Assalamualaikum dan salam 1Dunia, di Malaysia selain Bazar Ramadhan menjadi budaya di bulan Ramadhan, Buffet Ramadhan juga menjadi budaya di kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Semua hotel dan restoran menyediakan juadah buffet Ramadhan bermula pada 1 Ramadhan. Berbagai kaum akan berkumpul bersama-sama meraikan umat Islam berbuka puasa. Ini salah satu keunikan Malaysia yang tidak terdapat di negara lain.
Dalam pemilihan lokasi berbuka puasa pasti ada sijil halal daripada JAKIM dan ada surau dan paling baik ada solat terawih seperti di Hotel De Palma Shah Alam dan Hotel De Palma Amapang. Bukan apa takut-takut tuan dan puan yang menguruskan majlis tersebut tertanggung pulak apa yang sepatutnya tak perlu ditanggung. Untuk mengetahui lokasi buffet Ramadhan sila klik “Senarai Buffet Ramadhan Hotel dan Restoran Malaysia 2014“.
“Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Seluruh Malaysia“
Dalam keadaan ekonomi yang agak mendesak sudah pasti bajet menjadi keutamaan dan Buffet Ramadhan murah akan menjadi keutamaan di kalangan penganjur. Berikut adalah antara senarai lokasi yang menyediakan buffet Ramadhan yang murah :
1. Casa Ombak Kuala Lumpur
– RM 55/pax untuk dewasa
– RM 27/pax untuk kanak kanak ( 5-12 tahun )
-Tel : 03-2181 8750
Website : Review Buffet Ramadan
2. Laman Kayangan Shah Alam
– Pakej 1 Meja ( 10 pax ) – RM 590/meja
– Pakej 10 Meja ( 100 pax ) – RM 5 700/Pakej
– Pakej 20 Meja ( 200 pax ) – RM 11 000/Pakej
– Pakej 30 Meja ( 300 pax ) – RM 16 500/Pakej
– Pakej 40 Meja ( 400 pax ) – RM 22 000/Pakej
– Pakej 50 Meja ( 500 pax ) – RM 27 500/Pakej
Website : Segi Seri Laman Kayangan Shah Alam
3. Restoran Rebung Bangsar Kuala Lumpur
– RM 70/pax untuk dewasa
– RM 48/pax untuk kanak kanak ( 5 hingga 11 tahun )
– Tel : 03-2282 4776
Website : Review Buffet Ramadan
4. Bangi Golf Resort
– RM 50/pax untuk dewasa
– RM 25/pax untuk kanak-kanak
– Tel : 03-8925 3728 / 03-82100265
Website : Review Buffet Ramadan
2. Pak John Steamboat & BBQ
– RM 39++/pax untuk dewasa
– Percuma bagi kanak-kanak berusia 8 tahun kebawah
-Tel : 03-7733 3913
Website : Review Buffet Ramadan
6. The Royale Bintang Curve
– Harga : RM 68++
– Tempahan : 03-78431111 ext 1405
Website : http://www.royalebintang.com.my/pdf/ramadhan_2014.pdf
7. Restoran Chakri Express Alamanda Putrajaya
– RM 55.50++/pax untuk dewasa
– RM 29.50++/pax untuk kanak kanak (12 tahun ke bawah )
Tempahan : 03-8890 1616 or 016-227 7276
Website : http://shop.chakri.com.my/
8. Restoran Cerana, Cheras
– RM 49++ / 53.90 Nett untuk dewasa
– RM 29++ / 31.90 Nett untuk kanak kanak ( 6 hingga 12 tahun )
– Tel : Mohd Khairul Azwal(Manager) : 019-6171840
Website : http://cerana.com.my/cerana/?menus=ramadhan-buffet
9. Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur
– RM 75++/pax untuk dewasa
– RM 40++/pax untuk kanak kanak
Tempahan : 03-26939333
Website : http://www.ghihotels.com.my/ContinentalKualaLumpur/promotion.aspx
10. Hotel De Palma Shah Alam
– RM 75++/pax untuk dewasa
– RM 35++/pax untuk kanak kanak
– Tel : 03-5542 8080 Ext 607/611/613.
Website : http://www.depalmafnbdeals.com/
11. MyDulang Old Town White Coffee (Semua Outlet)
– RM19.90 ++/pax untuk dewasa
– Tel : 03 8887 6122
Website : MyDulang Old Town White Coffee
12. Restoran Khan Baba
– RM134.90 ++/pax untuk dewasa
– RM19.90 ++/pax untuk kanak-kanak
– Tel : 03 4021 6995
Website : Restoran Khan Baba
13. Hotel Syuen Ipoh
– RM33.00 ++/pax untuk dewasa
– RM20.00 ++/pax untuk kanak-kanak
– Tel : 05 2538 889
Website : Hotel Syuen Ipoh
14. Hotel Vistana Penang
– RM48.00 ++/pax untuk dewasa
– RM30.00 ++/pax untuk kanak-kanak
– Tel : 04 464 8000
Website : Hotel Vistana Penang
15. Hotel Flamingo Ampang
– RM55.00 ++/pax untuk dewasa
– RM38.00 ++/pax untuk kanak-kanak
– Tel : 014 621 5334
Website : Hotel Flamingo Ampang
16. Restoran Fish & Co (Semua Outlet)
– RM64.95 untuk dua pax dewasa
– Tel : 03 8958 5856
Website : Restoran Fish & Co Pavillion Kuala Lumpur
17. Banafee Village Johor Baharu
– RM20.00 ++/pax untuk dewasa
– RM15.00 ++/pax untuk kanak-kanak
– Tel : 07 3333 3377
Website : Banafee Village Johor Baharu
18. Senarai Lokasi Buffet Ramadhan di Johor Baharu
Website : Buffet Ramadhan di Johor Baharu
Selamat berbuka kepada semua dan jangan lupa kepada yang susah kerana terlalu banyak fadilat untuk yang memberi makan kepada sahabat lain yang berpuasa terutama keluarga yang dalam kesusahan.
*Senarai lokasi buffet ramadan 2014 ini akan berubah dari semasa ke semasa
441 Comments
Banyak pilihan untuk buffet Ramadhan ni. Asalkan tahu cari mana yang harganya berpatutnya macam yang Tuan Denaihati senarikan. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
setakat ini tidak pernah mencuba dalam senarai seperti atas. kami rasa tak mampulah sangat.kalau teringin selalu makan kedia biasa sahaja
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 18/2014_Mayfair Bodyline
kalau boleh mahu cari dekat. jika duduk melaka carilah melaka begitulah sebaliknya baru save minyak dan budget
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kisahku Bersama Pemusnah Si Pemotong Menjadi Bersih
setiap buffet ada keistimewaan masing2. semua nampak sedap kan hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
nyum-nyum ramadhan dah berlalu lama..ada jugak restoran dan hotel yang menyediakan juadah yang murah-murah..so next year boleh plan nak pergi mana-mana untuk berbuka puasa
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
bolehlah sangat meriahkan makanan bersama keluarga besar seronok jugakan. tapi awas jalau bawa dua orang rasa kurang berbaloi. wajib cari tukang makan sorang
Curahan rasa cahayacinta @ ..DIY Kasut Macam Retis
masa ramadhan pula ada juga orang berdiet oh sungguh bertuah jika masa tersebut dapat kekalkan selepas tamat berpuasa
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 17/2014_Lactacyd Love Your V
entry ni boleh jadi panduan utk ramadan tahun depan. mungkin dia tawarkan harga sama
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Buffet food adalah sangat sesuai untuk org yg kuat mkn dan pandai makan..n semestinya yg tak cerewet kalau tak mmg rugi kan?
Curahan rasa shamiera osment @ ..Cons Project Kuala Lumpur
Betul tu. Sayangnya kalau kita makan sikit saja semasa pergi ke buffet Ramadhan seperti ini. Hee
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
tahun ini tiada pula ke jamu makan sebegitu biasa masak rumah sahaja kalau beli lauk rasanya sejinis sahaja elakkan rasa jemu
Curahan rasa cahayacinta @ ..HILANG dan gILA
terasa duit terbuang begitu sahaja atau rasa kurang berbaloi kalau kita tak dapat makan sebaik yang kita harapkan.
Curahan rasa cahayacinta @ ..Pukau Bonsai & Orkid 2014 Taman Botani Perdana Kuala Lumpur
untunglah kalau ada orang suka makan lepas itu berat badan tetap cun. oh tidak mula teringat masa zaman anak dara masa itu sungguh seronok makan apa sahaja badan tetap macam papan eh..
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Pau Kukus Atau Pau Bakar Dalam Oven
kalau begitu wajib bawa rakan suka makan dan tidak banyak kata. bawa dan terus makan kalau bungkus bolehkah ahai..malu pula tapi itulah yang nak tanya oh…tidak..
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Pau Kukus Atau Pau Bakar Dalam Oven
betul tu bufet memamng semuai utk org makan banyak. baru la berbaloi dgn harga
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Murah yang macam tak berapa murah juga kan? hihi… tapi jikalau berbaloi harus mencuba juga…
Curahan rasa shamiera osment @ ..Cons Project Kuala Lumpur
Betul! Kalau berbaloi, tak rugi jugak kan. Bukan selalu pun buffet Ramadhan ni. Hehe ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
kalau mampu atau sesekali tak salah punya lagi seronok jika membawa ahli keluarga yang besar terasa meriah majlis makannya secara berjemaah
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 17/2014_Lactacyd Love Your V
kan? bukannya selalu. bila lagi nak merasa makan di tempat mewah.
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
kalau makanan sedap dan banyak pilihan, mmg berbaloi kalau bayar mahal2
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
kalau makanan sedap memang tak berbaloi dengan harga yang dkenakan
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Makanan dihidangkan dalam Buffet Ramadhan memang banyak, tapi belum tentu best. Sebab tu sebaiknya tanya dulu rakan-rakan dan mereka yang dah pergi makan di sana. Kalau tak, buat rugi duit je makan makanan yang tak sedap. Huhu
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
betul tu. better survey dgn rakan2 yang pernah pegi. kalau tak tak pas hati dan tak bebaloi
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Setuju sangat. Kenalah survey betul-betul takut nanti makanan tak sedap pulak. Kita pulak yang tak puas hati.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
menu makanan buat pertama kali datang inilah harus kita waspada harap tidak salah memilihlah hendaknya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Pau Kukus Atau Pau Bakar Dalam Oven
selaluya makan wajiib tanya kawan pernah makan sana dulu.jika tak buat begitu rasa satu kesilapan yang bersar sudahnya nanti jangan persalahkan orang lain.
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Pau Kukus Atau Pau Bakar Dalam Oven
teringat pada seorang kawan dia kalau makan sungguh adab bukan main makan ikut sesuka hati katanya makan perlahan permulaan dan penyudahnya bukan makan minum main hentam sahaja.
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Pau Kukus Atau Pau Bakar Dalam Oven
Kepada para wanita yang datang ke buffet Ramadhan, walaupun anda boleh berhias, janganlah pula melampaui batas sehingga macam nak goda suami orang. Hehe, sekadar peringatan je. Janganlah pula pakai pakaian yang sengaja menampakkan bentuk tubuh badan, sedangkan ianya patut ditayangkan kepada suami sahaja ketika berada di rumah.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
hahaha..betul jugak tu…puasa-puasa jugak…aurat dengan betul haruslah dijaga tak kita lelaki mahupun wanita..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
ada jugalah yang begitu tapi tidak semua hendaknya akan jadi begitu.rasa nak menagislah kalau ada pakai tidak sebaik sepatutnya.majlis baik pakailah yang baik lagi terbaik itu lebih manis Allah pun sayanga akan kita selalu
Curahan rasa cahayacinta @ ..DIY Kasut Macam Retis
Ketika bulan puasa, seharusnya Buffet Ramadhan dibenarkan untuk membuka premis mereka seawal jam 5.00 petang sahaja, dan jangan lebih awal daripada itu. Sebabnya bulan Ramadhan ni, kot ada yang cuba mengambil peluang untuk secara diam-diam berbuka puasa.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
betul tu. kalau buka awal awal nanti, orang yang tak puasa ambil kesempatan pulak
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Buffet Ramdhan yang saya pernah pergi, menyediakan daging kambing. Ia memang satu hidangan yang istimewa, dan memang ramai akan berebut-rebut untuk mendapatkannya. Bagi saya, kalau nak buffet tu istimewa, daging kambing yang dipanggang adalah satu kewajipan. Hehe
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Buffet Ramadhan juga seharusnya mementingkan kehalalan makanan yang mereka hidangkan. Ingat, makanan ini dihidangkan kepada orang Islam yang berpuasa, bukannya orang bukan Islam. Ayam dan daging yang dihidangkan hendaklah yang telah disembelih, tiada penggunaan wain dan alkohol dalam makanan dan tiada pula mencampurkan bahan-bahan perasa yang tidak halal.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Saya gembira melihat betapa banyaknya pilihan buffet Ramadhan dan pihak yang berusaha menyediakan buffet Ramadhan. Ia memberikan petanda bahawa industri makanan halal di Malaysia amat memberangsangkan, dan menjadi antara penjana ekonomi negara.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
hidang makanan campuran dari timur dan barat mcm ni boleh tarik pelancong. sebab malaysia kan hub halal
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Saya harap pihak JAKIM dapat mengenakan tindakan tegas kepada pihak catering atau hotel yang menyediakan makanan tidak halal kepada para pengguna. Pemantauan harus lebih menyeluruh, dan bukannya semata-mata menunggu permohonan mereka sahaja. Pendapat saya je ni
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
setuju. lepas tu pantau mana mana kedai yang beroperasi sebelum waktu yang ditetapkan
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Saya kalau ank pilih bufet Ramadhan, saya akan pilih buffet yang diletakkan pada harga bawah RM50. Jika harganya lebih daripada itu, saya takkan sertai. Sebab kena ikut apa yang kita rasa wajar juga. Itu pendapat saya, tak tahulah dengan anda pula macam mana.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
satu keputusan yang bijak. sebab berbelanja ikut kemampuan dan saya pun buat benda yg sama
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Hotel sememangnya sudah terkenal dengan hidangannya yang mewah, pelbagai pilihan dan mahal. Walaubagaimanapun, sebenarnya dengan pakej buffet Ramadhan ni, kita akan dapati harganya lebih sedikit murah dengan diskaun berbanding hari-hari biasa. Tapi tak semualah begitu.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Buffet Ramadhan seharusnya menjadi medan untuk merapatkan silaturahim berbanding menjadi medan untuk pembaziran. Maksudnya, janganlah melampaui batas dan jadikan ia medium untuk berkenalan, bergaul mesra dan bukannya fokus kepada makanan semata-mata. Hehe 🙂
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
tidka tahu untuk makan banyak-banyak cukup ambi nasi sedikit lauk lain ambil sesudu dua sahaja bukan apa sebab takut tidak habis
Curahan rasa cahayacinta @ ..DIY Kasut Macam Retis
betul tu. ambil kesempatan ni utk berbuka dengan keluarga dan rakan. seronok berbuka ramai2
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Buffet Ramadhan ni bukan semua orang. Kepada yang belum mampu, bersabarlah. Banyak lagi makanan yang murah, sedap dan lebih berkhasiat di luar sana. Kenalah faham bahawa setiap orang ada cabarannya tersendiri.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Comments are closed.