Assalamualaikum dan salam 1Dunia, beberapa hari lepas seorang sahabat yang sedang mengerjakan Umrah di bulan Ramadhan call dari Mekah bertanyakan khabar. Sepatutnya akulah yang bertanya khabar dia tapi apa nak buat kawan aku tu lansung tak sms no hp sana jadi tak dapatlah aku nak call atau sms. Teringin sungguh nak mengerjakan Umrah di bulan Ramadhan tetapi masih belum dipilih oleh ALLAH SWT. Insyallah azam tahun depan.
Rindu kepada Kaabah memang tidak pernah hilang kepada sesiapa jua yang sudah menyaksikan sendiri kehebatan Kaabah. Kali pertama menjejaki kaki di Masjidil Haram pasti mata akan mencari-cari dimanakah objek hebat Kaabah. Apabila melihat sahaja Kaabah pasti akan terus jatuh cinta, rasa sayu dan syahdu menyusup jiwa. Terasa sangat kebesaran ALLAH SWT dan teringat betapa mujahadahnya Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s membina Kaabah. Teringat juga bagaimana Rasulullah SAW berjuang untuk menghapuskan Jahiliyah Arab dengan memusnahkan 360 berhala yang terdapat disekeliling Kaabah.
Melihat jemaah tua dari Turki dan Iran yang terus sujuh sambil menangis meraung apabila melihat Kaabah menambahkan lagi sayu hati dan terasa terlalu banyak dosa dengan ALLAH SWT. Multazam Kaabah menjadi tempat untuk menangis memohon keampunan di atas segala keterlanjuran yang pernah dilakukan sepanjang hidup yang sebentar ini. Mengharap rahmat ALLAH SWT di bawah Pancur Emas Kaabah untuk dibawa pulang untuk dikongsikan bersama keluarga. Tidak jemu minum Air Zam Zam di hadapan Kaabah sambil berdoa diberi kesihatan, ilmu yang bermanafaat dan rezeki yang luas.
Kepada Rakan Blogger yang belum menjejaki kaki di Tanah Haram, Mekah sujud di depan Kaabah azam dengan sepenuh hati dan berdoa supaya dipilih oleh ALLAH SWT untuk menjadi tetamu-Nya. Duit, kakayaan, kelapangan masa dan kesihatan bukan syarat utama untuk menjadi Tetamu ALLAH SWT. Berapa ramai yang banyak duit, sihat tubuh badan dan mempunyai masa tetapi tidak dipilih menjadi Tetamu ALLAH SWT. Berapa ramai pula yang kurang duit, tidak sihat dan sibuk dengan berbagai tugasan tetapi dipilih oleh menjadi Tetamu ALLAH SWT. Formulanya mudah mesti ada azam yang sangat kuat melebihi 100% dan sentiasa berdoa selebihnya hak ALLAH SWT untuk memilih kita. Kebanyakan daripada kita banyak memberi berbagai alasan sehingga alasan itulah yang menjadi penghalang antara kita dengan ALLAH SWT.
Janji ALLAH SWT tidak akan ada yang miskin kepada hambanya yang menziarahi rumah ALLAH SWT, KAABAH. Cinta kita kepada ALLAH SWT semakin bertambah itulah yang dikatakan Cinta Dari Kaabah.
Kepada pencari kisah Drama Cinta Dari Kaabah sila lansung ke Sinopsis Drama Cinta Dari Kaabah.
77 Comments
InsyaALLAH lpas nikah nanti nak buat umrah…amin
tringin sgt nk g mekah..huhu
Siapapun pasti ingin kesana asalkan dia adalah muslim
Curahan rasa Bang Iwan @ ..iPad 3 Diluncurkan Awal tahun 2012
Entahlah bro..terfikir bertapa banyak kekurangan yang ada pada diri..Insyallah ingin sekali pergi kalau ada rezeki
Curahan rasa JAI @ ..Ucapan Najuma Buat Blogger Cap Ayam @ Tokey Gambir Mat Tiger (GMT)
alhamdulilah dah 2kali jejak kaki ke mekah. mmg byk beri kesan dalam diri. nk kata lebey2 pun e lok cuma apa yg boleh sy cakap is..kalau ada duit sikit tu, better pergi ke mekah n tanah arab tmpt2 nabi..banyak bende kite boleh belajar. huhhuhu
Curahan rasa Lizz @ ..4 Sebab Kenapa Anda Perlu Sukakan Blogging
Insya Allah 🙂
Curahan rasa pacifista @ ..Selamat Hari Raya, Semua!
Teringin juga ke Mekah satu hari nanti
Curahan rasa wazy @ ..Lailatul Qadar Ukur Kekuatan Iman Dan Takwa Umat Islam
Sayapun sudah rindu kepingin kesana bro..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..iPad 3 Diluncurkan Awal tahun 2012
salam..
alhamdulillah…
seronok jika dapat menunaikan salah satu rukun Islam…terasa kepuasan menjadi seorang muslim…
Curahan rasa zainal @ ..Update Computer Driver With Device Doctor
itulah cinta dari Kaabah. Ya Allah. bilalah agaknya dapat menunaikan haji ni
Curahan rasa ub3y @ ..Berbuka Puasa Bersama Sultan Kelantan; Sultan Muhammad V
terima kasih denaihati atas peringatan ini. kadang2 orang yang dekat dengan kaabah pun selalu lupa perasaan itu!
Curahan rasa lutfi lokman @ ..Majlis Iftar Tabung Haji Jeddah dan Aqiqah Basmah
Alah bisa tegal biasa.
kapan ya bisa ke mekkah
kapan ya aku bisa ke mekkah
minta2 la saya pun berpeluang
bila agaknya boleh ke makkah?! hehe..
Curahan rasa Jaws @ ..Wordless Wednesday #2: BMW
Untuk menunaikan ibadah haji memang tidaklah mudah karena memerlukan pengorbanan fisik dan harta. Maka bila telah punya rejeki dan masih dianugerahi kekuatan sebaiknya segeralah menunaikannya.
Akupun sangat merindukan dan berkhayal suatu saat nanti bisa pergi beribadah ke tempat suci itu.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jorge Luis Borges
Amin bang semoga segra terjadi
Curahan rasa munir ardi @ ..Tips to save money for Students
Setiap muslim/muslimah pasti merindukan melihat langsung salah satu keajaiban dunia yang berlokasi di Makkah ini.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jorge Luis Borges
Comments are closed.