10 Elemen Rekabentuk Yang Digunakan Oleh Blog-Blog Popular Malaysia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Ariff Shah tuan punya blog.ariff Blogger Malaysia semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Sebelum ini sudah beberapa kali Ariff Shah menjadi penulis jemputan antaranya entri “Tips Untuk Blogger WordPress Baru“ dan “Menjawab Persoalan Tentang H Tags“. Jom kita baca entri menarik ini :

Kali ini saya ingin mengetengahkan 10 elemen rekabentuk yang boleh dilihat dalam 5 blog popular Malaysia iaitu BeautifulNara, Blog Serius, Oh! Tidak, Red Mummy dan Amanz. Pada pendapat saya elemen-elemen ini mempunyai kepentingannya sendiri dalam kejayaan sesebuah blog.

Bahagian Header

1. Logo/banner yang besar (5/5)

Kesemua blog yang disenaraikan mempunyai logo atau banner yang besar pada header. Ini adalah penting dalam penjenamaan blog anda. Kalau anda masih lagi menggunakan teks sebagai header blog, silalah bertukar kepada banner yang original. Banyak freelance designer di luar sana yang boleh mengambil tempahan untuk membuat banner header blog.

Banner besar seperti di Blog Serius adalah tarikan kepada pengiklan korporat. Pengiklanan secara terus dengan client adalah lebih menguntungkan kerana ketiadaan orang tengah (syarikat pengiklanan).

2. Search bar (4/5)

4/5 blog yang tersenarai mempunyai search bar pada header mereka. Search bar memudahkan pembaca mencari maklumat/blogpost yang mereka kehendaki di dalam blog anda. Untuk pengguna WordPress, adalah sangat digalakkan supaya fungsi search dalam WordPress ditukarkan kepada Google Search kerana search engine yang sedia adalah tidak bagus.

3. Subscribe (3/5)

3/5 blog meletakkan kemudahan untuk pembaca melanggan kemaskini RSS blog mereka pada header. Dengan memaparkan bilangan subsriber blog anda, ia akan menjadi galakan kepada pembaca lain untuk melanggan sekaligus menambah bilangan pembaca tetap blog anda.

Angka ini akan sentiasa bertambah sekiranya apa yang ada di blog dikekalkan dan content blog anda masih boleh diterima oleh pembaca. Asalkan jangan buat musuh dengan orang, sudah.

Bahagian Content/Entri

4. Social share button (4/5)

4/5 blog mempunyai sekurang-kurangnya satu social share button. Minimum yang perlu ada pada setiap entri adalah butang Facebook Like. Tentang kedudukan social share button ini adalah sangat subjektif, ada yang berpendapat bahawa social share jenis scrolling adalah terbaik kerana mendapat maximum exposure daripada pembaca dan ada juga berpendapat ianya perlu diletakkan di hujung entri untuk memudahkan pembaca mengkongsikan entri tersebut setelah mereka selesai membaca. Social share button yang bukan jenis scrolling juga tidak menyesakkan pandangan atau mengganggu pembacaan entri.

Apa-apa pun, saya berpendapat bahawa entri yang bagus sudah tentu akan dikongsi oleh pembaca. Dalam hal perkongsian ni, konsep content is king adalah yang paling utama yang perlu diikuti.

5. Related Post (3/5)

3/5 blog menggunakan related post di mana dua daripadanya menggunakan plugin mudah seperti Linkwithin. Untuk blog jenis hiburan seperti Blog Serius, Oh! Tidak dan BeautifulNara, adalah sangat berkesan sekiranya Linkwithin digunakan pada blog tersebut kerana setiap hampir setiap entri memaparkan imej dan tajuk yang menarik.

Untuk niche blog, related post dapat membantu mewujudkan pautan antara entri-entri berkaitan yang menggunakan keyword yang sama sekaligus memberikan kesan yang lebih optima dalam SEO.

Sidebar

6. Social Connect (5/5)

blog.ariff – kalau baik hati, tolong +1 Google tu..

Social connect yang paling popular digunakan adalah Facebook page dan diikuti dengan Twitter. Bilangan yang ada pada social network adalah bukti kekuatan dan populariti blog/laman web tersebut.

Social network juga boleh digunakan untuk mendapatkan pembaca baru melalui interaksi dua hala dengan fans di Facebook page ataupun dengan menyediakan content menarik yang boleh dikongsikan dengan orang lain. Tweet yang menarik akan di-retweet dan lebih ramai lagi akan mengikuti kita di Twitter sekaligus menambah bilangan pembaca blog.

7. Popular Post (5/5)

Popular post adalah penting lebih-lebih lagi kepada pembaca baru di blog kita. Melalui popular post, pembaca baru dapat memahami dengan lebih lanjut keistimewaan yang ada di blog kita berdasarkan content menarik yang telah menjadi bacaan ramai.

8. Archive & Category (4/5)

Antara archive dengan category, pada pendapat saya category juga merupakan elemen penting yang perlu ada pada sidebar. Melalui category, pembaca boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang niche atau topik utama blog tersebut, atau mungkin minat blogger tersebut (personal blog).

Catergory juga memudahkan pembaca memilih entri yang mereka ingin baca.

9. Ads (5/5)

Sumber pendapatan blog popular tentulah daripada pengiklanan dan iklan pada kebiasaannya diletakkan statik di sidebar. Iklan scrolling berdekatan scrollbar adalah tidak digalakkan kerana nampak tidak kemas dan tak professional.

Rekabentuk Keseluruhan

10. Layout lama yang tak ditukar (5/5)

Kesemua blog popular menggunakan layout blog yang sama lebih daripada setahun dan ada yang dah bertahun-tahun. Paling minima pun adalah menukar banner pada header sahaja. Ini membuktikan bahawa:

  • Mereka lebih menumpukan pada content kerana content adalah apa yang dicari oleh pembaca dan juga menjadikan blog mereka terkenal
  • Pembaca tidak kisah dengan layout kalau content yang disediakan menarik, releven dan berguna

Spread the love

250 Comments

  1. Saya setuju dengan point2 diatas kecuali point yang pertama. Header besar dan menggunakan banner bukan penentu dalam mempopularkan dan penjenamaan sesebuah blog. Penjenamaan sesebuah blog lebih kepada penggunaan nama yang mudah diingat, warna, dan tagline yang digunakan. Lihat saja blog2 otai seperti mashable.com, problogger.net, johnchow.com, paultan dan ramai lagi yang masih mengekalkan menggunakan text logo. Mereka ini adalah internet marketer yang menggunakan medium blog untuk menjana pendapatan dan telah banyak membuat try n error. Cadangan untuk bertukar daripada text logo kepada banner sebenarnya lebih kepada monetization opportunity kepada blog2 yang sudah mempunyai nama dan jenama yang kukuh. Bagi saya, lebih prefer text logo sampai bile2. Ape pun, nice entry, terima kasih dan saya sangat setuju dengan point2 yang lain.
    Curahan rasa Akmalnizam @ ..Volunteering Activity – Mengemas barangan untuk Jualan Amal Islamic ReliefMy Profile

    1. Point taken. Sebenarnya, branding macam tu lebih kepada personal blogs dan jenis banner yang dimaksudkan adalah banner jenis imej yang mungkin ada memaparkan wajah tuan punya blog. Nama pun personal blog kan.

      Apa-apa pun ini hal banner dan branding ni sangat subjektif, cuma penekanan dalam entri ni adalah untuk pemilik blog personal yang menjadi majoriti pembaca di blog Denaihati. Jadi itulah sebabnya point tu saya ketengahkan.

  2. Eizil
    Bahagian pengiklanan tu ramai yang terlalu ingin menjana pendapatan, sehingga lupa tujuan sebenar artikel ditulis, banyak blog yang guna floating ads yang menyebabkan isi kandungan tertutup, ini hanya akan merugikan, kerana pembaca tidak akan datang semua kerana tahu gangguan tersebut.
    Curahan rasa Eizil @ ..Peluang untuk memenangi Photoshop percuma seumur hidup

    betul tu.. floating ads memang sangat2 mengganggu.. dah banyak blog yg aku selalu masuk tiba2 pasang floating ads.. memang sampai ke sudah aku tak masuk dah blog tu.. tu baru aku sorang.. kalau ada pelawat yg lain2 pun rasa macam tu, memang merugikan tuan punya blog la.. diorang tak fikir ke yg mana lagi penting, duit atau pelawat? pasang la iklan banyak mana pon kalau pelawat makin berkurang takde apa manfaatnya..
    Curahan rasa Anarm @ ..Plugin Waktu Solat Daripada DenaihatiMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!