Hadiah wang tunai untuk penulis komen paling banyak 2018

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri terutama entri yang paling banyak trafik untuk bulan november iaitu “Tips dan trick pergi ke MAHA 2018”. Tanpa pembaca pasti blog Denaihati hanya menjadi dokumen catatan sendiri untuk kenangan masa akan datang.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Sebagai membalasa jasa sahabat-sahabat yang setia dengan blog ini walaupun pada suatu ketika agak ditinggalkan, kami menyediakan hadiah untuk 5 penulis komen paling banyak untuk tahun 2018.

Syarat penyertaan :

  1. Mesti menulis komen sebanyak 10 patah perkataan atau lebih. Komen mestilah berkualiti berdasarkan entri yang ditulis bukan sekadar menulis komen untuk menang sahaja.
  2. Gunakan satu username sahaja. Bagi yang ada dua atau lebih username kami akan pilih satu yang teratas sahaja.
  3. Jumlah komen akan dikira sehingga jam 11.59 pm pada 31/12/2018.
  4. Ranking top 5 komen paling banyak dalam tempoh 30 hari ini boleh dilihat setiap hari di side bar sebelah kanan blog ini.
  5. Boleh komen di mana-mana entri yang masih ada kotak komen samada entri lama atau entri terbaru.

hadiah tunai kepada para pemenang

Hadiah untuk pemenang :

  1. Hadiah pertama : RM200
  2. Hadiah kedua : RM175
  3. Hadiah ketiga : RM150
  4. Hadiah keempat RM125
  5. Hadiah kelima : RM100

Hadiah-hadiah ini tidak dapat membalas kesetiaan sahabat-sahabat tetapi sebagai token terima kasih kerana sudi bersama di masa senang dan susah.

Perlajanan blog Denaihati bermula dari tahun 2008 dan masih jauh lagi, akan menjadi platform menulis yang merupakan kaedah pemasaran terbaik untuk tahun 2019 dan tahun-tahun akan datang.

Kepada rakan blogger teruskan menulis jangan tutup blog anda.

Jangan lupa follow sosial media kami

  1. FB page Denaihati Network
  2. FB page Denaihati News
  3. Instagram Denaihati
  4. Instagram Denaihati Network
  5. Twitter Santapan Minda
  6. Twitter Denaihati
  7. Youtube Denaihati Network
  8. Shopping online di Denaisell
  9. Beli eBook cara menulis dengan baik Buku KHM

Terima kasih semua

Denaihati Network


Spread the love

552 Comments

  1. Selain dapat hadiah RM200 …kepuasan akan lebih terasa kerana cabaran komen terbanyak bukan calang-calang…

    ada yang sanggup siang dan malam berkampung di blog DH ini

  2. cabaran terbesar dalam cabaran komen terbanyak bagi saya ialah rasa nak berhenti..

    namun perlu dilawan juga kerana jika saya berhenti saya tewas kepada perasaan diri sendiri

  3. jumlah keseluruhan wang dalam cabaran ini adalah RM750..

    kalau ada 10 blog yang menawarkan hadiah seperti memang bonus besar bagi tukang komen

    1. adakah saya termasuk muka baharu…

      rasanya tidak kerana sebelum ini saya pernah memangi cabaran komen terbanyak walaupun bukan juara.

  4. Nasib baik ada hadiah ditawarkan sehingga 5 orang..

    jadi dapatlah 5 orang akan merasai hadiah tersebut sehingga berjaya menjadi penulis komen terbanyak nanti

  5. Saya masih menulis blog walaupun agak perlahan sekarang ini..

    mungkin pada tahun hadapan cuba dipertingkatkan lagi…

    moga ada momentum untuk terus menulis blog

      1. hahahaha…

        tak sangka juga ada orang yang nak puji blog saya..

        apapun terima kasih kerana bagi komen dan selepas cabaran ini berakhir barulah nak fokus kembali kepada blog sendiri

  6. Nasib baik hadiah sangat lumayan…

    kalau ada hadiah yang lebih lumayan seperti memang kereta ..susah pasti jammed blog ini menerima komen dari rakyat Malaysia..

    Hadiah RM200 kira terbaik

    1. bertuah sungguh jika rajin dan gigih untuk menyertai cabaran ini..

      biarpun tidak mampu untuk menghantar komen sepanjang hari ..namun usaha tetap diteruskan

    1. itulah harga hadiah RM200 …

      pengorbanan masa dan memerah idea untuk menulis komen..

      saya akui tidak semudah dijangkakan kerana para peserta masih gigih setiap menghantar komen

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!