Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Ariff Shah tuan punya blog.ariff Blogger Malaysia semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Sebelum ini sudah beberapa kali Ariff Shah menjadi penulis jemputan antaranya entri “Tips Untuk Blogger WordPress Baru“ dan “Menjawab Persoalan Tentang H Tags“. Jom kita baca entri menarik ini :
Kali ini saya ingin mengetengahkan 10 elemen rekabentuk yang boleh dilihat dalam 5 blog popular Malaysia iaitu BeautifulNara, Blog Serius, Oh! Tidak, Red Mummy dan Amanz. Pada pendapat saya elemen-elemen ini mempunyai kepentingannya sendiri dalam kejayaan sesebuah blog.
Bahagian Header
1. Logo/banner yang besar (5/5)
Kesemua blog yang disenaraikan mempunyai logo atau banner yang besar pada header. Ini adalah penting dalam penjenamaan blog anda. Kalau anda masih lagi menggunakan teks sebagai header blog, silalah bertukar kepada banner yang original. Banyak freelance designer di luar sana yang boleh mengambil tempahan untuk membuat banner header blog.
Banner besar seperti di Blog Serius adalah tarikan kepada pengiklan korporat. Pengiklanan secara terus dengan client adalah lebih menguntungkan kerana ketiadaan orang tengah (syarikat pengiklanan).
2. Search bar (4/5)
4/5 blog yang tersenarai mempunyai search bar pada header mereka. Search bar memudahkan pembaca mencari maklumat/blogpost yang mereka kehendaki di dalam blog anda. Untuk pengguna WordPress, adalah sangat digalakkan supaya fungsi search dalam WordPress ditukarkan kepada Google Search kerana search engine yang sedia adalah tidak bagus.
3. Subscribe (3/5)
3/5 blog meletakkan kemudahan untuk pembaca melanggan kemaskini RSS blog mereka pada header. Dengan memaparkan bilangan subsriber blog anda, ia akan menjadi galakan kepada pembaca lain untuk melanggan sekaligus menambah bilangan pembaca tetap blog anda.
Angka ini akan sentiasa bertambah sekiranya apa yang ada di blog dikekalkan dan content blog anda masih boleh diterima oleh pembaca. Asalkan jangan buat musuh dengan orang, sudah.
Bahagian Content/Entri
4. Social share button (4/5)
4/5 blog mempunyai sekurang-kurangnya satu social share button. Minimum yang perlu ada pada setiap entri adalah butang Facebook Like. Tentang kedudukan social share button ini adalah sangat subjektif, ada yang berpendapat bahawa social share jenis scrolling adalah terbaik kerana mendapat maximum exposure daripada pembaca dan ada juga berpendapat ianya perlu diletakkan di hujung entri untuk memudahkan pembaca mengkongsikan entri tersebut setelah mereka selesai membaca. Social share button yang bukan jenis scrolling juga tidak menyesakkan pandangan atau mengganggu pembacaan entri.
Apa-apa pun, saya berpendapat bahawa entri yang bagus sudah tentu akan dikongsi oleh pembaca. Dalam hal perkongsian ni, konsep content is king adalah yang paling utama yang perlu diikuti.
5. Related Post (3/5)
3/5 blog menggunakan related post di mana dua daripadanya menggunakan plugin mudah seperti Linkwithin. Untuk blog jenis hiburan seperti Blog Serius, Oh! Tidak dan BeautifulNara, adalah sangat berkesan sekiranya Linkwithin digunakan pada blog tersebut kerana setiap hampir setiap entri memaparkan imej dan tajuk yang menarik.
Untuk niche blog, related post dapat membantu mewujudkan pautan antara entri-entri berkaitan yang menggunakan keyword yang sama sekaligus memberikan kesan yang lebih optima dalam SEO.
Sidebar
6. Social Connect (5/5)
blog.ariff – kalau baik hati, tolong +1 Google tu..
Social connect yang paling popular digunakan adalah Facebook page dan diikuti dengan Twitter. Bilangan yang ada pada social network adalah bukti kekuatan dan populariti blog/laman web tersebut.
Social network juga boleh digunakan untuk mendapatkan pembaca baru melalui interaksi dua hala dengan fans di Facebook page ataupun dengan menyediakan content menarik yang boleh dikongsikan dengan orang lain. Tweet yang menarik akan di-retweet dan lebih ramai lagi akan mengikuti kita di Twitter sekaligus menambah bilangan pembaca blog.
7. Popular Post (5/5)
Popular post adalah penting lebih-lebih lagi kepada pembaca baru di blog kita. Melalui popular post, pembaca baru dapat memahami dengan lebih lanjut keistimewaan yang ada di blog kita berdasarkan content menarik yang telah menjadi bacaan ramai.
8. Archive & Category (4/5)
Antara archive dengan category, pada pendapat saya category juga merupakan elemen penting yang perlu ada pada sidebar. Melalui category, pembaca boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang niche atau topik utama blog tersebut, atau mungkin minat blogger tersebut (personal blog).
Catergory juga memudahkan pembaca memilih entri yang mereka ingin baca.
9. Ads (5/5)
Sumber pendapatan blog popular tentulah daripada pengiklanan dan iklan pada kebiasaannya diletakkan statik di sidebar. Iklan scrolling berdekatan scrollbar adalah tidak digalakkan kerana nampak tidak kemas dan tak professional.
Rekabentuk Keseluruhan
10. Layout lama yang tak ditukar (5/5)
Kesemua blog popular menggunakan layout blog yang sama lebih daripada setahun dan ada yang dah bertahun-tahun. Paling minima pun adalah menukar banner pada header sahaja. Ini membuktikan bahawa:
- Mereka lebih menumpukan pada content kerana content adalah apa yang dicari oleh pembaca dan juga menjadikan blog mereka terkenal
- Pembaca tidak kisah dengan layout kalau content yang disediakan menarik, releven dan berguna
250 Comments
kakyong masih tak berjaya buat related post utk blog.. sbb blog dah pindah guna blogspot semula.. dah byk kali cuma buat, manjang x jadi… sbb lain x mau guna linkwithin tu… la ni memang belum jumpa kod yg betul utk related post blog..
Curahan rasa kakyong @ ..Baru umur 7 & 8 tahun : sudah pandai pecah rumah
hahahah!! terkono den. memang tak suka sangat tukar theme. selesa dgn theme yg simple. yg penting content tp sebenarnya nak kata sebab xtukar tu sebab malas, okbye.hehehehehehe. bagus entry ni Ariff!!
Curahan rasa Lizz @ ..Tips Percuma – Menjadi Blogger Yang Berjaya
sme lah kitew theme simple mdh dan loading pun xbrpew lme…:)
Curahan rasa amie7834 @ ..Membenarkan Atau Mendustakan Perkara Baik
Aku pun sebenarnya malas nak tukar theme. Leceh woo…
aku tgk ko mcm rajin je rep
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
aku baru dua kali tukar layout blog. *kemalasan
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
sekarang layout blog sume header besar2..
setakat ni saya tak terpengaruh lagi..
mungkin suka pada yang simple2 aje… ^^,
dan suka buat ikut suka hati aje.. hehehe..
Curahan rasa Faaein Talip Roy @ ..Bicara Lensa # 112: Cuaca Yang Indah!
saya suka search bar ada dlm blog. leh search2 dengan cepat haha
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
Seeloknya gunakan Google search dalam blog, terutamanya untuk pengguna WordPress
aku blogspot. LOL
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
Sama Ey… aku juga.
eya,sama kan :p
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
Blog saya didalam proses salin kulit baru kerana yang lama tiba-tiba ada masalah
kalau ada masalah, mmg wajib tukar. if tak, melarat masalah tu.hahaha
Curahan rasa Lizz @ ..Tips Percuma – Menjadi Blogger Yang Berjaya
wjib tukar tu….HARUS>>:)
Curahan rasa amie7834 @ ..Membenarkan Atau Mendustakan Perkara Baik
Setuju dengan semua elemen yang diberitahu.. terutama no 10 tu..
Curahan rasa Omar @ ..Penipuan melalui platform Punchtab
Saya rasa kalau template/layout diganti rasanya akan agak aneh bagi pengunjung blog. Seperti ada sesuatu yang hilang selain itu pergantian template tidak memberi dampak yang bagus dimata search engine kecuali bila template yang dipilih 100% tervalidasi
Ulasan yang sangat bagus, trims untuk denaihati dan ariffshah…
Curahan rasa Rina As @ ..Cara Mencegah Blog dari Blacklist Google Akibat Terinfeksi Malware
bro affan,bila nak ajar macam mana nak buat sidebar macam no 6 tu?aku nak tiru :p
Curahan rasa Pacifista @ ..Oktober 11: 10 Rakan Blogger Pacifista Paling Ramah…
eh silap taip pulak.bro ariffshah la :p
Curahan rasa Pacifista @ ..Oktober 11: 10 Rakan Blogger Pacifista Paling Ramah…
kena buka class CSS macam ni
yuran FREE kan? kekekee
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
hehe…boleh je bro 😀 nak kena bayar yuran pun takpe :p
Curahan rasa Pacifista @ ..Oktober 11: 10 Rakan Blogger Pacifista Paling Ramah…
memang sangat setuju dengan pendapat kat sini.
huhuhu..blog ku masih belum mampu untuk tetapkan diri.
Curahan rasa nik @ ..sholihah collection untuk pencinta tudung
Nampaknya kena overhaul lagi theme blog lepas ni…
Curahan rasa Steward John @ ..Happy Halloween
Menyokong semua kenyataan di atas.
Curahan rasa Hisyamz @ ..Samsung Galaxy W – Murah Tapi Berkuasa
penelitian yg bgs.
sememangnya ciri2 ini perlu diberi perhatian oleh blogger2 lain yg nk sehebat mereka
Curahan rasa ekspresiruang @ ..GRAB Thai Street Kitchen Oleh Mansikkamäki+JOY
ada 2 kekurangan dalam blog aku dari apa yang dinyatakan oleh bro ariffshah, subscribe dan search bar yang masih menggunakan yang sedia ada.nampaknya kena adjust cikit lepas ni 🙂
Curahan rasa Pacifista @ ..Oktober 11: 10 Rakan Blogger Pacifista Paling Ramah…
subscribe tu xsure nk ltk cmne utk blog blogspot cm aku ni
Curahan rasa ekspresiruang @ ..GRAB Thai Street Kitchen Oleh Mansikkamäki+JOY
takyah ikut macam theme tu bro kalau nak buat subscribe tu.ko sediakan ruangan untuk visitor subscribe ko punya rss je.tu yang terbaik…
kalau jumlah subscriber tu dah lebih ratus2 atau ribu2 baru ko tayang kat blog tu.hehe :p
Curahan rasa Pacifista @ ..Oktober 11: 10 Rakan Blogger Pacifista Paling Ramah…
tu la, rs segan lak nk tyg jumlah subsriber yg xsmpai triple digit ni. hahah
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Minimalis Tidak Bererti Kosong
haha…aku nak 2 digit pun susah :p
Curahan rasa Pacifista @ ..Oktober 11: 10 Rakan Blogger Pacifista Paling Ramah…
kite pn pakai blogspot jugak hik hik hik
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
Boleh guna feedburner. Then dari feedburner, ada function subscribe
aah aku skrg ni pakai feedburner, yg tu pn dlu ko gak ajar hahahaha
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
Blog saya banyak kekurangan. akan cuba memperbaiki kelemahan tersebut.
sokong di situ….
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Harga Baru Satay Kajang Haji Samuri Bermula 1 November 2011
blog bro pun boleh tahan jugak 😀
Curahan rasa Pacifista @ ..Oktober 11: 10 Rakan Blogger Pacifista Paling Ramah…
Comments are closed.