semua orang berimpian sama..memang kalau nak pergi sebaiknya masa muda dan sihat..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Comments are closed.