Dr. Mahathir Mohamad selamat ulang tahun ke 87

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, belum terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat ulang tahun ke 87 kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad mantan Perdana Menteri, Malaysia ke empat. Dilahirkan pada 10 Julai 1925 dan menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun bermula 1981 sehingga 2003. Dr. Mahathir agak dekat dengan aku kerana tidak terbilang bertemu dengan beliau samada berkumpulan atau bersendirian. Lewat sehari sahaja dari ulang tahun my belove wife.

Masih teringat lagi kali pertama bertemu ketika beliau dimasukan ke HUKM untuk rawatan kaki sekembali daripada lawatan rasmi dari Mesir. Selama tujuh hari aku menguruskan makan minum beliau dan hanya aku sahaja dibenarkan oleh pihak pengurusan hospital untuk menghidangkan makanan kepada Dr. Mahathir setiap kali tiba waktu makan. Beberapa kali juga hanya aku sendiri berdiri di hadapan beliau tanpa ditemani sesiapa ketika beliau menikmati makanan yang disediakan. Berbagai kata nasihat sempat beliau kongsikan yang terus menjadi pedoman untuk aku menjadi insan yang berjaya.

Tun Dr. Mahathir Mohamad

Aku juga diberi penghormatan untuk menyediakan makanan di majlis perpisahan Dr. Mahathir di Pejabat Perdana Menteri pada tahun 2003.

Kerana itu Dr. Mahathir sangat istimewa kepada aku kerana jasanya kepada Malaysia terlalu besar walaupun ramai yang cuba memadamkan sejarah cemerlang beliau.

Dr. Mahathir Mohamad, selamat ulang tahun ke 87 semuga berjaya dunia dan akhirat.

Memang benar seperti kata Dr. Mahathir “Perjuangan yang Belum Selesai


Spread the love

158 Comments

  1. Ketokohan beliau terserlah, kehebatan idea beliau dlm membuat pembangunan di Malaysia diterima ramai, sering kali menentang segala ketaksuban tehadap sebuah parti pembangkang, hinggakan segala pemimpin mereka ujarkan menerima bulat2 tanpa dipertikai.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan ArsenalMy Profile

  2. Wawasan 2020, menjadi agenda beliau seumur hidup, menjadi nadi dan inspirasi rakyat Malaysia utk sama2 berganding bahu mencapai impian sebuah negara maju menjelang 2020. Idea beliau masih hangat berjalan ketika ini. Menjadi satu titik utk generasi akan datang utk menjayakan wawasan 2020, menjadi inspirasi rakyat terhadap cetusan idea beliau yg bijak, pandai, pintar dan bergeliga.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan ArsenalMy Profile

  3. Beliau amat dikenali di seluruh dunia dgn ketegasan beliau dlm forum antarabangsa PBB, Komenwel, OIC, Asia, Asean, G7 dll. Beliau juga amat tegas dlm isu Palestine, sanggup menghentam negara Israel, sesekali menyindir bangsa Yahudi.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan ArsenalMy Profile

  4. Assalam, saya pun amat kagum dengan perjuangan DR. Mahathir… Beliau seorang yg sangat hebat dan mempunyai banyak jasa kepada negara…

    1. Begini adab manusia, bila dia di tampuk pemerintahan, segala dasar2nya sering dikritik hebat, konon2 nya Dr M ini, seorang yg diktator ketika menjadi PM dan bila saja meletak jawatan dlm kerajaan dan bersara, segala jasa2 nya tak terhitung byknya. Menjadi kenangan sepjg zaman dan tercatit dlm lipatan sejarah negara.
      Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan ArsenalMy Profile

  5. Selamat Hari Lahir ke 87 Tun Dr. Mahathir..

    Tun Dr. Mahathir adalah pemimpin yang saya hormati dan saya sanjungi sehingga kini.. Terlalu banyak jasa yang telah beliau sumbangkan kepada negara kita Malaysia..

    Setakat ini, beliau adalah antara pemimpin yang terbaik di dunia.. Berani bersuara untuk menengakkan kebenaran.. Jasamu akan ku kenang sampai bila-bila..
    Curahan rasa Anuar @ ..Menuntut Ilmu Keusahawanan untuk bakal pelajar saya..My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!