Buffet Ramadhan 2012 Nostalgia P.Ramlee di Eastin Hotel

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, mungkin kerana kedudukan blog Denaihati untuk keywords “Buffet Ramadhan” di Google.com.my maka team Denaihati dijemput hadir ke sidang akhbar Program Nostalgia P. Ramlee yang diadakan di Eastin Hotel, Petaling Jaya. Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama Eastin Hotel Petaling Jaya akan mempromosikan makanan kegemaran Seniman Agung Negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sepanjang bulan Ramadan bermula 21 Julai – 18 Ogos 2012 di Swez Brasserie, Eastin Hotel, PJ. Di sidang akhbar yang diadakan itu kami dapat rasa sendiri menu makanan kegemaran. Memang sedap!

Program Nostalgia P. Ramlee

Diketuai oleh Executice Chef Alex Leong, pasukan chef di Eastin Hotel Petaling Jaya akan menyediakan hidangan kegemaran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee di samping hidangan tradisional tempatan, Middle East, Japanese dan Western membuatkan hidangan bufet makan malam yang sangat menarik sepanjang bulan Ramadhan nanti. Harga buffet ramadhan adalah dari RM98++ (adult) RM49++ (children)EARLY BIRD PROMOTION: For every 5 paying diners 1 dines for free from 21 July to 28 July, 2012. Offer valid till 28 July, 2012.  GROUP PACKAGE PROMOTION : For every 20 paying diners get 10% OFF from 30 July to 18 August, 2012. Offer valid till 18 August, 2012 at Swez Brasserie. For reservations or for more information, call Swez Brazzerie, Eastin Hotel PJ, at +603-7628 7397. (Bilik Solat disediakan).

makanan eastin hotel

Antara makanan kegemaran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ialah kari ikan bawal berbendi, ikan kering/masin, burung puyuh goreng, ayam goreng, sambal belacan, bubur kacang, cekodok pisang, mee/bihun goreng dan air kopi O sejuk.

Menu kegemaran Tan Sri P. Ramlee

Pengurus Besar Eastin Hotel Petaling Jaya, Ms Jane Suppiah memberitahu,

“Dari semasa ke semasa, kami memperkenalkan pelbagai promosi makanan untuk menyediakan tetamu dengan pengalaman makan yang baru. Dalam masa yang sama juga ingin mewujudkan sebuah sosial korporat yang bertanggungjawab selain hanya menampilkan makanan. Orang di seluruh dunia sering mula mendapat tahu tentang Malaysia melalui pelbagai warisan budaya dan masakan makanan. Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan satu ikon dalam warisan negara kita yang bukan saja diiktiraf di Malaysia, malah juga di seluruh rantau ini.

Oleh itu, bulan Ramadhan adalah masa yang sesuai untuk kita mengakui dan mengenang sumbangan beliau dalam industri seni karya sastera tanah air kita. Melalui penyediaan makanan kegemaran beliau sebagai satu kenangan tentang muzik dan lagu beliau pasti akan mewujudkan satu suasana dan pengalaman berbuka puasa yang tidak dapat dilupakan.”

Makanan kegemaran Tan Sri P. Ramlee

Makanan kegemaran Tan Sri P. Ramlee

Selain mempromosikan makanan kegemaran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, pihak Eastin Hotel juga turut mengadakan aktiviti yang mengetengahkan filem-filem beliau, lagu-lagu nyanyian beliau dan acara lain seperti pameran oleh Arkib Negara Malaysia yang memaparkan poster filem-filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee serta gambar-gambar dan artifak dari era seniman agung terebut. Selain itu, rakan rapat Allahyarham seperti Datuk Aziz Satar, Mariani, Tan Sri Jins Shamsuddin, Ramli Ismail dan Datuk Sony Abdullah akan membuat penampilan khas.

Pameran arkib Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Eastin Hotel Petaling Jaya

Terima kasih tidak terhingga kepada Eastin Hotel yang sudi menjemput kami semuga sedikit sebanyak dapatlah kiranya blog Denaihati memberi sumbangan memperingati Seniman Agong Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang sentiasa ada di dalam hati Rakyat Malaysia. Kalau nak tahu lebih lanjut sila hubungi Eastin Hotel seperti detail di bawah ini.

EASTIN HOTEL PETALING JAYA
13, Jalan 16/11, Pusat Dagang Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
Tel: +603-7665 1111  /  Fax: +603-7665 9999
Laman Web: Eastin Hotel Petaling Jaya
Facebook: facebook.com/eastinhotelpj


Spread the love

222 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!