Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kalau sebelum ini peminat buku gila dengan big bad wolf 2014 yang menyediakan diskaun sehingga 95% kali ini giliran buku-buku Melayu terbitan Karangkraf.
Edisi ketujuh Karnival Karangkraf kini kembali lagi untuk orangramai. Diskaun hebat untuk produk terbitan Karangkraf seperti majalah, novel, buku, Al-Quran dan akhbar Sinar Harian sehingga 80%. Dengan menggunakan Tagline “kami ada semuanya” sudah pastinya karnival ini semakin meriah dengan pelbagai aktiviti yang telah disediakan. Cetusan idea yang ditimbulkan oleh CEO Karangkraf ini menjadi aktiviti tahunan yang ditunggu-tunggu oleh pelbagai lapisan umur.
Karnival Karangkraf 2015 ini akan berlangsung dari 30 Januari 2015 sehingga 1 Februari 2015 dan antara aktiviti yang akan berlangsung secara umumnya adalah :
- Masakthon (Para penulis buku masakan Alaf 21 bakal bergilir-gilir menyediakan masakan dengan resepi istimewa mereka.)
- Bengkel Penulisan Thriller,
- Demo Tudung,
- Sesi beramah mesra dengan novelis dan penulis, seperti Ramlee Awang Murshid, Damya Hanna, Zaifuzaman Ahmad, Batiah Hadi, Julia Basri, Ayu Emelda, Azilah Wahab & ramai lagi.
- Maskot-maskot kartun kegemaran ramai seperti Upin & Ipin, Boboiboy, Chichi Chacha, Supersquad
cosplay anime untuk menghiburkan para pengunjung
Aktiviti menarik pada hari Sabtu 31/1/2015 pula adalah:
- Ceramah Perdana dan Pelancaran buku Ustaz Kazim Elias,
- Forum Bicara Cinta Anak Muda, yang dibawakan oleh Majalah I akan menampilkan PU Azman, PU Yusof , Heliza Helmi dan Amin Idris selaku moderator. Selain forum, pengunjung bakal disajikan dengan persembahan pemenang Anugerah Nasyid IKIM 2014, Daqmie.
Bagi yang ingin datang pada hari Ahad 1/2/2015, jangan lepaskan peluang untuk:
- Temui 20 Finalis Dewi Remaja
- The Largest Frozen Kids Gathering yang dianjurkan untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun dan ke atas berpakaian seperti Elsa dan Anna.
- Mini Konsert 30 Tahun Media Hiburan, ramai artis popular yang akan membuat persembahan, antaranya, MOJO, Ajai, Amelina, Awie Rafael dan banyak lagi.
Selain itu antara tarikan Karnival Karangkraf kali ini adalah Famous Food Truck yang semakin dikenali ramai dan tidak ketinggalan menu popular The Pisang Cheese. Terdapat juga lebih 14 gerai makanan dan minuman yang kita bawakan kepada pengunjung dengan pelbagai menu menarik dan lazat.
Antara Kemudahan yang disediakan kepada para pengunjung;
- 2000 parkir percuma.
- Gerai jualan makanan dan minuman
- Kemudahan Surau dan Solat Jumaat.
- Khidmat Bas Rapid ulang-alik disediakan secara percuma.
(Laluan Bas :
Masjid Negeri Shah Alam— Petronas Dataran Automobil Seksyen 15—Karangkraf —SACC.
Event : Karnival Karangkraf 2015
Masa : 9.00 Pagi – 7 Malam ( Jumaat, Ahad)
9.00 Pagi – 11.00 Malam (Sabtu)
Tempat: Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia untuk lulus temuduga kerja kerajaan! Klik Sini
Rahsia Untuk Lulus Temuduga Kerjaya samada kerajaan atau swasta! Klik Sini
Rahsia menulis resume yang akan membuatkan bakal majikan jatuh cinta! Klik Sini
Rahsia main Instagram 1 jam sehari, dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini
Rahsia Main Facebook 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini[/box]
No related posts.
85 Comments
aktiviti-aktivitinya best2…tapi ada kenduri kahwin lah waktu tu huhu
Curahan rasa siti hazreen @ ..Tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor Sesi Pertama Tahun 2015
bestnya kalau dapat pergi nie..banyak pengalaman baru boleh kita perolehi
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Formula Terhebat Untuk Menjadi Jutawan
Ni lah kesempatan utk ulat ukat buku nak beli buku dengan harga murah
Curahan rasa nikkhazami @ ..JADUAL LIGA SUPER KELANTAN 2015
kalau ulat buku memang wajib pergilah…heeee, yg tak ulat pun mungkin jadi ulat bila sampai sana.
Curahan rasa Denaihati @ ..Malaysia Best Blog 2015
Syoknya tapi malangnya agak sibuk antara waktu yang dia buat . Sob Sob Sob
Curahan rasa Ron Asraff @ ..Siapa disebalik Pemuzik Jalanan yang Tun Dr. Mahathir berikan sumbangan
Alahai syoknye…dah lame tak pegi program2 camni… Nak p sian baby kecik…
Curahan rasa huda @ ..Vivix, Alfafa dan Vita-lea For Children Pembuka 2015
Satu karnival yang menarik untuk dikunjungi dihujung minggu ini bagi memenuhi masa yang terluang. Asalkan bukan buat kat gombak…OK! Jem teruk di Batu Caves…huhu
Curahan rasa BM @ ..Azam Baru Kekalkan Planet Biru Agar Tidak Di Buru
buku pasal pendidikan ada banyak tak jual kali nih?
susah nak jumpa buku yang best-best nih..
Curahan rasa ohcikgu @ ..Pasukan Bola Baling Sekolah Saya tewas di FINAL.
kena kesana tengok…heee. mesti banyak buku yg best punyalah, bawak isteri borong banyak2 yer…
Curahan rasa Denaihati @ ..Persediaan menghadapi kemerosotan ekonomi dunia
Menarik ni. Boleh la nak dapatkan buku-buku keluaran Karangkraf pada harga diskaun. 80 peratus ni kira banyak jugaklah compare harga yang selalu offer dalam Pesta Buku Antarabangsa.
Curahan rasa Sylarius Yusof @ ..Facebook Down dan mengimbau era awal Millenium Aku
Nampak macam menarik karnival nih, sesuai benar kalau nak borong buku.
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Trafik Blog Bagi Tahun 2014
waii.. rasa macam nak terjah je… tapi weekend ni kami pulak ada hal..
Curahan rasa kesoma.rai @ ..Kelas Istimewa di Legoland
seronok nye… bermacam aktiviti ada…. Boleh lah mengisi masa lapang bersama keluarga.
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..Kuasai Aliran Tunai Anda
SERIUS?? diskaun sehingga 80% tu!.. Tak sabarnya nak sambar novel terutamanya karya Ramlee Awang Murshid, buku-buku jahitan, sulaman dan masakan!
freekan masa hujung minggu ni kesana lah. InsyaAllah memang takkan rugi,
Curahan rasa Denaihati @ ..Semakan Keputusan Peperiksaan STAM 2014
Mesti meriah sangat nanti kan. Banyak pulak diskaun tu sampai 80%! Hebat.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Mini GiveAway Kiss Proof Lipstik
insyaallah berkesempata sy mmg nak pergi, masa ni lah kita kenal produk tempatan
macam meriah je ni..expo ni sebenarnya antara tempat yang dah lama mak jemah tak jejakkan kaki..mungkin boleh mulakan dengan yang ni..
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Kesian Kakak Mama Tak Masak
semestinya meriah ni, dgn aturcara menarik tu. jom ambil peluang kesana…
Curahan rasa Denaihati @ ..1 Komen untuk RM1 kepada mangsa banjir
Comments are closed.