Gempa dengan kekuatan 6.9 pada skala Richter melanda Indonesia timur

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Satu kejadian gempa dengan kekuatan 6.9 pada skala Richter melanda Indonesia Timur pada hari Jumaat, menurut Agensi penyelidikan Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS)

BACA: Gunung berapi di Indonesia mula kembali aktif

Bagaimanapun, menurut USGS, tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada kerosakan besar atau kehilangan nyawa dilaporkan.

Gegaran bawah laut itu melanda pada kedalaman lebih 600 kilometer kira-kira 220 kilometer ke selatan Katabu di pulau Sulawesi.

Mudah-mudahan tiada kecelakaan yang berlaku.

BACA: Gunung Sinabung kembali meletus

Pada 2018, gempa pada 7.5 skala Richter mencetuskan tsunami di pulau Sulawesi menyebabkan lebih 4,300 orang maut atau hilang.
Gempa berkekuatan 9.1 skala Richter melanda pantai Sumatera pada 2004, mencetuskan tsunami yang mengorbankan 220,000 nyawa termasuk 170,000 nyawa di Indonesia.

Bagaimana pun, doakan juga untuk saudara-saudara kita di Gaza Palestin selamat dan sentiasa dilindungi. Pengeboman sudah berterusan selama 10 hari di sana. 🙁

Sumber: Awani


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!