Buat golongan muda, ada 6 Tips untuk menguruskan kewangan dengan bijak

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Ramai yang mengalami situasi seperti ini gagal dalam pengurusan kewangan. Lebih-lebih lagi kepada golongan muda yang baru melangkah ke dunia pekerjaan.

“Stresnya tengah bulan, duit dah makin susut.”

“Gaji lambat masuk lagi, poket dah kering ni.”

Namun begitu, bagaimana pula pengurusan kewangan yang baik bagi golongan muda yang bergaji sederhana tetapi masih mampu memenuhi keperluan hidup walaupun sudah berumah tangga.

Dalam artikel ini, saya suka berkongsi bagaimana mengawal perbelanjaan dan mengurus kewangan supaya dapat menstabilkan ekonomi khususnya dalam mengekalkan keharmonian rumahtangga.

Pengurusan ekonomi yang bijak memberi impak yang baik dalam rumahtangga kerana ekonomi salah satu tunggak pengukuhan dalam sebuah ikatan kekeluargaan.

Namun begitu, kita hendaklah mengetahui asas-asas kestabilan ekonomi dalam rumahtangga iaitu memastikan sumber pendapatan yang halal lagi baik. Mencari nafkah bukan sahaja ditekankan dalam soal halal dan haram.

Malah baiknya sumber itu mestilah di ambil kira. Kita mestilah mengetahui sumber pendapatan yang diperoleh bagi menampung keluarga kita adalah berasal dari sumber yang halal dan bersih (baik).

Selain itu, kita mestilah bijak mengawal aliran wang dan mengelakkan pembaziran. Selalu kita dengar ungkapan ukur baju di badan sendiri.

Saya setuju dengan nasihat ini kerana jika kita berbelanja melebihi kemampuan diri sudah pasti akan menjejaskan keperluan lain yang lebih penting untuk keluarga kecil kita.

Di samping itu, amalkan membeli barangan secara tunai. Elakkan daripada berhutang dengan kadar yang banyak sehinggakan hidup kita sentiasa diburu dengan hutang sana sini. Sudah pasti kehidupan kita juga terganggu dengan hutang yang tidak kehabisan.

Biarlah bijak merancang untuk membeli sesuatu keperluan. Dalam konteks ini, pentingnya mengamalkan prinsip berhemah dan bersederhana dalam berbelanja serta bijak membezakan yang mana satu keperluan dan kehendak.

Membuat Simpanan Untuk Masa Hadapan

Simpanan masa depan sangat penting. Amalan menabung ini sewajarnya diterapkan sejak usia kita kecil lagi. Namun begitu, di samping kita meyimpan dalam tabungan sendiri terdapat juga pelaburan di institusi yang halal yang telah berkembang pesat di negara kita.

Kita juga boleh membuat insuran dan takaful Islam demi kebajikan keluarga kita serta boleh juga membuat pembelian aset.

Dalam konteks ini, kita perlulah mendapatkan panduan daripada orang yang selayaknya bagi mengelakkan sebarang penipuan berlaku.

6 Langkah Merancang Perbelanjaan

Langkah 1: Tentukan Keperluan

Dalam perbelanjaan keperluan hidup, kita mestilah mengetahui kategori perbelanjaan yang menjadi panduan agar kita bijak dalam mengatur kewangan.

Boleh dibahagikan keperluan kepada tiga bahagian iaitu keperluan asas seperti makan dan minum, pakaian, pendidikan, kediaman, dan kesihatan.

Seterusnya, keperluan tambahan seperti kenderaan, perhiasan dan peralatan elektrik. Akhir sekali, keperluan simpanan dan kebajikan iaitu ibadah (haji/ umrah/ zakat), kebajikan keluarga, kecemasan dan takaful.

Langkah 2: Mengukur Kemampuan

Dalam konteks ini, kita mestilah mengukur kemampuan diri kita. Jangan berbelanja melebihi pendapatan yang kita perolehi.

Langkah 3: Agihan Perbelanjaan

– Keperluan asas (70 %)
– Kehendak/ kemewahan (20 %)
– Simpanan (10 %)

Langkah 4: Rekod Perbelanjaan Sebenar

Membuat rekod dan penyata amat penting agar pengurusan kewangan kita lebih sistematik. Hal ini menjadikan kehidupan kita lebih tersusun agar tidak berlaku masalah kewangan pada pertengahan sehingga hujung bulan khususnya.

Langkah 5: Memeriksa Perbelanjaan

Setelah kita merekodkan perbelanjaan kita, lakukanlah pemeriksaan sekali lagi terhadap setiap perbelanjaan.

Memeriksa barang yang kita belanja atau pembayaran yang kita lunaskan agar dapat mengesan kenaikan atau penurunan harga yang boleh diperbaiki lagi untuk masa yang ke depan.

Langkah 6: Membuat Penilaian

Langkah yang terakhir ini, penting untuk kita membuat penilaian terhadap perbelanjaan kita. Ketika inilah kita boleh membuat penilaian dari segi tempat perbelanjaan, kuantiti dan had tertentu yang boleh ditambah baik untuk meneruskan kelangsungan hidup yang lebih cemerlang.

Belanja Berhemah 
Pada zaman ini, terlalu banyak aplikasi dalam menguruskan perbelanjaan dan banyak juga medium yang mempromosikan barangan sehingga masyarakat terlalu ‘menggila’ dalam berbelanja.

Bijaklah dalam mengurus kemahuan diri agar kita tidak terjerat dalam perangkap sendiri. Bagi saya, jimat bukan bererti kedekut.

Banyakkanlah bersedekah kerana itu punca rezeki diluaskan. Ingatlah kepada Pemberi rezeki.

Boleh juga baca artikel di bawah:

7 Cara Ajar Pasangan Menguruskan Kewangan

Rujukan: tzkrh.com
Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam Negeri Johor Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Versi III)


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!