Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masih ingat lagikan entri bagaimana ramai yang keliru antara kubah Dome of the rock dan kubah Masjid Al Aqsa dan jejak para Rasul di sekitar Masjid Al Aqsa di Baitulmuqaddis. Ramai pembaca juga tertarik dengan kisah kembara kami menjejaki makam-makam dan tempat lahir Para Rasul di bumi Palestine dan apa yang kami jejaki hanya sebahagian kecil daripada banyak kisah para Rasul yang Allah turunkan di bumi Syam.
Lima hari di bumi Palestine memang tidak mencukupi sebab itu kalau ada lebih dana lebih baik buat lawatan khas ke Palestine kalau sekadar singgah sebentar sebelum pergi umrah memang tak mencukupi.
Terlalu banyak tempat yang boleh dilawati di Palestine bukan sekadar solat di Masjid Al Aqsa yang mendapat ganjaran 500 kali dan melihat batu yang dikatakan terapung di Dome of the rock sahaja.
Kami bergerak dari Baitulmuqaddis menuju ke bumi Jordan melalui Tel Aviv, Haifa dan bermalam di Tiberias.
Dahulunya aku fikir Israel hanya negara untuk yahudi sahaja tetapi terkejut apabila melihat berpuluh-puluh buah masjid yang besar terdapat di bumi Israel. Baru aku teringat dahulunya Israel adalah negara Palestine yang diserah kepada yahudi secara paksa oleh penjajah pada tahun 1948 dan kemudian Israel menjajah lebih daripada 30% bumi Palestine lagi selepas peperangan “6 days war” pada tahun 1967.
Penjajahan Israel ke atas bumi Palestine menyebabkan sebahagian umat Islam secara automatik menjadi rakyat Israel kerana berada dalam bumi Israel. Kami singgah di sebuah masjid untuk solat jamak zuhur dan asar disalah sebuat masjid di bumi Israel. Khabarnya ada beberapa markas jemaah tabligh di dalam Israel.
Kami singgah bermalam di bandar Tiberias sebuah bandar yang dibina sejak zaman Rom dipinggir Tasik Galilee atau tasik Tiberia. Tasik Tiberia atau Tasik Galilee terbentang luasnya lebih 40 km panjang seperti lautan yang hujungnya adalah Bukit Golan yang dijajah oleh Israel daripada Syria.
Ada juga yang memanggil tasik ini sebagai Laut Galilee yang banyak dengan kisah Nabi Isa a.s terutama bot Nabi Isa a.s yang tenggelam di tasik ini. Beberapa tahun lepas Tasik Tiberia mengering kerana digunakan sebagai sumber minuman Israel tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini paras air tasik telah meningkat beberapa meter.
Apa pentingnya Tasik Tiberia sehingga kami datang ziarah??
Tasik Tiberia ada disebut dalam hadis dengan kisah akhir zaman. Dajjal tidak akan keluar selagi Tasik Tiberia belum kering kerana diminum oleh Yakjuj dan Makjuj. Selepas minum air Tasik Tiberia sehingga kering Yakjuj dan Makjuj akan bermaharajalela sehingga akan mati bergelimpangan diserang cacing halus setelah Nabi Isa a.s berdoa memohon pertolongan dari ALLAH dan mayat-mayat yang terlalu banyak bergelimpangan ini akan dibawa oleh burung yang lehernya seperti unta ke tempat lain.
[box type=”shadow”]”Aku telah jadikan di antara hamba-hamba Ku segolongan manusia (yakjuj & makjuj) yang tidak dapat dikalahkan; bawa orang-orang ini dengan selamat ke Tur, Kemudian Allah SWT akan menghantar Yakjuj & Makjuj yang akan turun dari segenap cerun, yang pertama daripada mereka akan melewati tasik Tiberias (laut Galilee atau Kinneret) dan meminum airnya (menggunakan untuk hidup). Apabila yang terakhir dari mereka melewatinya, dan berkata: “Dahulu pernah ada air disini”. Nabi Isa a.s dan para sahabatnya kemudian akan terkepung disini (di Tur, dan mereka akan mengalami kesusahan yang teramat sangat) sehingga kepala seoekor lembu lebih bernilai dari 100 dinar. Nabi Isa a.s. dan para sahabat kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah SWt menghantar serangga yang akan menyerang leher-leher mereka dan mereka akan mati keesokkan paginya. Nabi Isa a.s. dan para sahabat akan turunke bumi dan mendapati bumi dipehuni oleh bau bangkai yang teramat busuk. Nabi Isa a.s. dan para sahabat berdoa kepada Allah SWT dan menghantar burung yang lehernya seperti unta yang akan mengankat bangkai-bangkai tersebut dan membuangnya ke tempat dipilih Allah SWT..” (Hadis Riwayat Muslim) [/box]
Dari Tasik Galilee kami bergerak memasuki ke bumi Jordan. Ditahan tanpa sebab lebih empat jam oleh imigresen Israel yang menjaga sempadan Jordan dan Palestine. Dari maklumat pemandu pelancong hampir semua rombongan Islam akan ditahan berjam-jam segaja untuk menyusahkan supaya tidak ada lagi yang berminat menziarahi saudara Islam Palestine.
Lokasi pertama yang kami jejaki di bumi Jordan adalah lokasi yang paling rendah di bawah aras laut dan paling masin di dunia iaitu Laut Mati.
Pada suatu masa dahulu Laut Mati berada 380 meter di bawah aras laut tetapi sekarang semakin kering berkurangan lebih 50 meter kepada 430 meter di bawah aras laut. Laut Mati semakin cetek kerana Israel telah menyekat sumber air yang masuk ke Laut Mati iaitu Sungai Jordan untuk dijadikan sumber air kepada rakyat Israel.
Air Laut Mati paling masin di dunia sehingga siapa yang mandi akan terapung secara automatik. Laut Mati tidak dapat dipisahkan dengan kisah Nabi Luth a.s dan pengikut-Nya yang mengamalkan seks songsang iaitu seks sesama lelaki dan seks sesama wanita. Akibat kedegilan pengikut Nabi Luth a.s maka Allah telah terbalikkan bumi sehingga menjadi lautan.
Daripada Laut Mati kami singgah di Masjid Nabi Shuaib a.s yang terletak di kawasan berbukit bukau di lembah Jordan. Di dalam Masjid Nabi Shuaib a.s terdapat makam Nabi Shuaib a.s. Nabi Shuaib a.s dan pengikut setianya telah diperintah ALLAH untuk berhijrah setelah pengikut lain berdegil menipu timbangan sehingga diturunkan azab dari ALLAH SWT.
Kisah Nabi Luth a.s dengan pengikut yang mengamalkan seks sonsang dan kisah Nabi Shuaib a.s dengan pengikut yang suka menipu timbang sedang berlaku berleluasa di dunia sekarang. Tunggu sahaja apa azab yang bakal ALLAH turunkan kepada kita semua.
Kami pengakhiri kembara kami dengan menziarahi Ashabul Kahfi yang kisahnya difirmankan oleh ALLAH SWT dalam Surah Al Kahfi. Bersyukur kepada ALLAH kerana telah memilih kami untuk memasuki gua tempat tujuh pemuda ditidurkan oleh ALLAH lebih 300 tahun. Setelah mengetahui mereka telah dibangunkan pada zaman yang berbeza maka mereka berdoa kepada ALLAH supaya dimatikan di dalam gua tersebut.
Mengikut penjaga ashabul kahfi ketujuh-tujuh pemuda telah dikebumikan di dalam gua tersebut dengan tujuh pusara yang akhirnya kesemua tulang dikumpulkan di dalam satu pusara.
[box type=”shadow”]”Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at, (Allah) akan menerangi dengan cahaya antara dua jum’at.” (H.R.Al-Hakim dan Al-Baihaqiy, dinyatakan hasan oleh ibnu Hajar dalam Takhrij al-adzkar)[/box]
[box type=”shadow”]”Barang siapa diantara kalian yang mendapatinya (Dajjal), hendaklah dia membacakan ayat-ayat pembuka surah Al-Kahfi kepadanya, karena bacaan itu melindungi kalian dari fitnahnya (Dajjal tersebut).” (H.R. Abu Daud, dinyatakan sahih oleh Al-Albaniy).[/box]
Semuga kembara kami menziarahi bumi para Rasul terdahulu dan lokasi yang bakal berlaku peristiwa akhir zaman bakal memberi suntikan baru dalam kehidupan untuk menjadi hamba yang lebih istiqamah taat kepada ALLAH SWT. Kalau pun tak dapat menziarahi saudara Palestine yang sedang diuji ALLAH dengan tekanan yang kenakan oleh Yahudi jangan lupa terus berdoakan untuk mereka kerana doa adalah senjata terhebat untuk umat Islam.
119 Comments
i have learned something new and thanks for sharing your adventure in Palestine
Curahan rasa Sunshine Kelly @ ..Wedding Idea
Ane pengen banget ke Palestina, melihat tanah suci umat islam yang saat ini sedang diuji oleh kekejaman zionis yahudi. Semoga derita Palestina segera berakhir sehingga umat islam bisa menikmati indahnya tanah suci tersebut seperti denaihati.com saat berziarah kesana. aamiin
wah bagus sekali foto-fotonya, anda beruntung sekali bisa berziarah ke sana, israel dari dulu sampai sekarang, hingga hari kiamat memang selalu menjadi musuh seluruh umat islam, dan memang sudah di gariskan di dalam al quran. terima kasih, salam kenal.
Terima kasih tuan DH utk sambungan kisah kembara Palestin ni. Nampaknya, Zionis Israel mmg benar2 takut dgn ukhwah sesama Islam. Tu yg mereka tahan tanpa sbb semata-mata utk lemahkan semangat saudara Islam kita.
Kisah Laut Mati yg paling masin membuktikan kehebatan dan kekuasan Allah utk kita sama2 fikirkan. Paling masin mungkin kerana garam mineral dari perut bumi telah ditelangkupkan ke atas menjadi lautan garam. Subhanallah.
Sama2 kita sentiasa peringat diri, ahli keluarga utk sentiasa mencari redha Allah dan juga redha ibubapa kita…terima kasih tuan DH berkongsi!
Curahan rasa hafizmd @ ..’9S’ Akhlak Nabi Muhammad SAW Yang Patut Kita Cakna!
terdetik dlm hati takut akan azab Allah bila sudah mengakhiri bacaan entri ini..terima kasih abg DH atas ilmu yang tak ternilai ini.
Curahan rasa Obat Jantung Koroner @ ..Obat Jantung Koroner
Kisah pengembaraan yang menarik dan menginsafkan. Tak sangka lak di Israel terdapat banyak masjid… Semoga kita sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran.
Curahan rasa Firdaus Azizi @ ..3 eBook Menarik Untuk Internet Marketer
Itulah. Patutlah ada istilah Zionis Israel merujuk kpd Israel laknatullah!
Curahan rasa hafizmd @ ..Wordless Wednesday #50 Sel-Sel Neuron, Bersambung!
Teringin juga untuk sampai ke sana.
Indahnya dapat menjejaki sejarah agung Islam.
Curahan rasa daddydee @ ..Konflik Diri Part 1
teringin nak jejak kaki ke sini, bumi Allah yang mempunyai peninggalan sejarah islam
Curahan rasa ajumohit @ ..Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com
air laut mati pun israel nak rembat..
Curahan rasa hafiz @ ..Apa itu algoritma Google
teringin nak pergi satu hari nanti. lagi-lagi gua tempat ashabul kahfi tidur tu.
Curahan rasa Encik Seminar @ ..Tanya 40 soalan kepada Lawyer Hartanah.
Seronok baca kisah ni, kan bagus kalau Sejarah dalam teks lebih kepada zaman kegemilangan daripada zaman batu yang entah apa apa tu. Travel dengan ilmu penuh didada memang rasa feel habis. Terima kasih untuk perkongsian ni.
Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..Percubaan Kuasai Teknik SEO Guna Genesis Theme Framework Untuk Personal Blog
terdetik dlm hati takut akan azab Allah bila sudah mengakhiri bacaan entri ini..terima kasih abg DH atas ilmu yang tak ternilai ini.
Curahan rasa Farisya Anastasyia @ ..Makanan Western Sedap di Kuala Terengganu
Memang teruja sekali baca kisah ini. Kalau x keberatan, mungkin bro boleh kongsikan kos bujet kembara kali ini. Mungkin ada yang berminat dan merancang untuk pergi seperti saya.. 🙂
Curahan rasa halif @ ..Kena Rompak Akibat Kad Bisnes
Mengembara sambil mengimbau sejarah..mmg seronok baca kisah ini
Curahan rasa weschairs @ ..Gerbang Malam dan Loken Ipoh
pengen keliling dunia untuk mendaptkan banyak lagi hikmah…
Curahan rasa dian puspita @ ..Underbone Satria FU NUI Monster Titan
Comments are closed.