Cara tingkatkan total komen di blog

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai kawan-kawan tanya macam mana nak dapat komen yang banyak untuk setiap entri. Pada permulaan denaihati.com pun melalui pengalaman yang sama hanya 1-2 komen je yang singgah untuk setiap entri. Antara teman setia yang rajin meninggan komen adalah zuls, rizal dan azizwan. Ucapan terima kasih untuk kalian walaupun sekarang dah jarang kelihatan tapi aku yakin masih jadi silent reader dan mencelah bila perlu.

Pepatah ada berkata “success never come over nite”. Jangan kecewa kalau 3-4 bulan pertama blog anda tak dapat sambutan sangat. Semua blogger yang dah Top melalui pengalaman yang sama, kalau tak percaya tanyalah ariffshah.com atau kujie2.com.

Berikut beberapa tips berdasar pengalaman aku yang boleh meningkat komen di blog anda :

1. Rajin tinggalkan komen di blog newbie sebabnya diaorang pun nak byk kan komen maka selalunya mereka akan melawat balas blog kita dan tinggalkan komen.

2. Rajin tinggalkan komen yang berkualiti di blog yg top dan pastikan jadi top 5 commentor setiap bulan, insyallah sebahagian peminat blog tersebut akan singgah blog kita. Contohnya sekiranya anda rajin tinggalkan komen di yanmieonline.com pasti akan ada beberapa peminat blog yanmieonline.com yang beribu itu akan singgah ke blog anda.

3. Set kan sistem komen di blog anda dengan commentLuv  jadi kawan-kawan suka nak tinggalkan komen sambil mempromosi entri terbaru mereka.

4. Tinggalkan komen anda di blog yang mempunyai setting commentLuv dengan secara tak lansung anda mempromosi entri terbaru.

5. Paling penting balas setiap komen yang ditinggalkan kerana pengomen akan rasa komen mereka dihargai seperti yang dibuat oleh kebanyakan blog terkenal seperti ariffshah.com, kujie2.com, azuanrazi.com, myjazmanie.com, kulanzsalleh.com dan lain-lain. (Inilah antara kelemahan aku sebab tak semua komen aku dapat reply jadi harap sangat kawan-kawan tolong juga reply komen terutama yang sesekali sekala singgah sini).

6. Guna sistem autorespond dimana setiap kali kita membalas komen pengomen akan diberitau melalui email jadi sudah pasti mereka akan bertandang kembali untuk melihat apakah jawapan balas kita dan biasa mereka akan menambah komen mereka.

7. Kalau ada modal buat contest top commentor setiap bulan. Hadiah bukan semestinya mahal mungkin boleh sekadar pre paid top atau produk yang simple tapi menarik.

Kalau ada tips yang lain harap sangat teman-teman blogger lain boleh tambahkan diruang komen untuk jadikan rujukkan kepada blogger baru. Ingat success never come over nite.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

168 Comments

  1. Salam Bro,

    makasih yea backlinknye 🙂
    betul saya setuju dgn entry ini.

    tapikan saya pnya themes xleh nak masuk commentluv, uwwaaa tu yg jd frust jgk tu. dah minta tlg kulanz tp thems tu mmg takleh support commentluv sbb themes tu dh memang ada form comment sendiri, nasib baiklah sesetengah orang yang berkomen kt blog diorang reti nak masukkan link blog (entry terkini diorang) kat ruangan komen. rasanya itulah kekurangan themes tu even themes tersebut adalah mesra SEO. tulahkan tak semua benda nie perfect!

    saya jugak tgh berusaha nk masukkan commentluv tu, kot2 ada kawan-kawan yang blh tolong masukkan dan disablekan comment form themes tersebut.

    sayang pulak nak tukar themes tu sebabnya sitelink pun dh dpt balik, rsa mcm 1 kerugian kalau tukar 😛

    Tapi alhamdulillah berkat ada rezeki sikit2 hasil dr blogging, saya ada buat contest top bulanan commentator di blog, kiranya tiap2 bulan memang ada pemenang top commentator untuk menghargai pembaca dan pengomen blog. kalau sudi bleh join *dah tau bro sibuk tp nak invite gak* ehehe…

    aiyooo panjang lebar sdh komen nie, ada ke yg nak baca komen nie? ikutkan banyak lagi nk komen nie 🙂

  2. setuju dgn tips2 kat cni..memang bagus..nnti akan diamalkan..:-)

    nak berkongsi tip promosi blog yg saya tau..

    saya jumpa 18 teknik..sebenarnya byk lagi

    Cipta sendiri tagline yang menarik untuk memudahkan pelawat ingat blog anda. Contohnya Just Do It untuk Nike, Rentak Muzik Terkini untuk ERA, Sumber Informasi Terkini untuk zuarxpdc.com

    Dapatkan PageRank (PR) yang baik di dalam Google dan Search Engine.

    Gunakan function RSS supaya orang lain boleh subscribe. Contohnya boleh baca melalui e-mel. Anda boleh masukkan e-mel ke dalam kotak di bahagian atas blog saya.

    Gunakan domain yang ringkas supaya mudah diingati.

    Promosi melalui signature email.

    kalau nak tgk lagi dtg la blog saya k..promote ni:-D
    http://www.zuarxpdc.com/2009/12/18-teknik-mudah-promosi-blog.html
    Curahan rasa zuarxpdc @ ..Wallpaper LucuGambar LucuGambar LawakMy Profile

  3. nice info..thanks for sharing
    memang akan komen balik sape-sape yang komen tp dekat blog
    tapi kalau macam blog bro ni tak menang tangan kot nak reply…
    banyak sgt orang komen…

  4. Setuju dengan bro. Tapi point ketiga tu Yied tak boleh la nak buat sebab Yied masih di platform blogspot.

    Yied pun teringin gak nak buat contest Top Commentator. Tapi tak tau la lagi. Huhuhu…
    Curahan rasa Yiedpozi @ ..Facebook Versi BloggerMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!