Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, musim BPL 2013/14 lebih banyak drama berbanding 5-6 musim yang lepas. Musim pertandingan yang lama benar-benar menguji bukan sahaja kepakaran pengurus dan pemain tetapi kesetiaan penyokong. Berapa ramai penyokong yang lari apabila kelab mereka tewas dan tewas dan tewas, ada juga yang tidak berani menunjuk muka apabila pasukan kesayangan mereka kalah. Paling tak best apabila pasukan mereka menang sanggup kutuk penyokong kelab lain macam mereka dah julang piala. Banyak yang kita boleh belajar untuk kehidupan dari sepak terajang bola sepak untuk kemajuan diri bukan sekadar menyokong tanpa hala tuju.
Pada awal musim kelihatan Arsenal seperti akan menjuari BPL 2013/14 walaupun keputusan perlawanan Arsenal bermula dengan kekalahan kepada Aston Villa tetapi akibat kecederaan ramai pemain utama seperti Walcott, Ramsey dan Welshere harapan tinggal harapan. Pada akhir musim kelihatan Liverpool pula bakal menjulang piala BPL yang sudah 24 tahun ditunggu tetapi kecewa setelah tewas persaingan dengan Manchester City. Paling mengecewakan apabila Manchester United terpelosok ke tangga ke tujuk sehingga terpaksa membuang David Moyes di akhir empat perlawanan akhir. Itulah drama bola sepak yang bulat tetapi menarik untuk diikuti sehingga keakhir musim kalau satu dua pasukan sahaja yang dominan pun tak seronok.
Arsenal sudah sembilan tahun tidak menjulang piala yang menjadi ejekan penyokong kelab lain. Ejekan yang tidak adil kerana ada kelab lain yang lebih lama sehingga 24 tahun tak menjulang piala. Arsenal hampir menjulang piala liga pada musim 2011/12 tetapi tewas kepada Birmingham City. Kenapa Pengurus Arsenal tak kena buang seperti pengurus kelab lain, jawabannya mudah walaupun sembilan tahun tak julang piala tetapi selama 17 musim Arsenal tidak pernah tercicir Champions League yang pendapatan besar kepada kelab. Lihat sahaja musim ini MU kehilangan pendapatan RM130juta kerana tidak layak CL.
Badi sembilan tahun Arsenal pasti akan hilang malam ini apabila dapat menewaskan Hull City untuk perlawanan akhir FA Cup 2014. Hull City bukan pasukan yang mudah untuk ditewaskan di Wembley tetapi Arsenal tiada pilihan. Kemenangan Arsenal 3 – 0 menewaskan Hull City dalam perlawanan liga bukan rekod yang boleh menjanjikan kemenangan mutlak. Aku dan jutaan peminat setia Arsenal sangat mengharap semua pemain Arsenal yang beraksi akan bermain pada tahap maksima untuk menewaskan Hull City.
Keputusana Arsenal vs Hull City : 3 – 2
Gol Arsenal dijaringkan oleh Cazorla, Koscielny dan Ramsey.
Video jaringan Arsenal dan Hull City di final FA Cup 2014
Aku dan rakan-rakan Blogger penyokong setia Arsenal yakin dengan kemampuan Arsenal menjulang piala FA 2014 dah tahniah kerana Arsenal masih menjadi pasukan empat terbaik England untuk 17 tahun berturut-turut. Ko ada??
Live Arsenal vs Hull City FA Cup Final 2014 @ Twitter
104 Comments
Tahniah Arsenal…
Tapi berita sedih… bacary Sagna nak pindah Man City season depan..
Curahan rasa fazrol @ ..Mandi manda di Kolam Air Panas Felda Residence Sungkai, Perak
ok dah boleh siapkan almari tu
hiaslah sikit nak letak piala ni..hee
Curahan rasa cikgu naman @ ..EPHYRA PILIHANKU PHASE 2 – Cabaran 30 hari bersama Ephyra
Dah ada orang ukir dah tue… Tambah lagi sebiji baru lega…
Curahan rasa fazrol @ ..3 cara promote blog yang lejen masa SBB2014!
haha..lega Wenger dah berapa lama menanti untuk mendakap piala
Curahan rasa cikgu naman @ ..EPHYRA PILIHANKU PHASE 2 – Cabaran 30 hari bersama Ephyra
Yeaaaaa.. Dapat pun Ramsey skor….. Giroud jugak yg assist…
Nampaknya almari dah tak berhabuk… ha ha…
Curahan rasa fazrol @ ..3 cara promote blog yang lejen masa SBB2014!
Extra time dah bermula.. hopefully Arsenal boleh jaringkan gol kemenangan.. Penalti kawe debor laaa plak…
Curahan rasa fazrol @ ..3 cara promote blog yang lejen masa SBB2014!
Aiseymen!!! Silver gol laa plak… Sapa gol dulu ada peluang untuk jadi juara… Kalau tak penalti laa kita…
Curahan rasa fazrol @ ..3 cara promote blog yang lejen masa SBB2014!
sedialah kopi siap² tu…kan terlelap masa tengok penalti..hhaa
Curahan rasa cikgu naman @ ..Denaihati, dari maya kepada fizikal
Tak payah penalti laaa… ha ha…
Risau aku diminit terakhir nie…
Curahan rasa fazrol @ ..3 cara promote blog yang lejen masa SBB2014!
Hull nie macam nak penalti saja…. strategi lengahkan masa…
Curahan rasa fazrol @ ..3 cara promote blog yang lejen masa SBB2014!
Nampaknya gol dramatik last minit nie… debar rasanya… ha ha..
Curahan rasa fazrol @ ..3 cara promote blog yang lejen masa SBB2014!
penalti pun ok jugak..haha
teringat zaman peraturan golden goal dulu..lagi mendebarkan..
Curahan rasa cikgu naman @ ..Melompat Lebih Tinggi!
Gibbs melepaskan peluang jadi hero malam nie…..
Silap-silap Giroud gak yang skor nanti…
Curahan rasa fazrol @ ..3 cara promote blog yang lejen masa SBB2014!
Dah 2-2 sama… Baru rasa lega sikit…
Teruskan lagi… jangan samapi debar-debar penalti plak…
Curahan rasa fazrol @ ..3 cara promote blog yang lejen masa SBB2014!
kalau penalti tu yang tak best nak tengok..haha
nak tercabut jantung rasanya
Curahan rasa cikgu naman @ ..Denaihati, dari maya kepada fizikal
Kalau Fabianski jadi hero macam sebelum nie, ok laa jugak… ha ha…
Curahan rasa fazrol @ ..3 cara promote blog yang lejen masa SBB2014!
beberapa minit je lagi ni..
takkan nak penalti kot The Gunners????
Curahan rasa cikgu naman @ ..Design sendiri bisnes kad #SBB2014
2-2 dah..cepat² lap habuk kat almari tu..ada can nak simpan piala dah ni
Curahan rasa cikgu naman @ ..Pahit Manis Bersama Kereta
Dari Podolski baik Giroud laa tukar ganti dengan Sonogo… Wenger wenger…
Curahan rasa fazrol @ ..3 cara promote blog yang lejen masa SBB2014!
Nampak lain game bila podolksi keluar semuga Arsenal memang bro
Kenapalah Giroud nie asyik nak kena maki ngan aku saja… hampeh betul laaa.. ha ha..
Curahan rasa fazrol @ ..3 cara promote blog yang lejen masa SBB2014!
Semoga The Gunners dapat sesuatu untuk diisi dalam almari piala yang dah bersawang tuuu..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..EPHYRA PILIHANKU PHASE 2 – Cabaran 30 hari bersama Ephyra
Sebagai pemangkin untuk season depan… Kalu tak, genap 10 tahun laa bro…
Curahan rasa fazrol @ ..3 cara promote blog yang lejen masa SBB2014!
Minta-minta second half masukkan Chamberlain dan Rosicky…
Curahan rasa fazrol @ ..3 cara promote blog yang lejen masa SBB2014!
amboi bro fazrol peminat tegar arsenal ada kat sini rupanya
Curahan rasa cikgu naman @ ..Maklumat Umum Program Matrikulasi
Tegar tak tegar sangat laaa,,,, Tegar – aku yang dulu bukan laaa yang sekarang.. ha ha
Curahan rasa fazrol @ ..3 cara promote blog yang lejen masa SBB2014!
Nasib baik HUll tak main parking bas macam team ChelsH** bila dah leading 2-0.. Baru menarik game..
Curahan rasa fazrol @ ..3 cara promote blog yang lejen masa SBB2014!
2nd half diorang parking lah nanti..siap bas 2 tingkat tauu
Curahan rasa cikgu naman @ ..EPHYRA PILIHANKU PHASE 2 – Cabaran 30 hari bersama Ephyra
Nasib baik bukan main ngan Chelsh***.. Kalau tak 2 tingkat Mourinh* letak… ha ha
Curahan rasa fazrol @ ..3 cara promote blog yang lejen masa SBB2014!
Comments are closed.