Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Satu kejadian gempa dengan kekuatan 6.9 pada skala Richter melanda Indonesia Timur pada hari Jumaat, menurut Agensi penyelidikan Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS)
BACA: Gunung berapi di Indonesia mula kembali aktif
Bagaimanapun, menurut USGS, tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada kerosakan besar atau kehilangan nyawa dilaporkan.
Gegaran bawah laut itu melanda pada kedalaman lebih 600 kilometer kira-kira 220 kilometer ke selatan Katabu di pulau Sulawesi.
Mudah-mudahan tiada kecelakaan yang berlaku.
BACA: Gunung Sinabung kembali meletus
Pada 2018, gempa pada 7.5 skala Richter mencetuskan tsunami di pulau Sulawesi menyebabkan lebih 4,300 orang maut atau hilang.
Gempa berkekuatan 9.1 skala Richter melanda pantai Sumatera pada 2004, mencetuskan tsunami yang mengorbankan 220,000 nyawa termasuk 170,000 nyawa di Indonesia.
Bagaimana pun, doakan juga untuk saudara-saudara kita di Gaza Palestin selamat dan sentiasa dilindungi. Pengeboman sudah berterusan selama 10 hari di sana. 🙁
10th consecutive night of bombing in Gaza and there is no media coverage #GazaUnderAttack pic.twitter.com/k7oVyygWsd
— Muhammad Saud Khan Khalil (@saudkhalil0) August 21, 2020
Sumber: Awani
2 Comments
semoga semua selamat, bila dapat tanda-tanda gunung nak meletup cepat-cepatlah pergi tempat selamat
subhanallah, semoga tiada perkara buruk berlaku..sama sama doa keselamatan saudara kita disana..
Curahan rasa zul muhammad @ ..5 Sebab Kenapa Facebook Beli Whatsapp
Comments are closed.