Gula-gula White Rabbit Creamy Candy ada kandungan gelatin babi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kembali lagi kisah gula-gula ini.

Gula-gula susu “White Rabbit Creamy Candy” yang diimport dari China disahkan mengandungi gelatin atau bahan berasaskan haiwan yang tidak halal.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri hal ehwal agama, menjelaskan perkara tersebut dibuktikan menerusi beberapa siri ujian makmal yang dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM.

Turut berkata memang terdapat gelatin dari sumber haiwan babi bo-vign dan gelatin dari sumber lembu yang tidak boleh disahkan halal.

Sebelum ini, status halal gula-gula yang popular bukan sahaja di China, malah di negara ini, sering menjadi perdebatan dan dipersoal di laman sosial.

Ini terutama selepas jabatan agama sebuah negara jiran, mengesahkan gula-gula ini mengandungi bahan yang tidak halal. 

Fuziah mengingatkan masyarakat supaya lebih peka memilih makanan dan memandang serius aspek halal.

Beliau menghadiri Majlis Muafakat Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia YADIM bersama NGO wanita islam di Bangi. – Berita RTM-


Spread the love

6 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!