Geert Wilders hina Islam lagi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, suatu ketika dahulu aku pernah buat entri “Bukan sahaja Geert Wilders hina Islam” hari ini keluar lagi berita Geert Wilders menyerang Islam dengan merancang untuk menerbitkan sebuah buku anti Islam pada suku pertama tahun 2011.

Petikan dari Utusan Online : Wilders memberitahu akhbar Telegraf, buku yang masih belum diberi tajuk itu akan membincangkan cara-cara untuk menyekat penyebaran Islam di peringkat global. “Kita boleh menghalang usaha penyebaran Islam di Belanda, tetapi kita mahu sampaikan mesej antarabangsa yang kuat kepada dunia Arab bahawa sebuah parti yang berkuasa di negara ini sedang bangkit. “Keutamaan kami adalah untuk melancarkan Pakatan Kebebasan Antarabangsa (IFA) yang akan menjadi platform menentang Islam,” katanya kepada akhbar tersebut.

Geert Wilders seorang ahli politik Belanda  menjadi ahli Parlimen Belanda sejak 1998, beliau telah didakwa kerana menghina Islam. Penyokong-penyokongnya menentang pendakwaan ini kerana disifatkan tidak demokrasi dan menghalang kebebasan bersuara. Usaha Geert Wilders begitu konsisten menentang Islam walaupun mendapat bantahan dari seluruh Umat Islam dan bukan  Islam. Beliau telah diharamkan masuk ke Britain pada 2009 kerana dibimbangi akan menyebarkan mesej kebencian dan keganasan.

geertwilders

Sejarah telah merakamkan bahawa watak Geert Wilders tidak lain hanya mengulangi tabiat tokoh-tokoh di zaman Jahiliyyah seperti Al-Walid ibn al-Mughirah, Umayyah ibn Khalaf, Abu Jahal dan ramai lagi. Modus operandi mereka sama, membazirkan keseluruhan hayatnya untuk menghina, mengutuk, mengeji dan memperlekeh-lekehkan kesucian al-Qur’an dan al-Sunnah.


Spread the love

58 Comments

  1. Sesuatu yang perlu dibuat untuk memberi penerangan bahawa umat islam bukanlah satu ancaman kerana kekurangan dialog diperingkat antarabangsa menyebabkan islam dilihat sebagai ancaman

  2. Hmm, susah juga bila ada orang camni. Apa-apa pun, Kita kuatkan iman kita, tinggalkan jahiliyyah. barulah islam boleh maju dan mengalahkan mereka…

  3. Semakin banyak saja yang menghina islam, tentunya tidak akan menyurutkan semangat dan rasa persatuan dikalangan muslim sedunia.

    1. Kalau kita berniat atau terpanggil untuk merespon siasat propaganda ini, kita harus bisa bersiasat untuk menyerang balik, minimal adalah memperkuat pertahanan muslim terlebih dahulu, tidak mudah terpancing. Semoga hal seperti ini dapat lebih mempererat ukhuwah kita sesama muslim.
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hari Tahun BaruMy Profile

      1. Menepuk air di dulang terpercik muka sendiri.
        Banyak muslim teriak-teriak “Provokator!!” sambil tidak menyadari kalau dia sudah menjadi provokator yang dibutuhkan musuhnya sendiri.

        Itulah rentannya mencintai Islam dengan perasaan, emosi. Mencitai ALLAH سبحانه وتعالى dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah tidak cukup dengan perasaan, tapi juga dengan Ilmu dan Taqwa.

        Apabila kita mendapat kabar sepintas yang terdengar “sensasional”, lebih baik kita diam dulu, sampai kita benar-benar mengerti masalahnya dengan tenang. Bi Shobri wa ash-Sholah… dengan Sabar dan Sholat.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hari Tahun BaruMy Profile

        1. Rasanya bukan hal baru jika Islam menjadi bahan cacimaki dan hinaan. Menanggapi penghinaan yang mereka lakukan terhadap Islam, kita (muslim) pantas marah dan sakit hati. Tapi kemarahan kita tidak harus dilampiaskan dengan melakukan penghinaan yang sama atau melakukan tindakan balas dendam yang bersifat destruktif terhadap mereka.

            1. Sepantasnya kita berbuat sebagaimana Nabi Saw berbuat ketika beliau mendapatkan tawaran malaikat Jibril untuk membinasakan penduduk kota Tha’if yang telah menghina dan melempari beliau dengan batu. Beliau hanya berujar, “Walaupun orang-orang ini tidak menerima ajaran Islam, namun aku berharap (dengan kehendak Allah) semoga anak-cucu mereka kelak akan menyembah Allah dan berbakti kepada-Nya.”

            2. Sungguh betapa indahnya Islam yang dipraktekkan oleh Nabi Sawdan para shahabatnya. Jika saja Islam yang seperti ini yang dijalankan oleh umat Islam sekarang maka akan berbondong-bondonglah orang memasuki agama ini. Bahkan bukan tidak mungkin para penghina Islam tersebut akan masuk Islam

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!