Assalamualaikum dan salam 1Dunia, beberapa hari lepas seorang sahabat yang sedang mengerjakan Umrah di bulan Ramadhan call dari Mekah bertanyakan khabar. Sepatutnya akulah yang bertanya khabar dia tapi apa nak buat kawan aku tu lansung tak sms no hp sana jadi tak dapatlah aku nak call atau sms. Teringin sungguh nak mengerjakan Umrah di bulan Ramadhan tetapi masih belum dipilih oleh ALLAH SWT. Insyallah azam tahun depan.
Rindu kepada Kaabah memang tidak pernah hilang kepada sesiapa jua yang sudah menyaksikan sendiri kehebatan Kaabah. Kali pertama menjejaki kaki di Masjidil Haram pasti mata akan mencari-cari dimanakah objek hebat Kaabah. Apabila melihat sahaja Kaabah pasti akan terus jatuh cinta, rasa sayu dan syahdu menyusup jiwa. Terasa sangat kebesaran ALLAH SWT dan teringat betapa mujahadahnya Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s membina Kaabah. Teringat juga bagaimana Rasulullah SAW berjuang untuk menghapuskan Jahiliyah Arab dengan memusnahkan 360 berhala yang terdapat disekeliling Kaabah.
Melihat jemaah tua dari Turki dan Iran yang terus sujuh sambil menangis meraung apabila melihat Kaabah menambahkan lagi sayu hati dan terasa terlalu banyak dosa dengan ALLAH SWT. Multazam Kaabah menjadi tempat untuk menangis memohon keampunan di atas segala keterlanjuran yang pernah dilakukan sepanjang hidup yang sebentar ini. Mengharap rahmat ALLAH SWT di bawah Pancur Emas Kaabah untuk dibawa pulang untuk dikongsikan bersama keluarga. Tidak jemu minum Air Zam Zam di hadapan Kaabah sambil berdoa diberi kesihatan, ilmu yang bermanafaat dan rezeki yang luas.
Kepada Rakan Blogger yang belum menjejaki kaki di Tanah Haram, Mekah sujud di depan Kaabah azam dengan sepenuh hati dan berdoa supaya dipilih oleh ALLAH SWT untuk menjadi tetamu-Nya. Duit, kakayaan, kelapangan masa dan kesihatan bukan syarat utama untuk menjadi Tetamu ALLAH SWT. Berapa ramai yang banyak duit, sihat tubuh badan dan mempunyai masa tetapi tidak dipilih menjadi Tetamu ALLAH SWT. Berapa ramai pula yang kurang duit, tidak sihat dan sibuk dengan berbagai tugasan tetapi dipilih oleh menjadi Tetamu ALLAH SWT. Formulanya mudah mesti ada azam yang sangat kuat melebihi 100% dan sentiasa berdoa selebihnya hak ALLAH SWT untuk memilih kita. Kebanyakan daripada kita banyak memberi berbagai alasan sehingga alasan itulah yang menjadi penghalang antara kita dengan ALLAH SWT.
Janji ALLAH SWT tidak akan ada yang miskin kepada hambanya yang menziarahi rumah ALLAH SWT, KAABAH. Cinta kita kepada ALLAH SWT semakin bertambah itulah yang dikatakan Cinta Dari Kaabah.
Kepada pencari kisah Drama Cinta Dari Kaabah sila lansung ke Sinopsis Drama Cinta Dari Kaabah.
77 Comments
Kerinduan untuk thawaf, jalan berputar mengelilingi Ka’bah menjadi kerinduan besar, apalagi ketika musim haji datang menjelang.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jorge Luis Borges
wahh.. bile la aku leh menziarahi kaabah nih… hehe
bila agaknya baru diri ni dapat menziarahi Kaabah…
Curahan rasa pacifista @ ..Jom Jadi Rakan Blogger Pacifista
Mmg berazam nak ke makkah tahun depan bulan ramadan bersama hubby, ya allah semoga diperkenankan, doakan kami keh!
Curahan rasa Nurhanna @ ..:: iftar di chakri express, alamanda putrajaya
semoga saya diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci nnati
Curahan rasa lin azlina @ ..Rezeki menjelang raya- lip balm Maybeline
Betul tu.. Kejar lah ilmu dan ibadah untuk mendekatkat diri dengan Allah.
Curahan rasa Shah URL @ ..Perabot Murah
subhanallah, kejarlah cinta Allah SWT Yang Maha Agung. membaca pengalaman di dalam entri ini sahaja sudah membuatkan hati ini bergetar. meremang seluruh badan.
mudah-mudahan giliran kita pula kesana, insya allah.
Curahan rasa megat @ ..Beri “salam” cara islam yang sebenar
begitulah hendaknya.amin… 🙂
Curahan rasa pacifista @ ..Jom Jadi Rakan Blogger Pacifista
ya Allah sampaikanlah hajatku untuk menjadi tetamuMu. Saya merancang thn depan utk ke sana..
Curahan rasa Cikgu Hairul @ ..Dua Cara Hajat Cepat Ditunaikan
alhamdulilah .
Curahan rasa fezal @ ..TASHA SHILLA – RAMADAN TERAKHIR
semoga dipilih Allah selepas ini:)
Curahan rasa nik @ ..Aktiviti fizikal dan senaman,apa faedahnya?
Insya Allah, Amin…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Penetapan 1 Syawal 1432 H
mudah mudahan aku juga tergolong dalam kalangan insan terpilih untuk ke sana..
Curahan rasa olia @ ..#Giveaway: AKU BELI KE TAK????????
Tiada yang lebih menyentuh hati dan amat memberi keinsafan diri selain melihat KAABAH yang tersergam di depan mata. Melihatnya saja kita dapat merasakan satu semangat yang berlainan
syahdunye..
semoga kita yang belum berkesempatan ramadan di sana dapat mencapai hajat segera, InsyaAllah…
Curahan rasa noriz @ ..Majlis Iftar di ofis…
Ya Allah, teringin nak pergi sana
Curahan rasa BloggerHowtt @ ..Emas Sebagai Alternatif Pelaburan [Bahagian 1]
Semua muslin pastilah teringin kesana.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Penetapan 1 Syawal 1432 H
Rukun Islam yang ke Lima
Curahan rasa munir ardi @ ..Tips to save money for Students
Comments are closed.