Mulai 30 September 2025, rakyat Malaysia akan menikmati inisiatif baharu kerajaan iaitu BUDI95, yang membolehkan rakyat membeli RON95 pada harga RM1.99 seliter dengan kuota sehingga 300 liter sebulan. Program ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai langkah menyalurkan subsidi secara lebih bersasar.
Baca juga : Cara Nikmati Subsidi Petrol RM1.99 Dengan Mudah
Berikut adalah 12 perkara penting mengenai BUDI95 yang wajib anda tahu:
- Siapa layak?
Semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang mempunyai lesen memandu aktif (termasuk PDL, CDL dan LDL). - Semakan kelayakan
Mulai 25 September 2025, semak di portal rasmi budimadani.gov.my. - Harga subsidi
Bukan percuma, tetapi harga tetap RM1.99 seliter, lebih murah daripada harga pasaran (sekitar RM2.60). - Kuota subsidi
Maksimum 300 liter sebulan setiap individu. - Kenapa 300 liter?
Purata penggunaan rakyat hanya 80 liter, tetapi had 300 liter diberi untuk elak penyalahgunaan. - Lebih daripada satu kenderaan?
Subsidi adalah per individu, bukan per kenderaan. - Isi minyak lebih had?
Boleh, tetapi pada harga pasaran selepas 300 liter. - Harga tanpa subsidi
Ditentukan melalui Mekanisme Harga Automatik (APM). - Guna MyKad ahli keluarga?
Boleh isi kenderaan sama, tetapi pemilik MyKad mesti hadir. - Pinjam MyKad orang lain?
Tidak dibenarkan. Kesalahan boleh didenda. - Bawa baki ke bulan depan?
Tidak boleh. Kuota akan reset setiap bulan. - Pemandu e-hailing
Boleh mohon kuota lebih tinggi kerana penggunaan minyak lebih banyak.
Penutup
Program BUDI95 adalah usaha kerajaan memastikan rakyat mendapat subsidi petrol secara lebih adil. Dengan harga RON95 hanya RM1.99 seliter, ia mampu meringankan kos hidup rakyat Malaysia, khususnya golongan berpendapatan sederhana dan rendah.
Jadi, pastikan anda semak kelayakan di laman rasmi sebelum 30 September 2025 dan manfaatkan sepenuhnya inisiatif ini.
Baca juga : Petrol RM1.99 Seliter Bermula 30 September – PMX
- Petrol RM1.99 Seliter Bermula 30 September – PMX
- Cara Nikmati Subsidi Petrol RM1.99 Dengan Mudah
- Elon Musk Orang Terkaya di dunia yang boleh mengkayakan orang dengan satu tweet
- Lelaki ini kongsikan Tips langsaikan hutang PTPTN dengan pantas
- Harga baharu tunai ibadah umrah naik kepada RM6,900 – MOTAC













