Gempa bumi magnitud 5.8 skala ritcher di Lombok, seorang warga Malaysia maut

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seorang rakyat Malaysia terkorban manakala enam lagi hilang dalam insiden gempa bumi 5.8 magnitud di Lombok Timur, Indonesia hari ini. Semua mangsa dikatakan berada di Air Terjun Tiu Kelep Senaru ketika gempa bumi melanda pada jam 2.07 petang waktu tempatan.

Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerima laporan bahawa seorang warga Malaysia terkorban manakala enam lagi belum dapat dikesan dalam kejadian itu.

Kira-kira 40 pelancong terkesan akibat tanah runtuh yang berlaku di kawasan tersebut. Kebanyakannya adalah rakyat Malaysia dan pelancong tempatan

Timbalan Ketua Editor akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, Datin Tai Siew Kim disahkan meninggal dunia dalam insiden terebut.

Usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan dan hingga kini pihak berkuasa tempatan masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden itu.

Menurut kenyataan itu lagi, gegaran akibat gempa bumi itu turut dirasai di kawasan Lombok Utara, Lombok Timur, Lombok Barat, Lombok Tengah, Mataram di Nusa Tenggara Barat dan sebahagian kawasan selatan Pulau Bali.

Difahamkan terdapat rakyat Malaysia yang berkunjung di Air Terjun Senaru antara yang mengalami kecederaan.

Foto Bernama

Kementerian turut melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap semua mangsa dan keluarga mereka ekoran daripada insiden gempa bumi berkenaan.

Justeru, rakyat Malaysia yang terjejas akibat bencana itu diminta menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di talian 62215224947/6281380813036 dan Wisma Putra di talian 03-88874570.


Spread the love

3 Comments

  1. bersegeralah memper banyak ibadah karna dunia ini semakin tua dan semakin rapuh,,dan allah juga senantiasa sudah memperingatkan nya,mudah2an kita semua dalam lindungan allah swt,,aammiinn

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!