Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah tugas kedua cabaran iPhone 5s telah selesai dengan jayanya. 70 peserta daripada 140 peserta telah layak untuk masuk pusingan akhir. 2 peserta daripada top 70 komen tidak layak kerana 1 peserta tidak menggunakan nama domain dan seorang lagi bukan peserta contest. Sebagai gantinya peserta ke 71 dan 72 telah layak untuk masuk ke pusingan akhir. Senarai penuh 70 peserta yang layak ke pusingan terakhir di SINI. Berikut adalah tugasan terakhir Cabaran iPhone 5s.
Tugasan Akhir Cabaran iPhone 5s
- 70 peserta akhir mesti menulis satu entri untuk cabaran akhir iPhone 5s bertajuk “Blogger buat duit online”
- Pengisian entri mesti kreatif, bergambar, original bukan copy paste dan mengikut cara penulisan blog yang betul dengan memasukan :
- Minima satu backlinks kepada blog Denaihati.
- Entri mesti tidak kurang daripada 300 perkataan.
- Entri boleh kisahkan pengalaman sendiri atau pengalaman blogger lain yang berjaya buat duit online.
- Boleh selitkan dalam entri link yang anda atau blogger lain buat duit online.
- Jangan lupa senaraikan semua blog penaja dengan backlinks sekali. Dapatkan senarai penaja di SINI.
- Tarikh terakhir menghantar entri terakhir cabaran iPhone 5s adalah pada 11.59 pm, 7/11/2014.
- Peserta diwajibkan meletakan SATU banner Denaihati di mana-mana posisi di blog anda. Pilihan banner Denaihati boleh didapati di SINI.
- Sila tinggalkan entri cabaran iPhone 5s di SINI.
- Entri peserta akan dinilai bermula pada 8/11/2014 dan mata yang diperolehi akan menjadi penentuan utama pemenang Cabaran iPhone 5s.
Buat Duit dengan Affiliate – Kitab Teknik SEO Merah Jambu
Tugasan Bonus Cabaran Akhir iPhone 5s
1. Cabaran Komen Terbanyak
- Untuk tugasan bonus ini 70 peserta perlu menjadi top 70 penulis komen di blog Denaihati untuk kiraan komen bertarikh 1/11 – 30/11/2014.
- Jumlah komen akan dikira menggunakan wp top commentators widget.
- Peserta dikehendaki menggunakan username yang sama dengan nama blog untuk memudahkan pengiraan. contohnya sekiranya domain blog hasrulhassan.com maka gunalah username Hasrul Hassan atau sekiranya domain adalah wanhidayat.blogspot.com maka gunalah username Wan Hidayat.
- Jumlah setiap komen mesti melebihi 10 perkataan yang kurang akan dipadam.
- Boleh komen disemua entri yang terdahulu dan akan datang.
- Komen mestilah bersesuaian dengan tajuk entri jangan lari topik hanya kerana nak mendapat jumlah komen yang banyak sebab ianya juga akan dipadam.
- Peserta yang masuk dalam ranking top 70 akan memperolehi mata yang akan menjadi sebahagian kecil daripada penentuan pemenang Cabaran iPhone5s.
2. Kuiz Cabaran iPhone 5s
- Tugasan ini terbuka hanya kepada 70 peserta final cabaran iPhone 5s sahaja.
- Setiap minggu selama empat minggu peserta perlu menjawab kuiz ringkas.
- Ranking pemenang berdasarkan jawapan paling cepat dan betul.
- Peserta yang menjawab betul akan memperolehi mata yang akan menjadi sebahagian kecil daripada penentuan pemenang Cabaran iPhone 5s.
Buat Duit Online Hari-Hari dengan World of Hijab
Hadiah Cabaran iPhone 5s
1. Hadiah Utama :
- Lima unit iPhone 5s 16GB untuk lima pemenang tajaan utama Amariman.com dan 24 penaja individu seperti tersenari di SINI. Pemenang akan dinilai daripada jumlah mata terkumpul daripada tugasan satu, tugasan kedua, tugasan terakhir dan jumlah komen untuk tabung bencana Bacthiar Hidayah.
2. Hadiah Top Komen :
- Pemenang 1 : RM500
- Pemenang 2 : RM400
- Pemenang 3 : RM300
- Pemenang 4 : RM200
- Pemenang 5 : RM100
- Pemenang 6 – 10 : RM50 setiap orang
3. Hadiah Kuiz Minggu 1, 2, 3 dan 4
- Pemenang 1 – 5 : RM100 setiap orang
- Pemenang 6 – 10 : RM50 setiap orang
Tips Tingkat Jualan Bisnis Sehingga 400%
Semua peserta akan diberi masa dan peluang yang mencukupi untuk bersaing bagi memiliki gajet impian iPhone 5s. Jangan sesekali putus asa sebelum berusaha sehingga saat terakhir … tatap gambar iPhone 5s di atas untuk menaikan semangat. Sifat orang dahagakan kejayaan tidak akan pernah putus asa atau takut untuk mencuba. Tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia siapa yang tahu. Memang best menggunakan iPhone 5s terutama kepada blogger kerana boleh menambah kualiti menguruskan blog. Tak percaya tanyalah rakan-rakan yang pernah menang contest iPhone dan yang pernah mendapat cabutan bertuah iPhone di Majlis Seperang Bersama Blogger.
Selamat maju jaya kepada semua peserta cabaran terakhir iPhone 5s. Next tunggu iPhone 6 Malaysia yang akan dilancarkan pada 6 November 2014.
17,831 Comments
semoga usaha kita ni berbaloi dan akan ada hasilnya nanti. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
InshaAllah nik. Semoga berbaloi usaha kita disini selama ini kan. Semoga kita berjaya menang iphone 5s atau wang tunai. InshaAllah.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
jangan stress dan teruskan hantar komen di sini tanpa henti ya
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
agak stress sedikit dek kerana errror tu dan nak bagi banyak komen lagi sebenarnya kan nik
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
masih ada 3 minit lagi utk kita buat yang sehabis baik. taip laju2
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
memang agak stress semalam dek kerana error tu kan nik. apa pun, kita telah buat yang terbaik semalam.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
apa apa pun kena berusaha sehabis baik dulu ya. agar kita tak ketinggalan
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
memang berhabis sungguh semalam disaat-saat akhir. harap tiada typo dekat komen-komen terakhir kita.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Selamat malam buat semua peserta yang berusaha dengan gigih sehingga tugasan ini tamat malam ini. Semoga usaha gigih kita selama sebulan memberi komen yang banyak ini membuahkan hasil nanti ye.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
memang all out habis semalam kan sally. harap sangat berbaloi tinggalkan begitu banyak komen!. PG pasti, sally akan berada di top 1.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Memang semalam betul-betul berusaha dengan sehabis baik ni PG. Tak kisahlah Top yang ke-berapa nanti. Yang penting dapat markah lebih untuk menang iPhone 5s memandangkan kuiz saya salah jawab. T_T Harapnya layak untuk menang iPhone 5s nanti.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Betul tu sally, tak kisah da top berapa kan. Nak menang iphone 5s je sebenarnya. Kalau boleh digantikan dgn iphone 5s duit tu, ambillah duit tu. Nak iphone 5s!
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
kalau la saya menang iphone tu. blog saya akan jadi nikkhazami dot com.. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
inshaAllah. mudah-mudahan ada rezeki kita menang ya nik. harap sangat.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
masa sudah makin sikit , ini sudah sepasti nya , komen kena terus kan lagi !
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Offer Blogbuster Nuffnang : Transact and win
teruskan usaha ya. jangan berhenti sebelm jam 12 malam. good luck!
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
mari kita banyak kan lagi komen , ada lima minit sahaja lagi ni !
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Offer Blogbuster Nuffnang : Transact and win
guna kan minit minit terakhir ni dengan memecut masa nak komen
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
ada tujuh minit lagi utk kita bertarung. buat yang terbaik ye. semoga berjaya
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
kalau menang iphone 5s tu. saya la manusia paling gembira di malaysia. hahaha
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
ini adalah kontest yang paling susah yang pernah saya join. mmg banyak pengalaman dri kontes ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Samalah kita. Saya pertama kali menyertai kontest hebat besar-besaran seperti ini. Semoga kita berjaya nanti ye.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
apa pun keputusan DH nanti kita kena teria dengan hati terbuka. good luck semua
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Betul tu. Segala keputusan nanti kita kena terima dengan hati yang terbuka ye. Semoga berjaya awak!
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
yang pasti lima peserta yang menang tu mesti hebaat dari tugasan pertama.
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
benar tu nik ! tugasan yang ketiga pun , sebab tugasan yang ketiga menyumbang markah terbesar
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Offer Blogbuster Nuffnang : Transact and win
Comments are closed.