Assalammualaikum dan salam sejahtera
Bekas presiden Mesir, Dr. Mohamed Morsi meninggal dunia ketika perbicaraan di mahkamah pada Isnin 17 Jun 2019.
Menurut laporan media tempatan, Dr. Morsi rebah selepas penutup sesi perbicaraan di mahkamah dan meninggal dunia sejurus selepas itu.
Mohamed Morsi Isa al-Ayyat (lahir pada 20 Ogos 1951) ialah ahli politik Mesir dan Presiden Mesir yang kelima, serta Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Mesir antara 2012 dan 2013.
Seperti yang kita tahu, Dr. Morsi merupakan Presiden Mesir pertama yang dipilih secara demokrasi pada tahun 2012 iaitu selepas Hosni Mubarak digulingkan.
Apa yang lagi menarik, Dr. Morsi ini berasal dari pertubuhan paling kontroversi di Timur Tengah iaitu Ikhwanul Muslimin. Walaupun begitu, impian Ikhwanul Muslimin untuk mentadbir Mesir tidak kekal lama kerana setahun selepas itu Dr. Morsi digulingkan.
Beliau digulingkan oleh tentera pimpinan Ketua Tentera Mesir , Abdel Fattah al-Sisi pada 30 Jun 2013.
Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.
5 Comments
Innalillah wainna lillahi rojiuun,
Al fatihah.
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org-orang yg beriman.
Al-fatiha.. semoga ada lagi pemimpin yang seberani Dr Morsi.. perjuangan beliau perlu diteruskan
Curahan rasa JMR @ ..Retro Game, Imbau Memori Lama
Hilangnya seorang lagi pemimpin hebat. In syaa Allah akan lahir lebih ramai Morsi dalam kalangan umat islam lepas ni
Curahan rasa Sakinah Hamid @ ..5 Jenis Ubat Selsema yang Selamat untuk Bayi dan Kanak-kanak
Innalillah wainna lillahi rojiuun. Kehilangan yang pastinya disusuli teori konspirasi selepas ini.
Curahan rasa SENTIASA PANAS @ ..Kenapa Pahala Membaca Surah Al-Ikhlas Bersamaan Sepertiga Al-Quran?
Innalillah wainna lillahi rojiuun,
Al fatihah…
Allah hu akbar..
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org² yg beriman.
Comments are closed.