Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kalau sebelum ini peminat buku gila dengan big bad wolf 2014 yang menyediakan diskaun sehingga 95% kali ini giliran buku-buku Melayu terbitan Karangkraf.
Edisi ketujuh Karnival Karangkraf kini kembali lagi untuk orangramai. Diskaun hebat untuk produk terbitan Karangkraf seperti majalah, novel, buku, Al-Quran dan akhbar Sinar Harian sehingga 80%. Dengan menggunakan Tagline “kami ada semuanya” sudah pastinya karnival ini semakin meriah dengan pelbagai aktiviti yang telah disediakan. Cetusan idea yang ditimbulkan oleh CEO Karangkraf ini menjadi aktiviti tahunan yang ditunggu-tunggu oleh pelbagai lapisan umur.
Karnival Karangkraf 2015 ini akan berlangsung dari 30 Januari 2015 sehingga 1 Februari 2015 dan antara aktiviti yang akan berlangsung secara umumnya adalah :
- Masakthon (Para penulis buku masakan Alaf 21 bakal bergilir-gilir menyediakan masakan dengan resepi istimewa mereka.)
- Bengkel Penulisan Thriller,
- Demo Tudung,
- Sesi beramah mesra dengan novelis dan penulis, seperti Ramlee Awang Murshid, Damya Hanna, Zaifuzaman Ahmad, Batiah Hadi, Julia Basri, Ayu Emelda, Azilah Wahab & ramai lagi.
- Maskot-maskot kartun kegemaran ramai seperti Upin & Ipin, Boboiboy, Chichi Chacha, Supersquad
cosplay anime untuk menghiburkan para pengunjung
Aktiviti menarik pada hari Sabtu 31/1/2015 pula adalah:
- Ceramah Perdana dan Pelancaran buku Ustaz Kazim Elias,
- Forum Bicara Cinta Anak Muda, yang dibawakan oleh Majalah I akan menampilkan PU Azman, PU Yusof , Heliza Helmi dan Amin Idris selaku moderator. Selain forum, pengunjung bakal disajikan dengan persembahan pemenang Anugerah Nasyid IKIM 2014, Daqmie.
Bagi yang ingin datang pada hari Ahad 1/2/2015, jangan lepaskan peluang untuk:
- Temui 20 Finalis Dewi Remaja
- The Largest Frozen Kids Gathering yang dianjurkan untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun dan ke atas berpakaian seperti Elsa dan Anna.
- Mini Konsert 30 Tahun Media Hiburan, ramai artis popular yang akan membuat persembahan, antaranya, MOJO, Ajai, Amelina, Awie Rafael dan banyak lagi.
Selain itu antara tarikan Karnival Karangkraf kali ini adalah Famous Food Truck yang semakin dikenali ramai dan tidak ketinggalan menu popular The Pisang Cheese. Terdapat juga lebih 14 gerai makanan dan minuman yang kita bawakan kepada pengunjung dengan pelbagai menu menarik dan lazat.
Antara Kemudahan yang disediakan kepada para pengunjung;
- 2000 parkir percuma.
- Gerai jualan makanan dan minuman
- Kemudahan Surau dan Solat Jumaat.
- Khidmat Bas Rapid ulang-alik disediakan secara percuma.
(Laluan Bas :
Masjid Negeri Shah Alam— Petronas Dataran Automobil Seksyen 15—Karangkraf —SACC.
Event : Karnival Karangkraf 2015
Masa : 9.00 Pagi – 7 Malam ( Jumaat, Ahad)
9.00 Pagi – 11.00 Malam (Sabtu)
Tempat: Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia untuk lulus temuduga kerja kerajaan! Klik Sini
Rahsia Untuk Lulus Temuduga Kerjaya samada kerajaan atau swasta! Klik Sini
Rahsia menulis resume yang akan membuatkan bakal majikan jatuh cinta! Klik Sini
Rahsia main Instagram 1 jam sehari, dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini
Rahsia Main Facebook 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini[/box]
No related posts.
85 Comments
Marilah tanam semangat membaca buku…jangan beli komik je hehehe
Curahan rasa hafizi @ ..Tahniah Yana Samsudin Duta Sofeeya Diamond
itu la masalah saya.. tak minat baca buku.. kena ubah sifat ni.. rugi..
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Resipi Datin Tyka : Ayam Ala Kenny Roggers
kalau ekin dekat ni gilo dah nak g beli ni…..
Curahan rasa Cik Ash @ ..Selamat Hari Lahir Buat Saya
dekat 80% potongan harga diskaun.
memang banyak tuh.
kalau ada masa, memang nak pegi.
Curahan rasa ohcikgu @ ..Tugas dan peranan Chaperon
Bile la dapat pegi ni..mase belum mengizinkan…tapi dah nak habis tarikh
bestnye…..mesti banyak novel yg menarik…berlumba-lumba ngan Big Bad Wolf pulak…
Curahan rasa Alin Marlini @ ..Langit Terbuka
semestinya lah… perlumbaan bagus, kita pengguna pun ada banyak untungnya, dapat buku dgn harga murah..
Curahan rasa Denaihati @ ..Persediaan menghadapi kemerosotan ekonomi dunia
bestnye kalau dok KL boleh borong buku banyak banyak. buat stok banyak banyak
Curahan rasa nikkhazami @ ..JADUAL LIGA SUPER KELANTAN 2015
Assalam. Wah bestnya. Tapi jauh huhu. Teringin mo pegi. Mo gi beli buku, majalah awh mai bestnya… huhu.. sabah plsssss..
Jom lepak2 lalu2 blog emy. Banyak info menarik antaranya tips banyakkan air susu, tips rumahtangga bahagia, penyakit awal anak, jangan makan vitamin c
http://[email protected]
oh karangkaf ada buat karnival ya, 80% untuk buku dan majalah saya angap ia sangat murah dan berbaloi untuk dibeli
Curahan rasa onlajer @ ..Malaysia Best Blog 2015
memang murah sangatlah, waktu sesuai untuk borong banyak2. stock setahun ke…
Curahan rasa Denaihati @ ..Kerjaya Impian selepas tamat belajar
wah mcm best ja karnival ni ya…jauh la pulak kalau dekat mesti terjah juga
Curahan rasa adna2029 @ ..Giveaway Mudah di blog amirnawawi.com.
Boleh pergi ni, ada diskaun sehingga 80%, banyak tu…. moga rakan-rakan semua pergi ke karnival tersebut.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Laman Web MAS Digodom
Sayangnya saya tak berkesempatan untuk datang karnival ni….pasti seronok kalau boleh beli buku kat sini….
Curahan rasa nila anggraini @ ..12 Tanda-Tanda Usus Kotor Yang Perlu Anda Ketahui
Wah,bagi yang berkesempatan boleh la datang bawah keluarga. 🙂
p/s: bila pula giliran denaihati.com nak buat karnival? hehe
Curahan rasa suhiminain @ ..Gaza : Projek Bantuan Makanan “Feed a Kid”
InsyaAllah. kalau ada rezeki dan dgn izinya akan datang. Sesuai bawak satu keluarga…
Curahan rasa Denaihati @ ..Kerjaya Impian selepas tamat belajar
macam menarik je..tak pernah pergi pun mana-mana karnival anjuran karangkraf ni..
Curahan rasa jejaka penyu @ ..Servis buat aplikasi android untuk blog dan laman sosial anda
diskaun mestilah sesak dan ramai yang datang, semua nak manfaatkan peluang lagi
Curahan rasa blogger bumi lasinrang @ ..Dosa Jariyah (Dosa yang terus Mengalir)
saya dan keluarga bercadang untuk datang di hari jumaat, mudah mudahan kurang sesak masa tu.
Curahan rasa Dr Fattah @ ..Pengenalan Latihan Separa Perubatan Gred U29
Comments are closed.