Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Satu demi satu meletus.
Gunung berapi di pulau percutian Bali meletus lagi, memuntahkan abu ke udara dan meliputi kampung-kampung berdekatan ketika pihak berkuasa memberi amaran kepada pelancong supaya menghindari kawasan itu.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Gunung Agung meletus dari semasa ke semasa sejak ia kembali aktif pada 2017, kejadian yang menyebabkan ratusan penerbangan dan 120,000 pelancong tersadai.
Pada pagi Ahad, gunung berapi yang terletak kira-kira 70km dari hab pelancongan Kuta itu memuntahkan abu ke udara apabila ia meletus selama kira-kira 3 minit, kata pusat kajian gunung berapi republik itu.
Penduduk berdekatan Gunung Agung serta pendaki dan pelancong dinasihatkan jangan melakukan sebarang aktiviti dalam kawasan bahaya atau dalam lingkungan 4km radius dari kawah
Pada 22 Disember lepas, letusan Anak Krakatoa mencetuskan tsunami yang menghempas barat pulau Java dan selatan Sumatra, meragut sekurang-kurangnya 426 nyawa dan lebih 7,000 orang cedera.
Beberapa perkampungan di Bali ditimpa abu dalam letusan terbaru ini tetapi tiada asap atau lahar dikesan daripada kawah dan tiada pemindahan diarahkan.
Orang Bali percaya bahawa Gunung Agung adalah replika Gunung Meru, paksi pusat alam semesta. Kuil yang paling penting di Bali, Pura Besakih, terletak di lereng Gunung Agung.
Gunung berapi aktif di Bali itu kembali meletus pada Jun lalu dan aktif meletus sehingga Julai sebelum kembali ‘tenang’ selepas itu.
Letusan pada Julai lalu turut menyebabkan ribuan pelancong terkandas di pulau peranginan terkemuka itu apabila lapangan terbang ditutup akibat asap dan debu gunung berapi mengganggu operasi penerbangan.
70 Comments
ndonesia berkata mereka memantau perkembangan terkini .. sudah tentu lah kan? harap semua selmat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Kali terakhir letusan kuat Gunung Agung berlaku adalah pada 1963 masa tu ramai yan maut
Letusan pada Julai lalu turut menyebabkan ribuan pelancong terkandas di pulau peranginan
org ramai diarahkan tidak melakukan sebarang aktiviti di lingkungan radius 4 kilometer dari kawah
Orang ramai atau pelancong diarahkan tidak melakukan pendakian ke gunung itu .. ade lagi ke yg nk mendaki
gunung berapi yang terletak di Karangasem, Bali kembali meletus jam 4.09 pagi waktu Indonesia Timur.
rakyat yang tinggal di kawasan terdekat mesti dah kosongkan rumah dan ke tempat lain kan?
Beberapa perkampungan di Bali ditimpa abu dalam letusan terbaru ini tetapi tiada asap atau lahar dikesan daripada kawah dan tiada pemindahan diarahkan. alhamdulillah, kalu ada lahar lagi teruk la kan
minta jauh dari ada lahar tu.. tu mmg dah tahap gunung berapi yg sangat teruk
setiap yang berlaku ade hikmahnya kan.. supaya kite beringat dan berjaga- jaga jgk.
Comments are closed.