Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang tidak menyesal memenuhi jemputan Jutawan Hartanah, Saudara Faizul Ridzuan hadir ke Konvensyen Hartanah 2014 atau lebih dikenali sebagai Havoc Hartanah 2. Ini kali kedua beliau menjemput aku tetapi kali pertama tak dapat nak sertai kerana jadual sudah penuh dengan program lain. Tertunggu-tunggu juga jemputan dari Blogger Hartanah No 1 Malaysia, Abang Ensem tapi senyap je mungkin kerana gemuruh nak jadi penceramah. Terima kasihlah Faizul Ridzuan yang sentiasa ingat aku walaupun hanya jumpa sekali di Seminar Hartanah di PKNS Biz Points pada tahun 2013.
Tersentuh hati apabila mendengar perkongsian Saudara Wijay yang sudah bersara awal dengan bersunyi-sunyian menetap di Langkawi menikmati kehijauan alam sambil memantau pelaburan hartanahnya. Aku juga ingin menjadi seperti beliau suatu hari nanti bersara awal, fokus kepada kehidupan yang memberi manafaat kepada dunia.
Minat aku kepada pelaburan bermula apabila aku membaca buku berjudul “Jutawan dari Planet Jupiter” kira-kira 22 tahun lepas. Ketika itu aku tak pernah menyangka bahawa suatu hari aku akan bertemu dengan penulis buku tersebut yang aku gambarkan seorang Jutawan yang berjaya. Alhamdulillah kali pertama aku berjumpa dengan Azizi Ali ketika meraikan majlis rumah terbuka Aidilfitri Abang Ensem. Rupanya beliau bukan sahaja Jutawan Pelaburan tetapi juga seorang Juruterbang MAS pesawat Boeing A380. Jadi jangan jadikan pekerjaan sebagai alasan untuk kita tidak berjaya.
Havoc Hartanah 2 telah menemukan aku dengan Azizi Ali kali kedua. Betul kata beliau buku “Jutawan dari Planet Jupiter” dan “Jutawan Hartanah” adalah buku klasik yang telah mengubah minda ramai insan Melayu seperti aku. Teringat kalau 10 tahun dulu setiap kali seminar hartanah boleh dikira dengan jari peserta Melayu tetapi sekarang sudah berubah. Perjuangan Azizi Ali telah melahirkan ramai Jutawan Hartanah Melayu yang telah berdiri bersama-sama menyedarkan anak bangsa.
Untuk berjaya memang kita memerlukan guru untuk kita contohi seperti semua usahawan dan ulama terulung yang mempunyai mentor tersendiri. Kalau nak buat jalan sendiri pun boleh tapi rintangan lebih beronak berduri. Jadi kenapa nak menyusahkan diri contohi sahaja mereka yang sudah berjaya tapi syaratnya kita kena taat pada mentor, tidak boleh ikut rasa hati sendiri.
Terima kasih kepada buku Azizi Ali dan mentor-mentor yang tidak pernah lokek mengajar aku dan anak bangsa untuk menjadi insan yang lebih berjaya. Semuga aku dipilih ALLAH untuk jadi seperti mereka membantu seramai mungkin manusia lain menjadi manusia yang memberi manafaat kepada dunia. Siapa sangka dengan hanya membaca Buku dan Mentor dengan izin ALLAH telah mengubah hati aku untuk menceburi dunia berbagai pelaburan? Anda bila lagi nak berubah … jom sertai seminar begini menimba ilmu untuk melahirkan minat. Mungkin anda tidak minat kerana tidak cukup ilmu kerana apa yang anda minat belum tentu boleh ditukar menjadi duit.
948 Comments
Kalau tak tak tahu sispa nak lantik mentor, pilihlah bang ensem boleh jugak sebagai mentor kita, beliau pun memang pakar juga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
kalau nak belajar ilmu pelaburan hartanah memang abangensem lah orangnya.. cuma nak ke abangensem ajar balak2? yang aku tahu dia suka ajar awek2 jer..haha
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Bukan setakat mentor saja, rujukan daripada buku, e-book, majalah, akhbar, risalah sebagai bahan rujukan tambahan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Betul tuh.. membaca juga boleh membantu menambah ilmu pengetahuan.. ada ilmu semua boleh jadi..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Memang betul nak berjaya dan menjadi kaya kena cari mentor atau guru untuk membimbing kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Kita akan lebih mudah faham dengan adanya bimbingan daripada mentor..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
berguru dengan orang yang benar2 tahu tentang hartanah ini insyallah anda semua mesti akan berjaya..jangan ketinggalan ya daftar segera..
Curahan rasa adna2029 @ ..It’s giveaway time @mamamyraslove
Memang betul… lebih lagi bidang yang belum kita tahu atau tidak pernah lansung tahu berkenaan hartanah. Itu semua perla pakar bidang hartanah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Jadual Perlawanan Suku Akhir Kedua
Memang beruntung jika ada mentor yang sudi membimbing kita memahami selok belok pelaburan hartanah nih..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Nak berjaya kena lah belajar dengan mereka yang dah terbukti berjaya.. bukan yang cakap tak serupa bikin..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
kalau nak berjaya kena la belajar dengan guru yang betul baru jadi mcm mrk
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6
Kejayaan mereka dah terbukti.. kalau kita boleh ikut jejak langkah mereka tak mustahil kita juga boleh berjaya seperti mereka..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Memang tak boleh dinafikan 2 faktor ini utk berjaya. Selepas melihat abah ‘bermain’ dengan hartanah dengan permulaan zero dengan apa yg dicapai abah saya sekarang, hartanah memang membawa pulangan cukup besar 🙂
Pelaburan dalam hartanah memang bsnyak menguntungkan. Ramai yang dapat income dalam bidang ini dapat anugerah tokoh koperatdan menjadi kaya raya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
DIsebabkan pelaburan hartanah menguntungkan lah sehingga ada yang mengambil kesempatan sehingga harga hartanah semakin mahal.. yang jadi mangsa orang yang nak membeli rumah pertama..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Betul tuh.. tetapi sebaiknya melabur kena ada ilmu.. tanpa ilmu usaha kita boleh jadi sia2..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
dulu kalau sebut hartanah, mesti terbayangkan bangsa lain. alhamdulillah sekarang anak bangsa melayu sudah berdiri di satu tahap yang membanggakan 🙂
Curahan rasa nazra @ ..Bahaya ESP soya bila LELAKI ketagih mengambilnya!
sekarang bangsa melayu dah mula buka mata soal ni. ni semua utk masa depan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6
Betul tuh.. lebih2 dalam zaman kos sara hidup tinggi nih.. semua orang tercari2 nak buat side income.. kalau dapat income pasif lebih baik..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Anak melayu sekarang dah semakin celik untuk meningkatkan taraf hidup.. bersyukurlah masih ada yang sudi membantu bersama2 membangunkan anak bangsa..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Bila dah ramai yang ceburi bidang ini, persaingan semakin sengit. Bila persaingan sengit, harga pasaran akan menjadi lebih murah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Rasanya tak jadi begitu kot bang kamil.. hartanah nih berbeza.. sebab permintaan sentiasa melebihi penawaran.. maka harga akan semakin mahal..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Dalam setiap bidang yang kita ceburi, kita kena ada satu mentor dalam membimbing kita untuk menjadi lebih baik.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Yup betul tu… mentor yang boleh bimbing kita ke satu tahap yang boleh kita berdikari.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Mentor yang baik memang akan membimbing kita sehingga kita boleh bergerak sendiri..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
kena belajar dari mentor yang betul baru boleh berjaya lepas tiru gaya dia
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6
Nak berjaya kena ikut jejak langkah mereka yang dah berjaya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Betul tuh.. mentor akan menjadi guru yang dapat membimbing kita ke arah kejayaan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Ada sorang kawan tu dapat course pengurusan hartanah kat U. Tengok kerjaya ni mcm best sebab boleh buat income sampingan.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Bila buat bisnes hartanah, pendapatan memang lumayan. Sekali boleh jual tanah, brrpuluh ribu boleh dapat. Ini perlulah modal yang besar.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Nak melabur dalam bidang hartanah kena lah ada ilmu dulu.. belajar dulu dengan otai2 hartanah macam AE tuh..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Wah.. baguslah kalau ada course tuh ditawarkan kat U.. maybe pihak pengajian pun dah sedar akan potensinya kot..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Ramai yang dah mula semakin minat dengan bisnes hartanah. Mungkin suatu hari nanti kita pula, bagus jugakan. Perempuan boleh ke?
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Cara Mudah Buat Blog Mesra SEO
perempuan pun boleh. yakin boleh.
perempuankan multitasking. hehehe…jadi suri rumah pun boleh buat banyak kerja satu masa. cewah…
Curahan rasa sekilass @ ..Sudah seminggu berlalu. Rindu pula rasanya.
yups, den salut perempuan sebba boleh multitasking. tapi nak tanya, klu anda buat banyak banyak kerja boleh fokus 100% ke??? no offence ya soalan ini 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
perempua pun boleh. yang penting kena banyak usaha dan banyak belajar dari yg berpengalaman
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
ada je investor hartanah wanita yang berjaya. google rohanah noor 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Sesuatu yang bukan mustahil bagi perempuan ceburi bidang ini, ramai dah berjaya. Allahyarham Datuk Sosilawati dulu pun ada buat bisnes ini. Jadi kaya- raya hinggakan dia mati dibunuh kerana nak bolot hartanah yang dimilikinya. Kaya pun banyak risikonya jugak.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
pernah jugak dengar nama dia. tapi yang biasa dengar semuanya lelaki
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6
takde kata kat mana mana buku pun perempuan tak boleh masuk bidang ni. cuba la 😀
Takut nak masuk bidang ini banyak risiko yang akan dihadapi. Takut tertipu pun ada. Sekarang ini banyak kaki tipu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
tak ada buku yang kata perempuan tak boleh melabur. cuba la mana tau ada rezeki 😀
kalau lelaki boleh perempuan mesti boleh. lagi pun bisnes ni tak guna fizikal. hihi
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2015
Rasanya tiada masalah untuk perempuan ceburi bidang hartanah. Yakin boleh, pasti boleh. Ramai perempuan dah ceburi bidang ini. Tiada masalah….
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
ada je perempuan yang berjaya dlm bidang ni. tapi tak ramai la. saya pun kurang pasti knp
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6
Nak berjaya juga perlukan mentor yang boleh membimbing kita kearah kejayaan dengan menceburi bidang hartanah.
ya betul tu.. mentor tu penting.. klu tak de mentor bukan tak boleh buat, tapi mungki susah sikit
kalau setakat belajar dari google belum cukup. kena ada guru jugak
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6
Nak berjaya kena berkawan dengan orang berjaya. Itulah kata-kata yang perlu kita hayati. Pasti ada rahsia bagaimana mereka berjaya dan dapat kumpul duit banyak-banyak. Jadi orang kaya barulah nanti.
btul tu. dekatkan diri dengan orang yang berjaya. supaya kita pun kena tempiasnya.
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
yups, jadi mula la kawan rapat dengan mereka yg berjaya. dan bila kita ada aura posifit, positifkan orang yang negatif pula 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
orang kata kalau kawan dgn orang jual miyak wangi kita pun wangi
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6
berada dikalangan orang berjaya. environtment tu penting, bagi aura baik kepada kita 🙂
Tujuan seminar ini pastinya untuk melahirkan usahawan hartanah yang berjaya suatu hari nanti. Insya Allah….
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Cara Mudah Buat Blog Mesra SEO
insyaallah dapat melahirkan banyak lagi insan berjaya dan bantu org lain
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
yups, seseorang tu tak kira berjaya selagi dia tak bantu orang lan untuk berjaya 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
macam tagline DH = hidup utk memberi. memang ternyata betul sebab DH semakin berjaya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6
betul, harini sedang kita komen dan bergelak ketawa, seorang pelabur hartanah telah lahir 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Semoga dengan adanya seminar begini, lahirnya ramai usahawan hartanah di negara kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Seminar hartanah semakin ramai yang sudah mula berminat dan menceburi diri dalam bisnes hartanah ini.
Curahan rasa Top Seo Friendly @ ..Cara Mudah Buat Blog Mesra SEO
betul tu. ramai sedar akan kepentingan cashflow dalam financial mereka 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Comments are closed.