6 makanan lazat yang boleh bantu kuruskan badan, cubalah!

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masih ada yang azam setiap tahun nak kurus?

Kena jaga makan, kena eat clean serta makan sayur-sayuran dan buah-buahan ini sememangnya kurang enak malah rasa lambat kenyang. Itu belum lagi jika terpaksa bersenam berjam-jam untuk dapatkan berat badan yang ideal malah badan idaman.

Tak seronoklah, nak kurus tapi tak boleh makan itu ini. Kalau nak kurus secara sihat pun ada banyak benda yang kena jaga. Sebab itulah jalan pintasnya adalah ambil ubat kurus. Eh! Itu lagi bahaya.

Tahukah anda makan makanan yang lazat pun sebenarnya boleh kurus. Wow, tentu seronok dan tak sabar nak tahu makanan apa kan?

Jom kita ketahui jenis makanan yang dikatakan tidak baik, tetapi boleh membantu untuk kurangkan berat, antaranya:

1. Telur

Penyelidikan terkini menyatakan bahawa pengambilan sebiji telur sehari adalah selamat dan berkhasiat untuk kebanyakan individu dewasa. Jadi anda mungkin boleh mengamalkan pengambilan telur sekurang-kurangnya sebiji sehari.

2. Steak

Selalunya kita diamukkan dengan kenyataan bahawa steak adalah makanan yang tidak sihat. Tetapi sepotong daging lembu mempunyai kandungan lemak tepu yang lebih sedikit berbanding sepotong dada ayam tanpa kulit. Tetapi pastikan daging itu tidak mempunyai lemak, okay? Steak penuh dengan kandungan protein dan boleh membantu anda untuk lebih kenyang bagi tempoh yang lama.

3. Pasta

Pilih untuk makan pasta yang dihasilkan daripada gandum penuh dan ambillah dalam kuantiti yang kecil. Pengambilan pasta akan dapat membuatkan anda lebih kenyang, jadi sudah tentu akan membantu mengurangkan rasa lapar.

4. Kekacang

Kacang mungkin tinggi kandungan lemak tetapi ia adalah daripada jenis lemak yang baik. Ia juga merupakan makanan yang mempunyai kandungan nutrien dan protein – berfungsi untuk menyeimbangkan kandungan gula dalam darah.

5. Keju

Biasanya individu yang ingin kurus akan mengelakkan pengambilan makanan tenusu yang tinggi kandungan kalsium. Jadi makanlah keju, yogurt dan susu rendah lemak yang pasti dapat menyumbang kepada penurunan berat badan.

6. Kopi

Minuman ini hanya jatuh ke dalam kategori sebagai makanan yang tidak baik apabila anda mengambilnya dalam kuantiti terlalu banyak, jadi perhatikan kandungan kafein dalam minuman kopi anda atau kandungan gabungannya dengan gula, krim atau sirap berperisa.

Sebenarnya, perkara paling penting yang perlu anda utamakan jika ingin kurus, adalah menjaga saiz hidangan makanan yang diambil setiap hari. Makan secara berlebihan, walaupun ia merupakan jenis makanan yang baik tetap akan mendatangkan keburukan kepada kesihatan diri.

Selamat mencuba!


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!