Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Ini merupakan kisah kami bercuti di Sabah. Sempat kami lakukan aktiviti di pulau-pulau cantik di Sabah yang mana yang menjadi perhatian pelancong dalam dan luar negara. Malangnya aku tak ingat tarikh bila kami pergi, cuma bolehlah cerita apa aktiviti seharian yang kami buat di pulau-pulau cantik di sabah.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Awal pagi keluar rumah kami singgah sarapan di satu kedai mamak. Nama kedai tersebut “Mamak Corner”. Makan apa yang patut sebelum gerak ke pelabuhan. Ada yang order roti kosong, mee goreng dan lain-lain sebagai alas perut untuk beraktiviti di pulau nanti.
Selesai sarapan, kami bergerak ke jeti pelabuhan. Sementara itu, kami menunggu kawan-kawan yang lain (ahli keluarga nasrun) untuk join trip pulau. Semua dah berkumpul, kami ke bot untuk mulakan trip kami.
Masing-masing dah pakai baju keselamatan. Tour guide dan pemandu bot pun sudah bersedia. Dan kami bergerak ke pulau pertama. Masing-masing baca doa hanya di dalam hati.
Pulau Tatagan
Pulau pertama yang kami pergi adalah Pulau Tatagan yang mana penghuninya stateless (takde dokumen) yang duduk di rumah atas air berhampiran dengan pulau tersebut. Cumanya kami tidak pergi ke pulau tersebut hanya melawat stateless sahaja.
Penghuninya pun tak ramai. Saat kami tiba, ada beberapa orang kanak-kanak menghampiri bot kami. Menyapa dengan baik. Maklumlah mereka hidup susah, sambil menyapa mereka hulurkan tangan untuk minta bantuan. Kesian pun ada kami tengok. Kami pun bergegas pergi ke pulau seterusnya.
Pulau Bohey Dulang
Pulau kedua ialah Pulau Bohey Dulang. Di pulau ini yang kami lama. Tujuannya adalah untuk mendaki Bukit Bohey Dulang tersebut. Tinggi bukit tersebut 600M. Sebelum mendaki, sempatlah kami berdoa dengan tujuan untuk dipermudahkan keselamatan dan kami ambil masa untuk sampai ke puncak lebih kurang 1 jam.
Sepanjang perjalanan mendaki, adalah juga beberapa kali kami berhenti. Maklumlah, dah lama tak mendaki, tiba-tiba je kawan ajak mendaki. Itu yang semput. hahaha. Sampai di puncak, Subhanallah cantik sungguh pemandangan dari puncak Bukit Bohey Dulang. Melihat keindahan seperti berada di luar negara. Cantik sungguh. Selepas kami tiba di puncak, ada beberapa kumpulan lagi yang baru sampai. Waktu kemuncak memang ramai orang. Sementara itu, Kami ambil beberapa keping gambar dan berswafoto, kami pun turun.
Nak turun pun mencabar juga sebenarnya. Tanah yang licin membuatkan kami lebih berhati-hati ketika turun daripada bukit tersebut. Ketika turun tu, adalah juga kumpulan lain selesai dan turun bersama-sama kami. Ambil masa juga nak turun bukit. Seringkali berselisih dengan kumpulan yang baru mulakan aktiviti pendakian. Akhirnya, sampai juga kami di bawah dan selesai di pulau tersebut.
Pulau Sibuan
Pulau ketiga yang kami pergi ialah Pulau Sibuan. Di pulau ini, aktiviti kami hanyalah bermandi-manda. Persisiran pulau ini sangatlah cantik dan air lautnya pun bersih dan jernih. Ramai juga pelancong yang singgah di pulau tersebut untuk mandi.
Walaubagaimanapun kami tidak lupa untuk dirikan yang wajib. Ambil wudu’ kemudian dirikan solat jama’ zohor dan asar. Selesai semua, kami sambung mandi dan jamah makanan tengahari yang kami beli siap-siap di tepi jalan.
Kami sangat seronok pada hari itu. Dah hiking, dah mandi. Menjelang tengahari, kami pun pulang ke jeti pelabuhan. Itu sahaja kisah di 3 pulau yang kami pergi. Disambut dengan riang dan mengakhirinya dengan keseronokan.
Semoga bermanfaat dan jangan lupa share ya.
7 Comments
Belumpernah ke Sabah. Semoga ada rezeki kesana hujung tahun ini. Sangat mengujakan sekali gambar ini
tak tau le bila nak jejak bumi sabah ni..
Pulau pula tu.. memang sedap le kalau nak berenang nak sini
Curahan rasa zool @ ..Pantai Tanjung Bidara : 5 Perkara Perlu Dilakukan untuk memajukan semula
Di Sabah pun ada tarikan tersendiri, tak perlu ke luar dari Malaysia untuk bercuti.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Buat Jualan RM1 Juta
pulau-pulau di Sabah memang cantik…
saya kalau peluang ingin sekali untuk pergi lagi nanti
Curahan rasa mrhanafi @ ..5 Tips memikat hati wanita agar mudah tergoda
Subhanallah! Jernihnya air di Pulau Bohey Dulang. Rupanya masih banyak lagi destinasi pelancongan yang menarik di tanah air sendiri terutama di Sabah. Jimat perbelanjaan dengan melancong dalam negara sendiri.
Curahan rasa Nurol Huda @ ..Nuruddin Al-Banjari Di Masjid Al-Muttaqin
Pengalaman ke sabah memang akan jadi kenangan indah menikmati alam semulajadi. semoga keindahannya terus berkekalan dah dijauhkan dari tangan2 yg buat kerosakan
Curahan rasa sakinah hamid @ ..Agen dan Stokis Balm Tasneem Naturel
Melancong dalam negara pun berbaloi. kalau tidak mampu pergi luar negara, berjalan-jalanlah dalam negara. Banyak tempat menarik untuk dilawati.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Jemputan Menyertai Bisnes Affiliate 2019!
Comments are closed.