Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Ariff Shah tuan punya blog.ariff Blogger Malaysia semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Sebelum ini sudah beberapa kali Ariff Shah menjadi penulis jemputan antaranya entri “Tips Untuk Blogger WordPress Baru“ dan “Menjawab Persoalan Tentang H Tags“. Jom kita baca entri menarik ini :
Kali ini saya ingin mengetengahkan 10 elemen rekabentuk yang boleh dilihat dalam 5 blog popular Malaysia iaitu BeautifulNara, Blog Serius, Oh! Tidak, Red Mummy dan Amanz. Pada pendapat saya elemen-elemen ini mempunyai kepentingannya sendiri dalam kejayaan sesebuah blog.
Bahagian Header
1. Logo/banner yang besar (5/5)
Kesemua blog yang disenaraikan mempunyai logo atau banner yang besar pada header. Ini adalah penting dalam penjenamaan blog anda. Kalau anda masih lagi menggunakan teks sebagai header blog, silalah bertukar kepada banner yang original. Banyak freelance designer di luar sana yang boleh mengambil tempahan untuk membuat banner header blog.
Banner besar seperti di Blog Serius adalah tarikan kepada pengiklan korporat. Pengiklanan secara terus dengan client adalah lebih menguntungkan kerana ketiadaan orang tengah (syarikat pengiklanan).
2. Search bar (4/5)
4/5 blog yang tersenarai mempunyai search bar pada header mereka. Search bar memudahkan pembaca mencari maklumat/blogpost yang mereka kehendaki di dalam blog anda. Untuk pengguna WordPress, adalah sangat digalakkan supaya fungsi search dalam WordPress ditukarkan kepada Google Search kerana search engine yang sedia adalah tidak bagus.
3. Subscribe (3/5)
3/5 blog meletakkan kemudahan untuk pembaca melanggan kemaskini RSS blog mereka pada header. Dengan memaparkan bilangan subsriber blog anda, ia akan menjadi galakan kepada pembaca lain untuk melanggan sekaligus menambah bilangan pembaca tetap blog anda.
Angka ini akan sentiasa bertambah sekiranya apa yang ada di blog dikekalkan dan content blog anda masih boleh diterima oleh pembaca. Asalkan jangan buat musuh dengan orang, sudah.
Bahagian Content/Entri
4. Social share button (4/5)
4/5 blog mempunyai sekurang-kurangnya satu social share button. Minimum yang perlu ada pada setiap entri adalah butang Facebook Like. Tentang kedudukan social share button ini adalah sangat subjektif, ada yang berpendapat bahawa social share jenis scrolling adalah terbaik kerana mendapat maximum exposure daripada pembaca dan ada juga berpendapat ianya perlu diletakkan di hujung entri untuk memudahkan pembaca mengkongsikan entri tersebut setelah mereka selesai membaca. Social share button yang bukan jenis scrolling juga tidak menyesakkan pandangan atau mengganggu pembacaan entri.
Apa-apa pun, saya berpendapat bahawa entri yang bagus sudah tentu akan dikongsi oleh pembaca. Dalam hal perkongsian ni, konsep content is king adalah yang paling utama yang perlu diikuti.
5. Related Post (3/5)
3/5 blog menggunakan related post di mana dua daripadanya menggunakan plugin mudah seperti Linkwithin. Untuk blog jenis hiburan seperti Blog Serius, Oh! Tidak dan BeautifulNara, adalah sangat berkesan sekiranya Linkwithin digunakan pada blog tersebut kerana setiap hampir setiap entri memaparkan imej dan tajuk yang menarik.
Untuk niche blog, related post dapat membantu mewujudkan pautan antara entri-entri berkaitan yang menggunakan keyword yang sama sekaligus memberikan kesan yang lebih optima dalam SEO.
Sidebar
6. Social Connect (5/5)
blog.ariff – kalau baik hati, tolong +1 Google tu..
Social connect yang paling popular digunakan adalah Facebook page dan diikuti dengan Twitter. Bilangan yang ada pada social network adalah bukti kekuatan dan populariti blog/laman web tersebut.
Social network juga boleh digunakan untuk mendapatkan pembaca baru melalui interaksi dua hala dengan fans di Facebook page ataupun dengan menyediakan content menarik yang boleh dikongsikan dengan orang lain. Tweet yang menarik akan di-retweet dan lebih ramai lagi akan mengikuti kita di Twitter sekaligus menambah bilangan pembaca blog.
7. Popular Post (5/5)
Popular post adalah penting lebih-lebih lagi kepada pembaca baru di blog kita. Melalui popular post, pembaca baru dapat memahami dengan lebih lanjut keistimewaan yang ada di blog kita berdasarkan content menarik yang telah menjadi bacaan ramai.
8. Archive & Category (4/5)
Antara archive dengan category, pada pendapat saya category juga merupakan elemen penting yang perlu ada pada sidebar. Melalui category, pembaca boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang niche atau topik utama blog tersebut, atau mungkin minat blogger tersebut (personal blog).
Catergory juga memudahkan pembaca memilih entri yang mereka ingin baca.
9. Ads (5/5)
Sumber pendapatan blog popular tentulah daripada pengiklanan dan iklan pada kebiasaannya diletakkan statik di sidebar. Iklan scrolling berdekatan scrollbar adalah tidak digalakkan kerana nampak tidak kemas dan tak professional.
Rekabentuk Keseluruhan
10. Layout lama yang tak ditukar (5/5)
Kesemua blog popular menggunakan layout blog yang sama lebih daripada setahun dan ada yang dah bertahun-tahun. Paling minima pun adalah menukar banner pada header sahaja. Ini membuktikan bahawa:
- Mereka lebih menumpukan pada content kerana content adalah apa yang dicari oleh pembaca dan juga menjadikan blog mereka terkenal
- Pembaca tidak kisah dengan layout kalau content yang disediakan menarik, releven dan berguna
250 Comments
aku suka point no.10. hoho..dah bertahun aku tak buat apa-apa dengan blog aku tu..
Curahan rasa titan @ ..Komisen ke 8 dari 701panduan
hehe… ada orang gunakan “as long as it works, dont fix it”. Betul jugak kata2 tu kadang2
Curahan rasa ariff @ ..Bagaimana Menghantar Barang Makanan Ke Luar Negara?
owh ternyata itu toh kunci kesukesan blog… makasi banget tipsnya ya sob.. beberapa blom ane lakuin….
Curahan rasa Akses Dunia @ ..Inilah 9 Manusia Yang Dibesarkan oleh Hewan
part layout tu yang ramai pening… ada sesetengah blog asyik bertukar2 design…kadang2 tak kenal…ingatkan blog orang lain… hidup sentiasa belajar…
Curahan rasa hisham @ ..Harga Luar Biasa Majalah Solusi | Balasan kepada peminat setia
bosan kut dgn yg lama, tukar yg baru lah pula
Curahan rasa manmala @ ..Kereta Api Langgar Lori Tangki Minyak Di Sabah
kalau selalu tukar, saya pn konpius kdg2 :p
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
yang last tu perlu diterapkan hu3
Curahan rasa areliff @ ..Stress arrrrrrrrrrghhh..
tips yg bgus..
Curahan rasa syu90 @ ..laptop aku rosak
sama2 kita amalkan dlm blog kita
Curahan rasa manmala @ ..Kereta Api Langgar Lori Tangki Minyak Di Sabah
ada beberapa perkara kat atas ni yang saya belum buat..so kena take note ni..thanks yer. =)
Curahan rasa barrdboo @ ..Jalan2 di Canal dan Japanese Garden
thx 4 tips…amat bguna
Curahan rasa suarapeople @ ..Khairul Fahmi Che Mat & Dahlia Teck Yg Seksi Di Party
kenapa beautifulnara kena slash atas tu?
hehehe…
ada kata, layout penting utk tarik peminat baca…
tpi mmg blogger teror semua sempoi je header kan… cam DH ni
Curahan rasa noriz @ ..Santai Selasa : Mcm2 hal anak…
tu la sy pon tertanya tanya jgk psal nama beautifulnara yg kena slash tu..
saya pun sama, ke ada makna ni…
Curahan rasa manmala @ ..Kereta Api Langgar Lori Tangki Minyak Di Sabah
ni sebab blog dia tengah down. So plugin kat blog Denaihati ni slash-kan.
Curahan rasa ariff @ ..Bagaimana Menghantar Barang Makanan Ke Luar Negara?
aah server dia problem kan. till now tak dpt fix -.-
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
Dulu terlepas pandang pasang Subscribe ,setakat ni saya guna feedburner je
Curahan rasa wazy @ ..1-11-11
#ehsamalah kita twin :p
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
Tak habis-habis dengan hashtagsnya.. hehehe
Curahan rasa Steward John @ ..Top 40 most popular blogs in Malaysia
biasalahh kuat tweet
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
sokong semua di atas
Curahan rasa HafizRahman @ ..(Video Dan Gambar) Letupan Keretapi Langgar Lori Tangki Di Sabah
TQ Ariff!!
Curahan rasa Lorna @ ..Remy Ishak akhirnya akui menyintai…
nice post!
Aku kantoi kat no 9 tu kot…hahaha
Curahan rasa yas @ ..DBKL Games 2011 ~ Carrom, Chess dan PC Games..
sebuah ulasana yang sangat menarik apalagi untuk saya yang baru mulai dengan blog WordPress, wajar jika blog diatas popular ternyata lay outnya pun mengandung maksud tertentu
Curahan rasa munir ardi @ ..Hiduplah Bersahaja dan Rendah hati
memang dah lama niat nak pasang Google Search tapi, bila masuk blog aku..nak dah adjust width dia tetap lebar..buruk nampak..pastu nak tak nak kena pasang yang default punya..
dan lagi satu..aku rasa keunikan blog yang tepati pilihan pengguna adalah blog amanz.my..memang terbaek beb..semua ciri2 ada..
dan sidebar blog ko ariff, yang css tu memang lawa..kehkeh
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..4 Langkah Install Microsoft Office 2007 Di Ubuntu 11.10
Senang je. Mungkin nanti aku buatkan tutorial untuk google search ni.
buatlllllaaaaaaaa ;p
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
saya pun sama, xboleh nak adjust width dia. saya tunggu tutorial dr ariff
Curahan rasa manmala @ ..Kereta Api Langgar Lori Tangki Minyak Di Sabah
Ditunggu tutorialnya bro…
ramai anak murid ni rep.. :p
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
Syok ye jd blog popular ni. Ada je org nak review
btol2 blog arep lawaaaaa
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
Tukar size text box sj..kat bhgian input type
Curahan rasa Jebeng Otai @ ..Kamera Handphone Vs DSLR ??
Comments are closed.