Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
cuti sekolah hujung tahun di Malaysia ini sudah sampai masanya bahkan ada anak-anak kecil yang bercuti awal sedikit. Penulis teringat semasa kecil dulu, waktu cuti sekolah adalah yang paling seronok sekali sebab boleh bangun lewat dan boleh menonton kartun kegemaran.
Kini, siri animasi yang menjadi igauan dan minat anak-anak kecil tak lain tak bukan adalah Upin Ipin!
Malam tadi 23 November 2016 bertempat di Golden Screen Cinema IOI City Mall Putrajaya, team Denaihati Network bersama rakan-rakan blogger menonton Screening Upin Ipin Jeng Jeng Jeng. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pengurusan Les Copaque Sdn Bhd yang memberikan kepercayaan kepada Denaihati Network untuk ‘Blogger Movie Day Out Upin Ipin Jeng Jeng Jeng’.
Kehadiran peminat-peminat Upin Ipin termasuk anak-anak kecil dari Kelab Upin Ipin juga memeriahkan suasana di dua dewan lain. Semuanya bagaikan tidak sabar dan tersenyum riang apabila maskot Upin Ipin keluar menemui mereka. Ada anak-anak kecil seakan tidak percaya yang mereka berjumpa dengan Upin Ipin yang selama ini hanya ditonton di televisyen.
Les Copaque Tidak Gentar Ubah Tarikh Tayangan
Sebelum ini dikhabarkan satu syarikat besar kartun dari luar negara yang meminta pihak Les Copaque mengubah tarikh 24 November 2016 untuk memberikan laluan. Namun, dengan kepercayaan siri animasi tempatan Upin Ipin ini, pihak mereka pula yang mengubah tarikh kepada minggu seterusnya.
Ini bermakna, pihak Les Copaque yang dibarisi penaja-penaja besar seperti D’Herbs Terlajak Laris dan dana kesan khas dari FINAS Malaysia. Sehubungan itu, rakan blogger Denaihati Network juga berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada yang mempromosikan filem siri animasi tempatan yang hebat ini.
Kehadiran Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia iaitu YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dan rakan media juga memberikan impak yang positif dimana selanjutnya akan berlangsung MAHA 2016 pada 1-11 Disember 2016.
Sebenarnya ada lebih 7 sebab mengapa perlu tonton Upin Ipin Jeng Jeng Jeng dan sememangnya seronok ditonton seisi keluarga.
Nilai murni diterapkan dalam Filem
Bagi filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng, ia memberikan suatu kepuasan yang rata-rata dimaklumkan oleh anak-anak kecil dan juga ibu bapa. Kisah mengenai kasih sayang berkeluarga seperti Upin Ipin yang juga anak yatim piatu. Filem ini membawa beberapa mood seperti sedih, gembira, kelakar dan geram.
Sebenarnya banyak nilai-nilai murni yang dapat dipelajari daripada filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ini. Impian untuk keluarga bahagia, ikatan silaturrahim yang tidak diputuskan, wasiat yang perlu ditunaikan dan juga sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian di kala kita jatuh.
Tayangan ke 121 buah panggung wayang di seluruh Malaysia dan Brunei serentak pada hari ini 24 November 2016 ini juga menjadi rekod Jumlah Pawagam Tertinggi di minggu pembukaan bagi Filem Tempatan. Jutaan tahniah diucapkan kepada pihak Les Copaque Sdn Bhd dan semoga tayangan filem ini berpanjangan dan terus ditayangkan di negara jiran Indonesia dan seluruh dunia.
Rakan-rakan blogger Denaihati Network di Indonesia juga sudah pasti tidak sabar untuk menonton filem ini yang dikhabarkan tayangan di Indonesia pada bulan Disember 2016.
Jangan lupa tonton Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng di pawagam berdekatan. Betul! Betul! Betul!
No related posts.
60 Comments
Terbaik semua semoga terus sukses dan berkembang hasil tangan tempatan kita.
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Cara Buat Iklan Facebook Yang Efektif
Betul tu. Tumpang bangga dengan hasil usaha orang kita nyang dah berjaya ke tahap ini. Syabas team upin ipin.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Paparan Senarai Blog Jadi Lebih Mudah
waw keren, nonton bareng ipin upin bersama blogger
salam kenal ya
Curahan rasa Muhammad Aldrin @ ..Cara memprogram sensor PIR menggunakan Mikrokontroler
alamak…tak aci sungguh lah kena hasut macam ni…
bijak Les Copaque pilih blogger…
ah sudah…
nak tengok ke taknak tengok ni…
huhuhuhu…
Curahan rasa Pendekar @ ..Rang Undang-Undang Akta 355 (Pindaan)
Nangis wo….dalam wayang. Anak2 lak berjoget bila lagu keluar 😉
Curahan rasa NUR AZLINDA AZMAN @ ..Elena of Avalor #RuleLikeElena
Ramai yang dah plan nak bawa anak tengok movie Upin Ipin Jeng Jeng Jeng kegemaran anak-anak nie. Alang-alang cuti sekolah, kan.. 🙂 Apa pun, filem tempatan yang berkualiti wajar kita sokong.
Curahan rasa Oja Samid @ ..Derita Ibu Mengandung Diuji Kaki Selalu Cramp Waktu Malam
memang kena dah cuti sekolah, kalau tak bawak, anak2 mintak juga pulak nanti…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Daya eUsahawan – kesinambungan program eUsahawan oleh MDEC
Watak Upin ipin ni bukan setakat kanak2 je yg suka..orang dewasa pun layan…teringin juga nak tengok filem animasi ni..
Curahan rasa jida @ ..Tips Mencuci Dan Menjemur Pakaian Di Musim Hujan
betul, kita yang tua ni pun tengok ulang2 tak jemu pun…
Curahan rasa Denaihati @ ..Program eU@Marketplace membuka peluang usahawan mikro meluaskan pasaran mereka
*Ingin menjana income sehari RM500 percuma sahaja.💰💰*
Tiada apa2 bayaran dikenakan ( kalo anda rasa ia tipu anda tidak perlu keluar modal).💸💸
*Anda hanya perlu open link di bawah dan REGISTER.*
Anda terus dapat *USD 2 × 4.4 = RM8.80*
selepas dapat link anda sendiri copy ayat saya ini dan paste ke facebook, twitter, whatsapp dan sebagainya…
Setiap orang yang buka link anda akan *DIBAYAR.* Sungguh mudah boleh pilih masuk akaun atau cek di pos alamat rumah anda. Kalau tak percaya join dulu klik link di bawah dan register. Tidak ada no akaun bank diperlukan untuk register.klik link ini.
http://earnwithinvite.com/index.php?ref=242261
Klik link 👆🏽👆🏽utk info & join income..
❌perlu modal💵💵
❌payah cari orang👪
❌payah kluar rumah🏡
❌payah takut😰😰
just share.. tq
For most people who have been working online, who know how this type of website works, would never give this a shot as they already knew that this type of website is dishonest and there is no way that a website like earnwithinvite,com would never pay anyone. We have read tons of reviews about different websites that are totally the same with this one,
Curahan rasa Pendekar @ ..Keputusan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)
ada gak dengar khabar watak upin ipin tak banyak sangat pun, macam penampilan istimewa sahaja. apa pun menarik gak jalan ceritanya
Curahan rasa raihanah @ ..Tiada Kesan Walaupun Berbulan-bulan Ambil Shaklee
kena tengok dulu lah sebab ada blogger yg sampai keluar air mata tengok…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Pengalaman Test Drive Honda HRV
melihat gambar di atas terasa rindu zaman kampung boy. zaman itu telah berlalu
Curahan rasa Firdaus @ ..Malaysia To Boycott AFF Suzuki Cup 2016
sekarang balik kg pun tengok cara budak2 bermain berbeza dgn dulu, game berbeza…
Curahan rasa Denaihati @ ..Mahasiswi menjana pendapatan bulanan ribuan ringgit selepas hadiri program eUsahawan
Untuk anak anak, ibu bapa wajar meluangkan masa menonton filem yang dihasilkan oleh anak tempatan sebagai tanda penghargaan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Komisyen Keenam Dari Uber
cuti sekolah baru mula, memang masa yg sesuai, kalau ajak takde anak2 yg tolak kot…heeee
Curahan rasa Denaihati @ ..Guru bisnis mesti dihormati baru ilmu berkat
kalau tengok upin ipin ingt sgt2 kat si kembar tu…. sblm dpt kembar mmg asyik tengok kartun tu untuk anak sulung… kenan ke anak kembo…hihi
Curahan rasa Lin Azlina @ ..Misi membeli Breast Pump – Real Bubee Double Breast Pump
tahniah dpt anak kembar, lepas ni ramailah yg mengandung tengok upin- ipin juga…heeee
Curahan rasa Denaihati @ ..Ekonomi digital jangan sampai ketinggalan
Boleh pulak macam tu, apa-apa pun tahniah puan. Seronok tengak anak kembar ni
Curahan rasa Firdaus @ ..Singapore vs Indonesia Live Streaming AFF Suzuki Cup 2016
seronok tengok budak-budak menari dalam pawagam semasa concert Upin Ipin bersama awie, best sangat jeng jeng jeng
Curahan rasa Shet Ling @ ..Life become easier online shopping with ezbuy
memang syok habis budak-budak, peluang terbaik lah tu… bukan senang nak dapat,
Curahan rasa Denaihati @ ..Ekonomi digital jangan sampai ketinggalan
Seronoknya rakan-rakan dapat berkumpul dan menonton bersama malam tadi, kan? Apatah lagi dengan kehadiran anak-anak yang meminati Upin Ipin. Andai tiada halangan-halangan lain, pasti kakcik sudah mendaftar untuk turut serta…
boleh terus tengok kat panggung sebagai tanda menyokong filem upin ipin,,,,heeee
Curahan rasa Denaihati @ ..Pendapatan meningkat daripada RM5,000 kepada RM50,000 sebulan
Comments are closed.