F1 Malaysian GP 2012

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, F1 ini memang antara sukan kegemaran aku suatu masa dahulu. Sekarang pun masih minat tapi masa yang kurang nak follow Formula One Grand Prix. Di awal F1 Malaysia GP memang selalu sangat aku menyaksikan secara live di Sepang International Circuit. Pernahlah sekali aku angkut emak, abah dan famili menyaksikan support race. Tapi mana boleh lawan keluarga Kak Yan yang memang peminat berat sukan permotoran. Siapa lagi yang minat F1 ni?

F1 Malaysian GP 2012 pun tak dapat nak pergi jadual bertembung dengan trip luar negara. Nampak terpaksalah aku tunggu review Kak Yan kalau ada atau tengok di website F1.

Pasti perlumbaan sebenar F1 Malaysian GP 2012 pada petang Ahad, 25/3/2012 akan berlansung hebat kalau hujan pasti perlumbaan akan menjadi lebih best lagi.

Formula One Malaysia Grand Prix 2012

Keputusan F1 Malaysia GP 2012 :

1. Fernando Alonso, Sepanyol, Ferari.
2. Sergio Perez, Mexico, Sauber.
3. Lewis Hamilton, Britain, McLaren.

Perlumba yang mana agaknya akan naik podium untuk F1 Malaysia GP 2012. Adakah tiga pasukan yang membawa jenama Malaysia Mercedes, Lotus dan Caterhem akan naik podium.

Kalau ada rezeki nak menonton F1 nite race di Singapore hujung tahun ni.

129 Comments

  1. Juara dunia balap F1 dua kali Fernando Alonso keluar sebagai juara Grand Prix Formula 1 2012 Malaysia. Alonso mendapatkan gelar juara ketiga kalinya dengan tiga tim berbeda, Renault pada 2005, McLaren (2007), dan Ferrari (2012). Hamilton keluar sebagai yang tercepat dengan catatan waktu 2 jam 44:51.812 detik.

      1. Juara dunia Grand Prix tujuh kali, Michael Schumacer yang mampu memperoleh hasil baik di babak kualifikasi pasca kembali pada 2010 lalu di start ketiga, tidak dapat mempertahankan performanya. Pembalap Mercedes ini hanya mampu finis di urutan ke-11.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Ludwig Mies Van Der RoheMy Profile

  2. teringin nak tengok dan mendengar deruman motor secara ‘live’ tetapi apakan daya belum berkesempatan.tengok di kaca televisyen saja ni nampaknya.

  3. antara sukan yang orang cakap, “tengok di Tv lg best dari live”. yeake? sbb orang cakap kalau live depan mata, dengar bunyi je. kereta tak nampak ==”
    Curahan rasa donha @ ..Movies 2012My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!