Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Kementerian Kewangan ingin menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak.
Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.
Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup. Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut:
Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM: http://www.hasil.gov.my
Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
- Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
- Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my
Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi berikut sahaja:
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
- Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
- Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my
Kredit : GengBorak
- Suntikan RM250 Bilion Bagi Lindungi Rakyat Ketika Wabak COVID-19
- Tiada Solat Jumaat di Malaysia, Singapura dan Brunei ekoran penularan covid-19
- UiTM Tangguh Istiadat Konvokesyen Ke-92 Susulan Penularan Covid-19
- Bagaimana Nak Meraikan Majlis/Kenduri Semasa Suasana Wabak COVID19
- Malaysia jangan jadi seperti Itali dan Switzerland negara paling terkesan oleh Covid-19
5 Comments
pendapatan kurang Rm 4000 ,anak dibawah 18 tahun 3 orang ,1 orang anak masih bujang berpendapatan kurang Rm 2000.
1 April nanti ramai la orang yang akan ambil bahagia untuk mendaftar dengan LHDN, semoga berjaya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kerja Pejabat Tapi Ada Bisnes RM10 Ribu Sebulan Di Shopee
Entah betul atau tidak berita…ada yang menyeru supaya rakyat Malaysia tolak bantuan ini kerana ia tidak sah. Disebabkan kerjaan ini ditubuhkan atas pengkhianatan. Ketika rakyat ‘derita’ kerana Covid-19 ini, masih ada yang ingin bermain politik.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kelas Content Online 2 April Oleh Bapa Viral Kebangsaan Khairul Hakimin Muhammad
Terima kasih Denai Hati untuk artikel ni. Saya share artikel ni di wall faecbook saya ya. Boleh kan? Ramai yang tanya ni.
Bolehlah pasangan yang baru berkeluarga pun turut mohon. Moga dapat ringankan beban.
Curahan rasa Geng Borak @ ..Ada akaun Youtube dan Instagram? Ini peluang anda buat duit!
Comments are closed.