Cara Nikmati Subsidi Petrol RM1.99 Dengan Mudah

Spread the love

Selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa harga petrol RON95 diturunkan kepada hanya RM1.99 seliter bermula 30 September 2025, ramai rakyat tertanya-tanya bagaimana cara pembelian subsidi ini akan dilaksanakan.

Baca juga: Petrol RM1.99 Seliter Bermula 30 September – PMX

Menjawab persoalan ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu risau kerana pengesahan subsidi tidak hanya terikat kepada MyKad fizikal.

Sebaliknya, rakyat boleh menggunakan pelbagai kaedah lain untuk menikmati subsidi RON95 pada harga RM1.99 seliter, antaranya:

  • Aplikasi Setel (Petronas)
  • Shell App (Shell)
  • Terminal pembayaran di stesen minyak

Walaupun MyKad kekal menjadi asas rujukan kelayakan, kaedah pembayaran lebih fleksibel bagi memastikan rakyat mudah mengakses subsidi tanpa perlu membawa kad fizikal sepanjang masa.

Menurut Datuk Armizan, kerajaan telah membuat persiapan rapi sejak awal tahun lagi untuk memastikan skim subsidi petrol bersasar ini berjalan lancar dan tidak menyusahkan rakyat.

Langkah ini melengkapkan pengumuman PMX sebelum ini, sekali gus menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat penurunan harga petrol.

Sumber: TheVocket


Spread the love
author avatar
Amirul Fahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!