F1 Malaysia Grand Prix 2011

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, F1 Malaysia Grand Prix sukan pemotoran yang menguji kelajuan dan kecekapan pemandu serta kecanggihan teknologi datang lagi ke Sepang circuit untuk kali ke 13. Tahun ini 3 pasukan membawa label Malaysia iaitu team Lotus Renault, Lotus 1Malaysia dan Petronas Mercedes GP.

13 tahun penganjuran F1 telah membawa berbagai perubahan dalam industri automotif di Malaysia. Tiada jalan pintas untuk berjaya begitu juga kita blogger untuk membina jenama perlukan masa dan kesabaran.

Gambar grafik Sepang F1 Circuit

[ad#Adsense234x60]

 

Aku ada banyak kenangan dengan F1 ni. Di awal permulaan F1 dianjurkan memang banyak kritikan dari pujian jadi tak banyak syarikat berminat nak ikut serta operasi penganjuran F1 Malaysia. Syarikat aku adalah antara yang terlibat menyediakan katering untuk pertugas dan Marshall perlumbaan selama 4 tahun berturut-turut. Ini bukan satu tugas yang mudah untuk menyediakan makanan ribuan orang untuk sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.

Tugas yang paling mencabar adalah untuk memastikan makanan segar dan berkualiti serta dihantar tepat pada waktu yang dijadualkan. Fahamlah dalam perlumbaan F1 masa sangat penting dimana setiap saat telah ada jadual yang ditetapkan selama 4 hari dan tidak boleh terlewat kerana akan menjejas jadual yang lain. Memang sangat mencabar dan meletihkan sepanjang 4 hari pra perlumbaan dan hari perlumbaan F1 sebenar tetapi ianya pengalaman yang sangat menyeronokan. Di tahun 5 perlumbaan kami tidak ikut serta kerana sudah ada persaingan yang tidak sihat untuk mendapatkan projek katering tersebut.

Setiap deruman kereta F1 pasti akan mengingatkan aku pengalaman pahit manis di Sepang Circuit. Terima kasih kepada semua pengurusan Sepang Circuit yang banyak memberi peluang kepada syarikat kami. Pengalaman ini sedikit sebanyak aku gunakan dalam mengendalikan blog denaihati.

Siapalah agaknya yang bakal naik ke podium untuk perlumbaan F1 Malaysia GP 2011 ni?

Keputusan F1 Malaysian Grand Prix 2011 @ Paultan.org

[ad#nuffnang336]


Spread the love

51 Comments

  1. Selain suka nengok kereta laju suka juga nengok awek model litar yang cun, seksi, gebu, tinggi2, jelingan mengoda, bla…bla…bla… (hanya sekadar pemerhatian peribadi tidak lebi dari itu … heheheheh 🙂 )
    Curahan rasa benjy @ ..PERTARUNGAN DENGAN GERGASI BATUMy Profile

  2. Laaa tu yang tak sedap dengar tu … persaingan yang tidak sihat … keadaan ini hanya menyebabkan mutu makanan yang kurang baik kerana niat pertamanya dah tak baik … satu kerugian bagi industri ketering di malaysia. Jangan disebabkan perkara ini … menjejaskan nama baik malaysia di mata dunia …
    Curahan rasa benjy @ ..PERTARUNGAN DENGAN GERGASI BATUMy Profile

  3. rindu F1 zaman michael dgn Ferari dlu. masa tu dia sangat lah TOP kan? lepas tu zaman mula-mula Petronas ada dalam F1. masa tu selalu tgk F1 kat TV sebab ayah mmg suka sgt lah F1 ni. my siblings semua tunggu depan TV. hehehehhe~ siapa lah menang kan kali ni. semua team hebat2 je sekarang

    1. Nengok kat TV best juga boleh tengok rangking , boleh tengok masuk Pit, boleh tengok semua view dan insiden kemalangan secara slow montion (tak minta) …. tapi kalau dapat tiket free gua pergi juga … hehehehe
      Curahan rasa benjy @ ..PERTARUNGAN DENGAN GERGASI BATUMy Profile

    1. kawan selalu nak bg tiket free. dia keje related lah ngn benda ni. tp tak pernah minat hahhahahahahha sebab lg suka tgk kat TV, tgk kat sana2 panas2 kang pengsan lak :p

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!