Gadget Review – Samsung Galaxy Note 10.1

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sudah lama sangat blog Denaihati tidak berkerjasama dengan Azman Ishak tuan punya blog Azmanishak.com yang bukan sahaja seorang Blogger Malaysia yg hebat tetapi juga boleh membina template blog Wordpress, Coding dan sebagainya. Jangan malu nak minta tolong dengan beliau kalau ada apa-apa masalah dan memang adab berguru kena minta kalau tidak tak dapat. Joom kita baca perkongsian review gadget impian beliau.

Salam ceria kepada semua pembaca Denaihati.Com. Seperti biasa saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Saudara Denaihati sebab bagi peluang untuk saya untuk membuat siri review mengenai Samsung Galaxy Note 10.1 di sini. Agak lama juga tidak menulis di blog ni. Kelihatan begitu kekok untuk memulakan ayat.

Sebelum kita pergi lebih jauh, untuk mereka yang mungkin ingin membaca Siri Review Pertama saya mengenai REVIEW: CLOSE-UP (Macro Shoot) – Samsung Galaxy Note 10.1– Macro Shoot, anda boleh klik pada pautan di sini.

Untuk siri kali ini, saya lebih menumpukan kepada konsep kepentingan perlatan (device) dan pengguna. Kalau nak diceritakan dari segi teknikalnya, saya rasa lebih elok kita ke laman web Samsung. Di sana terdapat fakta yang lebih tepat.

Siri review ini adalah pandangan peribadi yang tidak dipengaruhi mana-mana faktor luaran. Setiap orang mempunyai pendapat dan citarasa yang berbeza. Jadi tak perlu untuk bertelingkah sama sendiri hanya kerana minat kita yang tidak sama. Ok, sedia?

Samsung Galaxy Note 10.1 – Dari mata pengguna.

Samsung Galaxy Note 10.1 ni merupakan antara gadget idaman bagi setiap penggila gadget terutamanya penggemar Android. Tak kira la sama ada di Malaysia ataupon di negara mana sekali pon. Kebolehan multi-tasking dan split-screen adalah salah satu ciri-ciri istimewa yang belum lagi terdapat pada tablet lain yang se-keluaran dengannya.

Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang harus pengguna/pembeli mengambil kira sebelum membuat keputusan untuk memilikinya.

Bekalan Kuasa

Seperti yang sedia maklum, kapasiti bateri Galaxy Note 10.1 ni adalah 7,000mAh. Secara puratanya apa yang saya perhatikan setelah beberapa hari saya menggunakannya… Keupayaan bateri adalah ditahap yang sederhana. Untuk mengatakan ianya tidak begitu bagus, tidak jugak. Kerana sekiranya anda seorang yang betul-betul bergantung harap kepada Galaxy Note 10.1 ini seperti saya, ianya mampu juga bertahan sehingga ke malam hari dari seawal bateri di chas.

Saya sendiri telah mencuba keupayaan bateri ini dengan menghidupkan pelbagai aplikasi yang memerlukan Synchronize, Wifi selama 24 jam, dan juga sambungan 3G yang tidak pernah dimatikan. Dan ternyata, ia adalah sebuah gadget yang memang saya perlukan. Baterinya boleh bertahan sehinggalah saya pulang dari bekerja.

Amat-amat memadai kerana tugas-tugas yang saya lakukan dipejabat telah di-synchronize di dalam dropbox. Kalau sampai rumah, tablet mati pon tak pe, sebab bila bukak desktop, segala kerja yang tertangguh tadi masih dapat dicapai.

Untuk pengetahuan rakan-rakan, keupayaan bateri ini banyak dihabiskan pada screennya yang begitu besar. Begitu juga pada pemprosessan grafiknya.  Sungguhpun begitu, terdapat fungsi terbina dalam di mana pengguna boleh mengubah tetapan Penjimatan Kuasa dibahagian tetapan Galaxy Note 10.1 ini.

Multi-screen/Split Screen dan Aplikasi Istimewa

Ketika saya membeli Galaxy Note 10.1 ni, versi Android-nya adalah masih pada Android 4.0. Terima kasih kepada informasi di internet, sekarang ianya telahpun di kemaskini versi 4.1 (JellyBean). Kemaskini ini masih belum terdapat di Malaysia melalui OTA (over-the-air update). Untuk Android versi 4.0, fungsi multi-screen-nya adalah agak sedikit terbatas. Tapi sebaliknya setelah saya melakukan kemaskini pada 4.1 iaitu Android JellyBean, macam-macam perkara tugasan ringan dapat saya lakukan hanya dengan sebiji tablet ni.

Selain daripada Aplikasi S-Note dan S-Planner terdapat juga aplikasi Photoshop Touch. Aplikasi ini sangat membantu saya dalam kerja-kerja editing ringkas apabila saya bekerja bersama dSLR. Kalau dah editing pon boleh dilakukan dalam tablet, jadi… tak perlu la nak bawak laptop ke sana-ke mari tiap kali pergi keluar outing. Sedikit sebanyak telah menjimatkan penggunaan ruang pada beg kamera tu.

Apa yang saya perlukan adalah aksesori Galaxy TAB Adapter (USB). Aksesori ini dijual berasingan. Ianya dapat menjadikan Galaxy Note 10.1 ini sebagai USB Host. Ini bermakna, anda boleh menggunakan aplikasi File Browser untuk membuka file-file anda yang berada di dalam pendrive. Tak perlu lagi la nak bergantung pada komputer hanya setakat untuk tugas mudah macam ni.

Keselesaan Melayari Internet

Ini  merupakan salah satu perkara yang saya suka. Saiz skrinnya yang besar dalam siri keluaran tablet yang berada dipasaran merupakan salah satu factor mengapa ia adalah gadget idaman saya. Kepuasan dan keselesaan untuk melayari internet adalah perkara yang amat penting terutama ketika mencari maklumat “on-the-move”. Kalau nak diharapkan telefon bimbit, tak berapa nak puas kata orang tu. Dan… apa yang paling penting adalah, boleh melakukan perkara yang lain dengan fungsi split-screen/dual view.

S-Pen dan Papan Kekunci Maya

Sama seperti tablet dan telefon pintar yang lain yang mempunyai screen sesentuh, Galaxy Note 10.1 ini juga mempunyai papan kekunci maya yang dipaparkan pada screen. Tetapi apa kelainan yang dibawa adalah, kepupayaan menukarkan saiz papan kekunci ini kepada 3 jenis saiz. Bergantung pada keselesaan, saya lebih selesa papan kekunci yang besar untuk menudahkan kerja-kerja menaip.

Manakala S-Pen merupakan stylus pen yang agak unik pada perkiraan saya. Ditambah pula setelah kemaskini JellyBean, fungsi S-Pen ini telah di-optimize-kan. Antara ciri-ciri yang unik adalah, fungsi screenshot dan region screenshot cropping. Inilah antara sebab yang buatkan saya nak sangat ada Galaxy Note 10.1 ni. Antara ciri-ciri saya perlukan ketika membuat nota peribadi, ataupun mencatat tugasan harian dipejabat.

Selain daripada itu, keselesaan S-Pen juga perkara yang paling saya suka. Saiz S-Pen ni tak terlalu besar ataupon terlalu kecil. Sangat selesa dipegang ketika menulis. Cuma terdapat sedikit kekok ketika menekan butang yang terdapat pada S-Pen. Mungkin juga kerana masih belum biasakan diri menggunakannya barangkali.

 Rekabentuk

Soal ini adalah agak berat untuk diperbincangkan. Mungkin berlainan orang, berlainan juga selera mereka. Pada pendapat saya, perletakan/posisi slot audio jack dan juga slot lubang data tidak kena pada tempatnya. Ini kerana, jika Galaxy Note 10.1 ini diletakkan secara melintang (landscape), lubang usb data ini akan berada dibawah, sekaligus menyukarkan anda untuk melakukan tugasan memindahkan data ketika posisi melintang ini.

Tetapi, pada perkiraan Samsung, ini kerana tujuan utamanya adalah supaya anda boleh menambah aksesori papan kekunci fizikal pada tablet ini. Lalu menjadikan dia sebagai laptop mini yang berkuasakan system operasi Android.

Selain daripada itu, pada paparan melintang (landscape mode) ini juga, lubang audio jack akan berada di atas. Ini akan sedikit menampakkan kecacatan bila diletakkan di atas meja kerana wayar yang berselirat mungkin akan mengganggu keselesaan anda ketika menggunakan headphone.

Kamera

Rata-rata telefon pintar mahupon tablet pada ketika ini telahpun dilengkapi dengan kamera yang terbina dalam. Sama juga seperti Galaxy Note 10.1 ni. Tetapi untuk menjadikan Galaxy Note 10.1 ini sebagai pengganti digital kamera anda adalah satu perkara yang tidak begitu bijak. Sekadar boleh menangkap gambar tu… orang kata… ok la! Kualiti tidaklah begitu teruk, atau untuk mengatakan ianya bagus pon tidak. Sederhana kata orang tu. Tetapi amat baik dalam keadaan cahaya yang mencukupi. Disamping juga terdapat flash untuk membantu kuantiti cahaya sekiranya dibawah kondisi low-light.

Memori dalaman dan memori tambahan

Untuk Galaxy Note yang saya miliki, ianya didatangkan dengan memori terbina dalam sebanyak 16GB. Tapi sekiranya 16GB itu masih tidak mencukupi, Galaxy Note 10.1 ini mempunyai ruangan slot Micro SD yang membolehkan anda menambah kapasiti storan yang sedia ada. Tiada lagi halangan atau pon alasan tertinggal pendrive dan sebagainya.

Kualiti bunyi

Galaxy Note 10.1 ini mempunyai fungsi khas seperti fungsi kelantangan yang diperkuatkan secara automatic sekiranya berada di dalam beg. Perkara yang macam ni memang saya perlukan. Lebih-lebih lagi bila Galaxy Note 10.1 ni diletakkan dalam beg kamera. Tak mungkin setiap masa nak jinjit je je tablet ni kehulu kehilir. Untuk jurufoto separuh masa seperti saya, tablet ini akan disimpan dalam beg dSLR sebab terdapat ruangan untuk laptop atau tablet.

Jadi di sinilah kegunaan fungsi kelantangan automatik itu tadi. Walaupon berada dalam beg, tapi masih boleh mendengar nada dering telefon dengan jelas. Lepas tu, pakai la Bluetooth head-set untuk menjawab panggilan. Jangan la pulak jawab dengan menempekkan Galaxy Note 10.1 ni kat pipi pulak. Kejap lagi.. ade juga yang terlanggar tiang kalau masa berjalan. Besar kot!

Berat

Kalau nak diikutkan berat tu… tak da la berat sangat jika nak dibandingkan dengan laptop saya. Ditambah pula dengan pengecas bekalan kuasa yang kecil, jadi… bila kesemuanya dimuatkan kedalam beg dSLR, tidak ketara berat yang bertambah. Sebaliknya sekira menjinjit ke sana ke mari… sudah tentu la berat dalam tempoh yang lama.

Rumusan

Untuk menyatakan ianya sebagai pengganti penggunaan laptop saya, saya boleh katakana ianya amat sesuai untuk tugas-tugas jurufoto sambilan. Tapi sekiranya sebagai seorang Web Developer pula, saya memang memerlukan laptop atau desktop saya untuk tugasan yang lebih berat.

Walau bagaimanapun, saya tidak perlu lagi memikul sehingga dua beg kehulu-kehilir hanya untuk  tugasan sebagai jurufoto sebabnya Galaxy Note 10.1 ni dah menjimatkan ruang kerja saya sebagai pengganti laptop. Kesemua peranti dalam satu gadget?

Persoalannya… adakah perlu memiliki Galaxy Note 10.1 ni? Ya sudah tentu sekiranya anda adalah seorang multi-tasking employee seperti saya. Ianya sangat-sangat membantu dan sangat diperlukan. Satu Galaxy Note 10.1 bersamaan apa saya dapat:- sebuah telefon bimbit pintar, sebuat komputer riba, sebuah tablet, sebuat buku nota digital, pusat editing gambar bergerak… dan macam macam lagi yang boleh diistilahkan. Pendapat anda pula bagai mana?


Spread the love

105 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!